About

Jangan Terlepas Pandang

” Weblog Perancangan Kewangan Islam & Takaful “

Ini ialah kali pertama saya menulis menggunakan blog. Hasrat saya hanya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang kewangan islam terutama sekali Takaful.

Semua tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman peribadi, rakan-rakan dan keluarga, dan ilmu yang saya dapat dari pembacaan dan kajian sendiri. Mungkin sedikit sebanyak saya boleh membantu untuk mengutarakan kepentingan merancang kewangan kita demi kebahagian hidup dan kebaikan buat keluarga tercinta.

Rata-rata, saya dapati tidak banyak ruang diskusi mengenai kewangan di dalam Bahasa Melayu.  Di platfom ini, saya berharap para pembaca dapat berkongsi pengalaman mahupun bertanya soalan supaya sama-sama dapat kita baiki kehidupan masing-masing.

Marilah menuju kejayaan,
Ayah.biz

====================================================================

Kemaskini 22 November 2008

Sudah hampir setahun blog Jangan Terlepas Pandang dikongsi bersama para pembaca.  Ada tulisan fakta dan ada tulisan yang penuh beremosi. Sememangnya, teknik pemasaran perkhidmatan kewangan kadang-kadang amat rumit dan mengelirukan. Hasrat saya ingin memudahkan rakan-rakan dan diri saya sendiri untuk memahami dan memilih produk-produk kewangan Islam yang ada di Malaysia.

Oleh itu, saya ingin berkongsi idea dan perspektif baru melalui koleksi Made Sempoi – Memudahkan kita merancang”.

Islamic Banking Made Sempoi ©

Takaful Made Sempoi ©

Takaful Link Malaysia © : NAV harian dana-dana takaful

Selamat membaca & berkongsi idea,
-Ayah.biz-

Responses

  1. aiii…salam…;)

  2. Salam Ziarah Ayah.biz,

    Boleh kongsi ilmu dlm unit trust dan takaful.. Pernah dengar pelaburan emas, saya tengah buat perbandingan, rasanya lebih menguntungkan dari yang lain…. mungkin kita boleh kongsi info lagi…

    Rujuk link utk maklumat lanjut pelaburan emas…

  3. Tuan Ayah.Biz,

    Inisiatif yang baik. Saya secara peribadi bersetuju dengan cara Tuan menulis un-bias comment terhadap mana-mana syarikat takaful.

    Harap Tn dapat memberi perbandingan ‘apple-to-apple’ diantara produk-produk takaful ini.
    Moga kami lebih bijak dalam memilih yang terbaik.

  4. Salam Ayah.biz,

    Bank Islam dah ada Al-Awfar, produk yang menawarkan simpanan & pelaburan.

    Boleh tak ayah.biz buat perbandingan atau penjelasan lanjut mengenainya?

    • Syaza,

      Saya belum mempunyai infomasi yang mencukupi untuk produk Al-Awfar bagi membuat sebarang perbandingan.
      Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh sama-sama kongsi.

      -Ayah.biz-

  5. salam…
    ermm
    kalo unit trust under public mutual ok x?
    ape bezanya dgn takaful?
    bley terangkan?

  6. sgt berminat dgn tulisan tuan…adakah tuan juga ejen unit trust? inginkan tunjuk ajar yg lebih mengenai takaful, unit trust, terima kasih

    • Mukaram,

      Terima kasih di atas sokongan anda.
      Semoga tulisan saya memberi kebaikan kepada anda, pembaca-pembaca lain dan diri saya sendiri.

      NB: Saya bukan seorang agen takaful @ agen unit trust.

      -Ayah.biz-

  7. setiap syarikat insurans dimalaysia mempunyai kelebihan dn kekurangan.
    boleh tlg senaraikan 3 yg terbaik dan mengapa ianya terbaik.
    ianya boleh dijadikan sumber rujukan pada saya yg sedang dalam perancanga utk membeli insurans

  8. to wana: produk takaful adalah simpanan jangka panjang yg memberi juga faedah perlindungan kematian, kemalangan, penyakit kritikal, kecacatan dan penanggungan kos perubatan

    manakala

    unit trust adalah pelaburan jangka panjang, yg memberi pulangan yang memberansangkan (insyallah). walaubagaimanapun, tiada perlindungan seperti di nyatakan di atas yg disediakan oleh takaful.

  9. to dzul: sbg sorang islam, saya cdangkan better tuan memilih produk takaful…ianya amat berbeza dgn produk insurans.. insurans telah difatwakan tidak sesuai dgn prinsip muamalah islam kerana mengandungi unsur judi & riba

    bg pendapat saya, produk takaful terbaik ialah

    Etiqa takaful
    Takaful Ikhlas
    Prudential Takaful

    • Tuan Ayah Biz.

      Saya amat bersetuju dengan pendapat Ayah biz. Saya juga suka membaca pendapat dan pandangan Ayah.biz mengenai perancangan merancang kewangan kita demi kebahagian hidup dan kebaikan buat keluarga tercinta.
      Namun, saya berharap MAA takaful juga harus diberi peluang sebagai antara yang terbaik kerana MAA takaful telah memenangi anugerah ‘The Most Outstanding Takaful Product 2009’. Sekian terima kasih

      Berharap kita dapat berkongsi pendapat pada masa akan datang.

      • udinho…yup MAA Takaful juga terbaik

      • Bagi saya syarikat takaful terbaik adalah yang memenuhi keperluan seseorang peserta.

        Setiap keperluan peserta pula berbeza. Terpulang kepada syarikat dan agen untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

  10. bagi say pelaburan emas .pelan takaful.asb semua ada kebaikan jadi kita paut memperbanyakan pelaburan masa jank pendek panjang .insurans emas merupakan pelaburan jangka masa panjang asb janka masa panjang dan sederhana

  11. salam.saya amat berminat dengan tulisan tuan.
    boleh terangkan pada saya tentang faedah persaraan yang ada dalam takaful


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: