Posted by: ayah.biz | Jun 2, 2008

Terkini dari JAKIM: HARUS melabur dalam ASB


Saya petik rumusan ini dari website JAKIM bertarikh 5 Februari 2008. Adakah ini bermaksud fatwa2 sebelum ini, terutamya yang mengatakan ASB Haram, tidak diguna pakai lagi? Sila rujuk entri saya sebelum ini.

” Harus Melabur Dalam ASN dan ASB

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima. ”

Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925

-Ayah.biz-


Respon

  1. […] TERKINI: JAKIM telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 5 Febuari 2008 yang mengatakan pelaburan ASB a…. […]

  2. […] Oleh itu, melaburlah dengan bijak. Melaburlah di tempat yang anda faham. Timbangkan risiko yang Bank Persatuan ini boleh rugi (dan untung). Hanya laburkan dana yang anda boleh simpan untuk jangka masa panjang (5 tahun ke atas) dan mampu untuk tanggung kerugian.  Iyela, mana boleh untung tinggi kalau takut risiko. Kalau takut, ASB mungkin lebih baik – dan JAKIM kata hukumnya HARUS. […]

  3. […] tahunannya juga kompetitif di sekitar 8%. Baru-baru ini pun, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah kata HARUS untuk melabur di dalam ASB. Jadi, saya tidak nampak kenapa kita perlu melabur di dalam saham-saham […]

  4. hidup asb….majlis fatwa dah kata ok,oklah tu..bt pa nak pening2 kan kepala..nak melabur terus nak nak sudah..

  5. yang jakim kata tu atas kepentingan kerajaan macam mana boleh harus sedang kan asb ada 30% lebih pelaburan tidak halal. boleh cek dengan bank negara. lagi pun tak ada penal syariah , lain yang bank punyai saham semua ada penal syariah yang dikalwal.

  6. Setuju dengan Azrin Mohammad. Halal itu membawa keberkatan.


Tinggalkan komen

Kategori