Posted by: ayah.biz | Januari 23, 2009

Bila patut melabur dalam unit trust? 2


Bila patut melabur dalam unit trust dan RM200,000 rule

Ini adalah soalan yang paling popular. Tulisan pertama saya, bulan Februari 2008,  adalah ringkasan pendapat saya setelah mengkaji pasaran saham-saham amanah di Malaysia. Kebanyakannya adalah nasihat dari “pakar-pakar”.

Tetapi, sehingga kini, saya sendiri masih ragu-ragu untuk melabur di dalam unit trust. Ini kerana caj belian yang dikenakan amat tinggi 6%. Saya sendiri hanya mempunyai pelaburan yang terhad di dalam saham amanah- cukup untuk mempelajari proses dan cara nak melabur.

Sebab itu banyak agen sibuk galakkan kita keluarkan duit EPF – sebab pelaburan EPF hanya dikenakan caj 3%.

Semestinya mulakan dengan “the big picture”

Kita perlu melabur berdasarkan objektif kewangan dan keperluan masing-masing (Ingat! majoriti agen tidak tahu apa yang kita perlu).

Sebelum melabur di dalam unit trust, pastikan kita sudah ada :-

1. perlindungan Takaful
Sekurang-kurangnya manfaat “lump-sum” takaful keluarga dan kad perubatan (medical card) sekiranya kita sakit terutamanya penyakit kritikal. Di Malaysia, saya rasa patut ditambah Personal Accident Takaful sebab kadar kemalangan yang sangat tinggi.

2. penuhkan ASB (RM200,000 seorang)
ASB adalah instrumen pelaburan yang mudah dan dijamin kerajaan. Pulangan tahunannya juga kompetitif di sekitar 8%. Baru-baru ini pun, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah kata HARUS untuk melabur di dalam ASB. Jadi, saya tidak nampak kenapa kita perlu melabur di dalam saham-saham amanah yang lain, selagi had maksima RM200,000 kita belum dicapai.

3. melabur di dalam bank-bank koperasi
Bank-bank koperasi di Malaysia masih belum popular walaupun potensinya yang besar. Bank Persatuan, yang berpusat di utara sudah menaikkan had saham keahlian individu ke RM50,000 seorang.  Manakala, Bank Rakyat yang lebih popular dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, saham keahliannya sudah penuh.

Cuma risiko memiliki saham keahlian ini lebih tinggi dari saham amanah. Ia juga tidak dijamin oleh kerajaan.

Ringkasnya RM200,000 rule :

Kesimpulan mudah, sekiranya saya ada lebih dari RM200,000 atau RM250,000 barulah saya akan melabur di dalam unit trust.

Apa pendapat yang lain? Harap boleh dikongsi.

-Ayah.biz-


Responses

  1. saya sanagt setuju kita harus penuhkan tabung ASB samapi maksima.
    sedar tak sedar dah nak penuh tabung saya…
    caranya janagn keluar dan anggap macam duit tu tak pernah ada…bila maksimum barulah boleh kata kita ada duit sikit..itu cara saya melabur..

  2. Terima kasih dan tahniah Star.

    Sekiranya Star boleh kongsi pengalaman – cara-cara dan tips, yang digunakan untuk melabur sehingga penuh ASB RM200,000 amat digalakkan.

    Email saya di ayah.biz@gmail.com atau terus kongsi pengalaman dalam ruangan komen ini.

    Harapnya ramai lagi rakan-rakan kita yang boleh mencapai matlamat seperti ini.

  3. suka dengan cara ini, baru orang melayu islam di malaysia boleh kehadapan.

  4. […] https://janganterlepaspandang.wordpress.com/2009/01/23/bila-patut-melabur-dalam-unit-trust-2/ […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: