Posted by: ayah.biz | Disember 18, 2008

Bank Persatuan – saham ahli dan Takaful


Saham Keahlian

Bank Persatuan bukanlah bank koperasi yang baru di Malaysia.  Ia ditubuhkan pada tahun 1950 dan sekarang mempunyai 10 cawangan di Semenanjung Malaysia termasuk yang terbaru di Kota Bharu dan Shah Alam.

Ramai orang terdengar @ “direkomen” pasal Bank Persatuan kerana pulangannya yang tinggi (10-12%). Tambahan pula, Bank Rakyat (bank koperasi terbaik dengan pulangan 15-20%) sudah ditutup saham keahliannya.

Apapun, kita mesti faham. Memiliki saham bank koperasi ini TIDAK SAMA dengan menyimpan wang di bank. Simpanan di bank dilindungi atau dijamin di bawah Jaminan Deposit Kerajaan, yang diuruskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (www.pidm.gov.my).  Bank koperasi seperti Bank Persatuan tidak dijamin.

Oleh itu, melaburlah dengan bijak. Melaburlah di tempat yang anda faham. Timbangkan risiko yang Bank Persatuan ini boleh rugi (dan untung). Hanya laburkan dana yang anda boleh simpan untuk jangka masa panjang (5 tahun ke atas) dan mampu untuk tanggung kerugian.  Iyela, mana boleh untung tinggi kalau takut risiko. Kalau takut, ASB mungkin lebih baik – dan JAKIM kata hukumnya HARUS.

Sepanjang pengetahuan saya, keuntungan Bank Rakyat dan Bank Koperasi banyak dari pulangan produk pembiayaan Islam masing-masing.

Takaful

Ada dua pelan takaful di Bank Persatuan – Takaful Barakah dan Takaful Mutiara Plus. Kedua-dua produk ni adalah usahasama dengan ETIQA Takaful. Saya rasa ini adalah program Takaful berkelompok untuk ahli-ahli Bank Persatuan.

Nak cerita pasal servis atau sejarah – saya pun tak tahu. Tapi, sepanjang urusan saya dengan Bank Persatuan setakat ini memang mudah. Masa nak claim pun nanti hanya pergi terus ke cawangan Bank Persatuan bukan ETIQA.

Secara peribadi, saya pilih pelan Life Takaful dengan Bank Persatuan kerana tak percaya agen (dah ada pengalaman tak baik). Sekurang-kurangnya jadi apa-apa saya/keluarga boleh terus ke cawangan.  Sumbangan bulanan pun rendah sebab tak payah bayar agen (Beza sumbangan tu boleh laburkan dalam saham BP atau ASB).

Akhir sekali, Takaful ni memang atas kertas nampak cantik. Tapi kita tak akan tahu kebaikannya sehingga kita nak claim.

Tetapi, perlindungan yang paling baik dan berkesan ialah:-

1. ada pelan takaful
2. ada pelan takaful yang “inforced” (baru boleh claim!)

-Ayah.biz-


Responses

  1. Semua anggota individu telah diwajibkan menyertai Skim Takaful Tabarru’ dengan sumbangan RM 20.00 setahun.

    NI APA BENDA PLAK..APA FAEDAH KEPADA AHLI.ATAU UNTUK BG FAEDAH KPD ETIKA DAN BANK SAHAJA..MAIN PAKSA PLAK TU

    • klu sekali imbas mgkin mcm paksa..tp tuan kene lihat dlm konteks kebaikan..hanya dgn rm20 sedikit sebanyak dpt membantu ahli keluarga tuan sekiranya perkara yg tidak diingini berlaku kpd tuan..apalah ada pd rm20 setahun klu dibandingkan dgn perlindungan rm14k…sekurangnya masih mampu mggembirakan keluarga tuan untuk meneruskan hidup…ini tanggungjawab kita sebagai seorg islam memberi nafkah kpd keluarga..dgn duit takaful ini sedikit sebanyak dpt membantu keluarga…

  2. yang yong,

    you should finish the article and use a little bit of your brain on its rationale. a lot of benefits behind it plus the rest of ‘free’ goodies as a member….

    ayah.biz,

    thks for your writing, this is what i’ve been looking since a few years ago. this will rock my future finance…

  3. Yang Yong,

    Sumbangan RM20 setahun untuk perlindungan peribadi sebanyak RM14,000 adalah antara yang paling rendah di pasaran Malaysia.

    Dengan setiap RM1 diri anda dilindungi sehingga RM700, adalah ratio yang paling tinggi di Malaysia.

    Pendek kata, memang “value for money” dan mampu disertai oleh petani, pesara dan golongan berpendapatan rendah.

    Gregale,
    Terima kasih kerana sudi membaca. Pastikan anda terus memberi komen supaya dapat kami tingkatkan mutu penulisan di blog Jangan Terlepas Pandang.

  4. Ayah_biz..

    sy kurang paham la.. so conclusion nya… saham bank persatuan tak bagus ka? ..so better ambik takaful di bank persatuan.. adakah itu mksud ayah_biz?

    sy d sarankn buat personal loan kat bank rakyat utk masuk saham bank persatuan nie.. berbaloikah mcm tu?

  5. krng_jelas,

    Saya tak nak “rekomen” mana-mana pelabruan kerana yang penting anda buat kajian dan buat keputusan sendiri. (Dengan membaca blog Jangan Terlepas Pandang ini pun kira kajian gak kan!). Mungkin ada baiknya, kalau pergi terus melawat cawangan Bank Persatuan dan bercakap sendiri dengan pegawai-pegawai untuk mengenali bank ini dengan lebih lanjut.

    -Ayah.biz-

  6. bila bank persatuan nak buka balik invest ke rm50 mcam sbblm ni

  7. It is inspirational stuff. Never knew that view can be this diversed. Thanks for all the enthusiasm to offer such helpful information here.

  8. Saya nak tanya pasal syer BP ni adakah di dalamnya ada unsur-unsur riba. TQ.

    • en azhar.. setahu sy bank persatuan skrng nie dah fully syariah (perbankan islam)..

  9. Salam ayh biz,
    saya telah menjadi ahli bank persatuan +- 20 tahun. Bagaimana caranya saya nk menyertai Skim Takaful bnk persatuan. tk.

  10. assalamualaikum…maaf nak tanyer,…tolong bagi tahu CARA.step by step melabor dalam BP…..

  11. abi_jibil : wslm.. tuan bw duit ke bank persatuan dan isi borang ahli..serahkn ke kaunter.. jgn lupa isi siap2 borang wasi…

  12. sekarang maksimum boleh melabur dalam BP RM2K..agak2 lepas ni tinggal berapa la agaknya.

  13. salam, nk tanya sikit, bank persatuan dah declare ke blom berapa % dpat thn ni?

  14. KENAPA BANK PERSATUAN AMBIL MASA YANG SANGAT LAMA UNTUK BAYAR DIVIDEN TAHUNAN KEPADA AHLI,SEDANGKAN DIVIDEN DIKIRA BASE ON HGG DECEMBER MANAKALA DIVIDEN MULA DIBERI PADA OGOS TAHUN BERIKUTNYA-LAPAN BULAN LEWAT!!! DAN AMBIL MASA YANG LAMA JUGA (LENGAH-LENGAHKAN) UNTUK BAYAR BALIK DUIT JUAL BALIK SEBAHAGIAN SYER AHLI(TIDAK SEPERTI SAHAM-SAHAM LAIN, BILA BORANG DILENGKAPKAN UNTUK JUAL BALIK SYER – PROSESNYA SANGAT CEPAT,TERUS DAPAT DUIT YANG DIPERLUKAN). INI SEDIKIT SEBANYAK MENGHILANGKAN KEBOLEHPERCAYAAN PEMEGANG SAHAM BANK PERSATUAN TERHADAP KECEKAPANNYA BEROPERASI……. BANK YANG BERASASKAN ISLAM SEHARUSNYA CEKAP DAN MEMATUHI MASA (PENGHAYATAN SURAH WAL-ASRI…..)

  15. Ermm..aku baru tambah RM3K..cukuplah jumlah RM5K aku simpan disini, selebihnya aku buat FD di BR, Bank Pertanian dan AHB…

    Aku pun nak tahu gak jawapan dari soklan EMAYAR tuu..mungkin ahli lama tahu sebab musabab kenapa BP ambil masa yang lama untuk bayar dividen berkenaan, kami yang novice ni tidak ketahuan punca dan sebab..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: