Posted by: ayah.biz | April 26, 2011

Pilih dana ikut kesesuaian objektif pelaburan

Pilih dana ikut kesesuaian objektif pelaburan

Celik Kewangan (23/04/11)

BOLEH saya ketahui lebih lanjut tentang konsep pelaburan dana terbuka serta kelebihan dan risiko melabur dalam dana tersebut?

Sharifah A Mustaffa

(Kuala Lumpur

Kami percaya Sharifah berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan dalam dana unit amanah dan risiko pelaburan tersebut. Dana unit amanah ialah dana diuruskan secara profesional yang mengumpulkan wang daripada sekumpulan pelabur untuk melabur dalam pelbagai jenis aset, daripada saham kepada bon. Ia juga dikenali sebagai skim pelaburan kolektif dan kini sudah menjadi sejenis kaedah pelaburan yang umum. Terdapat lebih 500 dana unit amanah di Malaysia, dan satu perempat daripadanya adalah dana patuh Syariah.

Kelebihan utama melabur dalam dana unit amanah ialah wang anda diuruskan secara profesional. Pelabur mungkin tidak mempunyai masa, kepakaran atau wang untuk menguruskan portfolio masing-masing. Justeru dana unit amanah ialah cara yang agak berpatutan bagi pelabur kecil untuk mendapatkan khidmat pengurus profesional sepenuh masa yang sedia menguruskan pelaburan mereka.

Dana unit amanah lazimnya disusun dalam dua format, iaitu terbuka dan tertutup. Dana tertutup biasanya menerbitkan unit pemilikan dana kepada orang ramai hanya sekali, iaitu apabila dana dicipta dalam tempoh tawaran awal. Tempoh tawaran awal yang menjadi amalan industri di Malaysia ialah antara 30 hingga 45 hari. Sepanjang tempoh hayat dana, tiada pelaburan atau aliran modal masuk baru dibenarkan sehingga dana matang. Kematangan dana ditentukan pada permulaan dana. Dana terbuka pula ialah sejenis dana unit amanah yang membenarkan pelabur melabur dalam dana pada bila-bila masa. Dalam dana tertutup dan juga terbuka, pelabur boleh menjual pada bila-bila masa berasaskan Nilai Aset Bersih sedia ada.

Terdapat beberapa kelebihan atau manfaat melabur dalam dana unit amanah terbuka. Dana unit amanah terbuka memberikan fleksibiliti kepada pelabur untuk menambahkan pelaburan dalam dana sekiranya timbul keperluan. Sebagai contoh, seorang pelabur yang melabur secara berkala sebagai strategi pelaburan akan mendapati bahawa unit amanah terbuka membolehkannya berbuat demikian. Ini tidak dapat dilakukan bagi dana tertutup yang tidak menawarkan unit selepas tempoh tawaran awal.

Biasanya dana tertutup mungkin mengenakan yuran apabila anda menebus dana sebelum tarikh matang. Jumlah ini berbeza mengikut dana. Untuk mengelakkan yuran dikenakan, pelabur perlu melabur untuk tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi sebarang pelaburan dalam dana unit amanah, sama ada tertutup atau terbuka, terdapat kelebihan dan risiko yang dikaitkan dengan pelaburan. Justeru, pelabur perlu memahami strategi pelaburan di sebalik dana pelaburan. Terdapat bank yang boleh membantu anda menentukan profil risiko pelaburan dan menyediakan senarai produk yang menepati profil risiko tersebut. Sebagai contoh, di OCBC Al-Amin, kami melakukannya untuk memastikan produk kami sesuai dengan keperluan risiko pelanggan. Di samping itu, jika pelanggan lebih berumur atau tidak mempunyai pengalaman pelaburan, seorang penyelia jualan akan membantu dalam perbincangan jualan untuk memastikan pelabur memahami produk dengan jelas.

Pada asasnya, pelabur harus berhati-hati apabila memilih pelaburan supaya ia sesuai dengan objektif pelaburan dan toleransi risiko masing-masing. Pelabur harus menghubungi profesional pelaburan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm&arc=hive

Posted by: ayah.biz | Februari 7, 2011

Apabila si Ibu berhak

Apabila si Ibu berhak

Acapkali berlaku, apabila si ayah meninggal tanpa meninggalkan wasiat atau pembahagian harta terdahulu, si ibu meminta bahagian harta sepencarian.

Entri ini saya kongsi sebagai balasan komen dua pembaca entri “Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian” yang mempunyai dilema yang sama. (*NB: Ini bukanlah nasihat profesional).

Apabila seseorang mati tanpa wasiat, hartanya wajib dibahagikan mengikut kiraan Faraid. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pembahagian harta yang berkesan. Malah, ia juga menitik-beratkan kepentingan dan tanggungjawab waris-waris yang menerima bahagian lebih besar (seperti anak-anak lelaki) untuk menjaga dan memastikan kebajikan tanggungan di bawah mereka – si ibu, saudara-saudara perempuan dan anak-anak saudara.

Yang jelas, pewaris bukan sahaja mewarisi harta malah mewarisi tanggungjawab memelihara saudara si mati.

Pewaris juga boleh menghalalkan bahagiannya untuk diberikan kepada waris yang lain – yang lebih memerlukan.

Prinsipnya, si ibu berhak meminta bahagian Harta Sepencarian. Anak-anak pula mampu menilai pengorbanan si ibu membesarkan mereka. Halalkan untuk si ibu.

Harta itu amanah Allah. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Realitinya pula, bahagian si ibu ini (termasuk harta sepencarian yang diminta) akan dibahagikan kepada anak-anak semula apabila dia meninggal nanti.

Demi kerukunan keluarga, apabila si Ibu berhak maka wajarnya si anak redha.

Nota:

Bagi situasi wang tunai seperti virtuallistener:-

Sekiranya semua waris bersetuju, gunakan RM300,000 untuk dilaburkan ke dalam pelaburan yang patuh shariah dengan tujuan memberi pendapatan tahunan yang berterusan.

Contoh:

Amanah Hartanah Bumiputera

RM300,000 x pulangan 6% setahun = RM18,000

Duit RM18,000 ini boleh dibahagikan antara waris-waris setiap tahun mengikut pembahagian faraid dan harta sepencarian yang anda semua persetujui.

Ini lebih baik dari dibahagi lump sum dan dana tadi habis dibelanjakan.

Semoga bermanfaat,
Ayah.biz

Posted by: ayah.biz | Disember 29, 2010

Agihan pendapatan ASN 6 sen seunit

Agihan pendapatan ASN 6 sen seunit

Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan jumlah agihan pendapatan ASN sebanyak 6.00 sen seunit pada majlis pengumumannya di Menara PNB di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


 

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 0.80 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.20 sen seunit tahun lalu.

Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukkan pembayaran sebanyak RM89.88 juta, berbanding RM81.52 juta yang dibayar pada 2009.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding tahun lalu.

‘‘Ia adalah selaras dengan prestasi memberangsangkan ekonomi negara dan pasaran saham dengan indeks penanda aras FBM KLCI telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 1,272.78 mata akhir 2009 kepada 1,511.58 pada 24 Disember lalu,’’ katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASN di sini hari ini.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah yang dilancarkan pada 20 April 1981 dengan matlamat menjana pengagihan pendapatan dan peningkatan modal berpatutan melalui pelaburan di dalam portfolio yang dipelbagaikan.

Ahmad Sarji menambah, dalam tempoh kewangan yang sama, ASN telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM112.02 juta.

‘‘Keuntungan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM63.07 juta atau 56.30 peratus, diikuti oleh pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat-syarikat pelaburan sebanyak RM39.18 juta atau 34.98 peratus.

‘‘Selebihnya, RM9.77 juta atau 8.72 peratus adalah daripada lain-lain pelaburan,’’ katanya.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2010 iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN.

Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilabur secara automatik dan dikreditkan di dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2010.

Seramai 1.18 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN akan menerima manfaat pembayaran tersebut.

Semua urusniaga bagi ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 27 Disember 2010 sehingga 2 Januari 2011.

Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN masing-masing mulai 3 Januari 2011.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

Posted by: ayah.biz | Disember 22, 2010

KWSP mula melabur di London

Dengan kenaikan Ringgit Malaysia berbanding Pound Sterling, KWSP telah mula melabur di pasaran hartanah London sejak bulan November.

Ringkasan pelaburan setakat ini ialah:-

Jumlah dana yang diperuntukkan = £1 bilion (RM4.8 bilion)
Agen: ING Real Estate Investment Management

1.  One Sheldon Square, London
Harga : £157 juta (RM 768 juta)
Penjual : konsortium pelabur Aviva, Invista, Henderson Global Investors dan Liquid Realty Partners

2. 40 Portman Square, London
Harga: £181 juta (RM 886 juta)
Penjual: European fund manager Aerium

3. The Whitefriars, 65 Fleet Street, London
Harga: £150 juta (RM 734  juta)
Penjual :  Union Investment, satu dana hartanah Jerman

Jumlah pembelian setakat ini = £ 488 juta (RM 2.3 bilion)

Baki dana = £ 512 juta (RM 2.5 bilion)

Selamat melabur KWSP!  Buat 12 juta pencarum KWSP di Malaysia – kita tunggu dan lihat pulangan pelaburan ini nanti.

-Ayah.biz-

Nota:
Tukaran matawang GBP1 = RM4.8950
(The Star, 22 Disember 2010)

——————————————————————————–
Malaysian fund set to buy Freshfields’ Fleet Street home
Russell Lynch
22 Dec 2010

Malaysian fund set to buy Freshfields’ City home

Another major Fleet Street building is set to fall into Asian hands, as Malaysia’s biggest pension fund presses on with its £1 billion shopping spree in the capital, the Evening Standard can reveal.

The Employees Provident Fund is close to a £150 million property deal to buy the Whitefriars home of law firm Freshfields Bruckhaus Deringer at 65 Fleet Street, from the current owner, German property fund Union Investment, industry sources said.

News of the imminent sale emerges as Hong Kong billionaire Joseph Lau’s Chinese Estates prepares to swoop on the River Court home of investment banking giant Goldman Sachs nearby.

Goldman’s other Fleet Street base, Peterborough Court, is in the hands of receivers and could also be up for sale next year after Canadian owner Jesta Capital defaulted on loans.

The EPF, which has more than 12 million members in Malaysia, is planning to invest around £1 billion in London property.

The pension fund made its first move into the London property market in November with a
£157 million deal to buy One Sheldon Square — an office building on the Paddington Central development — from a consortium of investors including Aviva, Invista, Henderson Global Investors and US-based Liquid Realty Partners.

It also recently bought a six-storey office building at 40 Portman Square from European fund manager Aerium.

Freshfields has been at Whitefriars since 1989. It has more than 10 years left on its lease at the 225,000 sq ft building, making it attractive to international investors looking to take advantage of the cheap pound to snap up assets generating steady income from blue-chip tenants.

The Bishops Square home of Freshfields rival Allen & Overy also changed hands last week when Hammerson and an Oman sovereign wealth fund sold it to two property funds run by JP Morgan for £557 million.

The Whitefriars sale is being handled by Savills, the agent which also oversaw Union’s sale of 10 Gresham Street to a joint venture between Hammerson and a Canadian pension fund in August.

Sumber:

1) http://www.propertyweek.com/news/news-by-sector/investment/aerium-completes-%C2%A3181m-40-portman-square-sale-to-malaysians/5009929.article

2) http://www.thisislondon.co.uk/standard-business/article-23908748-malaysian-fund-set-to-buy-law-firms-fleet-st-home.do

Posted by: ayah.biz | Disember 21, 2010

Penamaan KWSP Pastikan Bayaran Segera Kepada Orang Tersayang

Kempen Media Kedua Galakkan Ahli KWSP Menamakan Penama Mereka

Sertai kempen Facebook Jom Namakan Orang Tersayang
untuk pastikan kenalan-kenalan anda juga ambil tindakan yang bijak.

Berikutan kejayaan kempen penamaan yang dilancarkan tahun lalu, KWSP akan melancarkan siri kedua kempen media melalui radio dan akhbar mulai 13 Disember hingga 26 Disember 2010 bagi menggalakkan lebih ramai ahli membuat penamaan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata: “Di sebalik kejayaan kempen sebelum ini yang telah menarik hampir sejuta ahli membuat penamaan berbanding tahun sebelumnya, KWSP masih belum berpuas hati dengan jumlah ini. KWSP berharap dengan kempen pengiklanan kali ini, lebih ramai ahli akan menyedari kepentingan membuat penamaan.”

Setakat suku ketiga 2010, seramai 4.25 juta ahli KWSP telah membuat penamaan berbanding 3.29 juta ahli pada tempoh yang sama tahun lepas.

“KWSP menyeru ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan mereka tetapi masih belum membuat penamaan agar berbuat demikian dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka dan dengan membuat penamaan akan memastikan simpanan ini dibayar dengan segera tanpa melalui proses yang sukar dan lama,” kata beliau.

Kempen pengiklanan ini turut disokong dengan promosi yang diadakan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan dan Pusat Panggilan KWSP.

“Membuat penamaan merupakan perkara yang penting dan kegagalan berbuat demikian akan memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan orang tersayang dan tanggungan mereka,” kata Nik Affendi.

Menurut beliau, tanpa penamaan keluarga atau waris terdekat ahli yang meninggal dunia akan melalui proses yang sukar dan memakan masa lama untuk menuntut simpanan ahli. Ini melibatkan pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa yang berkenaan bagi menyokong permohonan mereka dan bayaran mungkin dikenakan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut. Bagaimanapun, proses ini perlu sebagai langkah mencegah penipuan dan untuk memastikan simpanan hari tua itu diberikan kepada mereka yang benar-benar berhak.

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, simpanan tersebut akan diagihkan terus kepada penama manakala ahli yang beragama Islam, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan tersebut mengikut Hukum Faraid. Penamaan juga mengatasi wasiat bertulis.

Untuk membuat penamaan, ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan segera borang yang lengkap diisi kepada cawangan KWSP berdekatan. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Borang tersebut boleh diperoleh dari Cawangan KWSP terdekat atau memuat turun dari laman web myEPF di http://www.kwsp.gov.my. Penamaan akan berkuatkuasa dari tarikh borang penamaan yang lengkap diterima oleh mana-mana pejabat KWSP.

“Bagi mengelakkan kesulitan, perselisihan dan penderitaan, KWSP menggalakkan ahli-ahlinya untuk membuat penamaan dan sentiasa mengemaskini penamaan mereka. Adalah lebih baik penamaan ahli dikemaskini dari semasa ke semasa terutamanya jika berlaku perubahan dalam hidup seperti berkahwin, ditakdirkan bercerai atau mendapat cahaya mata,” kata Nik Affendi.

Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan di bawah, hubungi Pusat Panggilan di 03-8922 6000 atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat.

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3425

Posted by: ayah.biz | Disember 7, 2010

Deposit pembelian rumah

Deposit pembelian rumah

Saya terbaca komen ini di dalam satu website kewangan di UK:

“Collecting a deposit” is a life time pursuit and only ends when the mortgage is paid off!”

Ia amat menarik kerana majoriti kita hanya menyimpan deposit rumah selepas kahwin. Tambahan pula, selepas kita ada deposit dan beli rumah, kita hanya bayar balik hutang.

Mana mungkin kita simpan deposit rumah seumur hidup!

Realitinya, harga rumah kita bukanlah harga yang disebut oleh pemaju atau jurujual. Tetapi, harga belian dicampur profit rate bank atau interest (mengikut kontrak pembiayaan) yang tentunya jauh lebih tinggi sepanjang tempoh pembiayaan.

Komen ini sebenarnya menggalakkan kita berfikir panjang.

Membeli rumah bukan hanya sekadar menyimpan depositnya.

Komitmen kita untuk membayar balik setiap bulan.

Keupayaan kita untuk membayar lebih setiap bulan, supaya jumlah belian sebenar dan tempoh pembiayaan dapat dikurangkan.

Hakikatnya, ramai diantara kita mampu membayar lebih dengan mengeluarkan wang KWSP. Bagaimana pula dengan wang simpanan persaraan kita?

Inilah yang kita kejar seumur hidup “lifetime pursuit” – apabila rumah itu benar-benar milik kita apabila semua hutang sudah langsai.

Selamat hidup sederhana dan semoga cepat-cepat bayar hutang,
-Ayah.biz-

 

 

Posted by: ayah.biz | Disember 7, 2010

Hijrah ekonomi dan pemilikan (1423H)

Hijrah ekonomi dan pemilikan

Umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di beberapa negara Islam amnya agak jauh ke belakang daripada aspek ekonomi dan pemilikan harta. Ini berlaku kerana sikap sebahagian umat Islam yang berhati-hati dan berwaspada daripada menjadi hamba duit dan harta sehingga menghalang usaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Ia boleh juga terjadi kerana kekeliruan dalam memahami falsafah pemilikan harta yang telah digarap sempurna dalam syariat Islam. Akibatnya, umat Islam terpinggir daripada arus pemodenan dunia yang sangat diperlukan dalam konteks membina semula ketamadunan manusia.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan salah faham segelintir umat Islam yang menolak dunia dan melalui kehidupan zuhud tanpa bersandarkan kepada realiti kehidupan masa kini yang berbeza daripada zaman awal Islam terdahulu.

Justeru, penglibatan umat Islam dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta juga penting untuk direalisasikan dalam dunia kini. Walau bagaimanapun, ia wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat dan mengagihkan harta menurut perspektif Islam. Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang berteraskan riba’ demi mencari keuntungan berlipat kali ganda adalah diharamkan. Selanjutnya, amalan buruk penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan amalan ekonomi Islam. Di samping itu juga, konglomerat Islam perlu memahami ada hak zakat yang diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu dilunaskan. Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar kesan daripada kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam sebenar.

* Nota: sebahagian dari artikel Praktik lima asas Hijrah oleh Mohd Ali Muhamad Don, Utusan Malaysia 7/12/2010 (artikel penuh di bawah)

—————————————————————————————–

Praktik lima asas Hijrah

BULAN Muharam merupakan detik permulaan kalendar baru dalam Islam. Justeru, ketibaan tarikh 1 Muharam setiap tahun semestinya menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam kehidupan seorang Muslim. Ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai pencapaian peribadi selama setahun yang lalu dalam konteks melaksanakan perintah Allah SWT. Oleh itu, beberapa asas hijrah wajar dipraktikkan bagi memenuhi tuntutan hijrah masa kini yang jauh berbeza dengan hijrah era Mekah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.

Hijrah sikap dan perbuatan

Segelintir umat Islam masih terbelenggu dengan pelbagai sikap buruk seperti hasad dengki, dendam kesumat dan sikap suka menyalahkan orang lain. Sikap buruk sebegini jika tidak diubati dikhuatiri akan merosakkan individu dan masyarakat Islam keseluruhannya. Ia umpama api dalam sekam yang boleh membakar pada bila-bila masa. Malah jika diteliti sikap buruk seperti ini akan menyebabkan umat Islam semakin ketinggalan dalam arus globalisasi yang membadai dunia dewasa ini. Golongan seperti ini juga jauh daripada rahmat dan perlindungan Allah SWT yang sangat diperlukan bagi mengharung liku-liku hidup di dunia yang beraneka ragam.

Terdapat juga umat Islam yang boleh diibaratkan seperti cakap tak serupa bikin. Perbuatan buruk mereka jauh menyimpang daripada ajaran syariat yang sebenar. Perilaku dosa seperti minum arak, berkhalwat dan berzina, merompak, mencuri dan membunuh termasuk bayi dalam kandungan sendiri seakan menjadi amalan biasa segelintir individu Muslim. Kesemua sikap buruk dan jenayah itu memerlukan kesungguhan dan azam yang tinggi untuk berubah dan kembali ke jalan yang diredai Ilahi.

Hijrah amal dan ketaatan

Bagi membendung perilaku buruk yang tidak bertepi, umat Islam diseru kembali ke pangkal jalan dengan memperbanyak amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Bagi yang tidak solat mahupun jarang-jarang melakukannya, dinasihat supaya mula berjinak-jinak dan mendampingkan diri kepada-Nya. Umat Islam juga sewajarnya menilai segala perlakuan ibadah setahun yang lalu sambil berazam untuk mempertingkatkan amalan agar lebih sempurna dan berkualiti.

Ketibaan 1 Muharam juga boleh dijadikan landasan untuk menggembleng usaha dan tenaga berbakti kepada Ilahi. Permulaan yang baik seperti membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai sama ada di rumah bersama seisi keluarga, mahupun di masjid dan surau-surau mampu memberi impak yang baik kepada amalan sepanjang tahun. Seterusnya, ia diikuti pula dengan amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim seperti berbakti kepada Allah SWT dengan berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan fardu haji, selain amalan berbentuk jama’iy dan kemasyarakatan seperti berbuat baik kepada jiran, menolong dan membantu sesama manusia terutama golongan miskin dan kurang upaya. Dwi amalan yang diperintahkan ini akan mempertaut hubungan manusia dengan Allah SWT dan dalam masa yang sama mempererat hubungan sesama manusia.

Hijrah ilmu dan pencapaian

Secara umumnya, umat Islam agak ketinggalan dalam aspek ilmu dan kemajuan teknologi jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Malah, terdapat negara-negara tertentu yang boleh dicontohi seperti China dan Korea yang begitu drastik bangkit sebagai kuasa baru dunia dalam pelbagai aspek termasuk kemajuan daripada sudut sains dan teknologi.

Sehubungan itu, pelbagai lapisan masyarakat Islam hendaklah menghayati tuntutan mencari ilmu dalam apa saja kegiatan seharian. Ini kerana ilmu boleh diperoleh di mana sahaja sama ada melalui kaedah pendidikan formal seperti di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, mahupun ilmu sepanjang hayat yang ada di persekitaran hidup manusia. Malah, pengalaman manis dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang juga merupakan ilmu yang sangat berguna jika dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Hijrah dalam konteks ini juga dilihat mampu mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam terdahulu sehingga umat Islam hari ini disegani dan dihormati di mata dunia. Ia sekali gus berupaya menolak pelbagai fitnah dan tohmahan seperti agama ekstrem dan menaja keganasan yang biasa ditujukan kepada umat Islam sedunia.

Hijrah ekonomi dan pemilikan

Umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di beberapa negara Islam amnya agak jauh ke belakang daripada aspek ekonomi dan pemilikan harta. Ini berlaku kerana sikap sebahagian umat Islam yang berhati-hati dan berwaspada daripada menjadi hamba duit dan harta sehingga menghalang usaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Ia boleh juga terjadi kerana kekeliruan dalam memahami falsafah pemilikan harta yang telah digarap sempurna dalam syariat Islam. Akibatnya, umat Islam terpinggir daripada arus pemodenan dunia yang sangat diperlukan dalam konteks membina semula ketamadunan manusia.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan salah faham segelintir umat Islam yang menolak dunia dan melalui kehidupan zuhud tanpa bersandarkan kepada realiti kehidupan masa kini yang berbeza daripada zaman awal Islam terdahulu.

Justeru, penglibatan umat Islam dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta juga penting untuk direalisasikan dalam dunia kini. Walau bagaimanapun, ia wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat dan mengagihkan harta menurut perspektif Islam. Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang berteraskan riba’ demi mencari keuntungan berlipat kali ganda adalah diharamkan. Selanjutnya, amalan buruk penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan amalan ekonomi Islam. Di samping itu juga, konglomerat Islam perlu memahami ada hak zakat yang diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu dilunaskan. Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar kesan daripada kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam sebenar.

Hijrah kepada Islam yang syumul

Akhirnya, para Muslimin diseru menghayati ketibaan 1 Hijrah bukan dalam pengertian sambutan tahun baru yang difahami oleh golongan yang tidak mengerti agama yang syumul. Sambutan tahun baru juga bukanlah perayaan yang hanya diraikan di merata tempat. Lebih daripada itu, tuntutan melestarikan falsafah hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang sanggup bergadai nyawa dan harta demi kepentingan Islam wajib dicontohi.

Untuk tujuan itu, umat Islam hendaklah kembali melaksanakan Islam dalam segala gerak-geri kehidupan. Maknanya, seluruh kehidupan Muslim mesti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dalam menanggapi pelbagai persoalan hidup yang kompleks dan penuh cabaran dewasa ini. Syariat yang syumul sememangnya bersesuaian untuk direalisasikan dalam konteks kehidupan bernegara, bermasyarakat dan yang pasti untuk keperluan setiap individu. Persoalannya, adakah umat Islam masa kini berbangga menjadi individu Muslim lalu sanggup melaksanakan segala peraturan agama dalam segala lapangan kehidupan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Posted by: ayah.biz | Disember 7, 2010

Keajaiban faedah kompaun dalam saham amanah

Keajaiban faedah kompaun dalam saham amanah

Oleh YUSOFF ZAKY OMAR

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan daripada 100 lelaki apabila tiba usia bersara, hanya seorang mempunyai situasi kewangan yang mantap, empat orang tidak menghadapi kerumitan kewangan, lima masih bekerja, 27 meninggal dunia dan 63 orang akan berada dalam kesempitan kewangan.

Sebuah kartun oleh Dave Craven, The Three Legs To Growing Rich mengandaikan kestabilan kewangan seperti bangku yang memerlukan tiga kaki untuk berdiri teguh.

Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak membuat simpanan akan menghadapi masalah kewangan juga akhirnya. Begitu juga mereka yang membuat simpanan tapi tidak dimanfaatkan simpanannya dan yang gigih mengumpul wang. Manakala mereka yang membuat simpanan serta bijak melabur sahaja akan mendapat kestabilan kewangan apabila tiba hari tua kelak. Tiga faktor tersebut adalah sangat penting dalam perancangan untuk mendapatkan kebebasan daripada belenggu kewangan.

Amanah saham bukanlah perkara baru, ia bermula seawal tahun 1868 di London menerusi Saham Amanah Kerajaan Kolonial dan Asing. Malaysia memperkenalkannya agak awal berbanding jiran-jiran negara Asia lain apabila satu amanah saham diperkenalkan oleh sebuah syarikat pada tahun 1959 iaitu `Malaysian Unit Trust Ltd’.

Kesungguhan kerajaan dalam konteks saham amanah jelas terbukti apabila pada tahun 1979 kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan amanah saham sebagai wahana untuk mencapai matlamatnya mengagihkan semula kekayaan negara di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menerusi skim amanah saham, kerajaan berusaha mencapai matlamat DEB menambah pegangan bumiputera dalam syarikat awam dan berhad kepada 30 peratus jumlah pemilikan ekuiti.

Maka pada tahun 1981 secara besar-besaran Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan amanah saham bumiputera yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN).

Walaupun demikian adakah kita sebenarnya faham apakah keajaiban faedah kompaun yang ada pada konsep amanah saham? Adakah ia terletak pada dividen dan bonus di mana setiap kali kita mendapatnya, maka kita mempunyai lebihan wang untuk mengubahsuai rumah, menukar kereta atau pergi melancong.

Atau adakah setiap kali bonus dan dividen diagihkan, kita hanya mendapat sedikit daripada lebihan yang diperoleh setelah pihak bank awal-awal lagi telah menyedut sebahagian daripada keuntungan pelaburan kerana melabur melalui pembiayaan bank?

Kata seorang teman, “Jika tidak meminjam untuk melabur, sampai tua pun aku tak melabur.” Mengapa ini terjadi? Mungkinkah keistimewaan yang ada dalam amanah saham tidak begitu jelas kepada umum.

Pelabur yang bijak tidak melabur melalui pembiayaan bank atau mengeluarkan pengagihan yang diterima kerana jika berbuat demikian amanah saham telah lari dari konsep asal dan ia sedaya upaya perlu dielak.

Faedah kompaun ialah satu proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan. Hasilnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas jika kita membuat pelaburan untuk jangka masa panjang dan secara berterusan.

Cuba bayangkan jika seruan kerajaan disahut pada 1981 dan kita beristiqamah melabur RM100 sebulan maka pada tahun 2020 hasilnya ialah kita akan memperoleh kira-kira RM2.4 juta pada ketika itu. Jumlah itu saya congak dari purata kadar faedah amanah saham swasta sebanyak 15 peratus setahun. Bukankah perbezaannya cukup besar jika dibandingkan dengan simpanan sebanyak itu dalam masa 39 tahun hanya RM46,800 dapat dikumpulkan.

Pada hari ini jika kita menggunakan hanya sedikit kebijaksanaan asas yang ada pada diri kita, melalui amanah saham kita akan dapat membuat lebih keuntungan dengan membuat pemindahan dari tabung bon ke tabung ekuiti atau sebaliknya berdasarkan keadaan pasaran.

Kadar kemeruapan yang rendah berbanding saham di bursa saham melalui arahan telefon tanpa komisen yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus saham amanah perlu direbut dan dimanfaatkan secara bijaksana.

Masih terlalu ramai yang tidak jelas tentang kaedah pelaburan yang bijak walaupun ramai yang telah sedar tentang langkah bijak membuat pelaburan menerusi saham amanah.

Justeru ejen saham amanah diharap dapat memainkan peranan mereka sebagai satu khidmat kepada masyarakat dengan mendekati juga golongan berpendapatan rendah. Apa yang dapat dilihat kebanyakan ejen hanya memberi tumpuan pada pasaran korporat atau akaun yang besar memandangkan kadar komisen mereka yang sangat rendah iaitu antara dua hingga tiga peratus sahaja dan tiada komisen diperoleh apabila penjualan dan pemindahan dibuat oleh pelabur.

Mungkin kesinambungan dari Minggu Saham Amanah Malaysia yang diadakan setiap tahun, pemimpin-pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan dengan membudayakan pelaburan dalam saham amanah sehingga ke pelosok negeri. Ia boleh diadakan dengan menghimpunkan penduduk setempat dan menjemput ejen-ejen saham amanah untuk memberi penerangan yang sewajarnya mengenai cara bijak untuk melabur secara sabar dan berterusan.

– YUSOFF ZAKY OMAR ialah Perunding Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan Korporat, Informatics.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_08.htm&arc=hive

Posted by: ayah.biz | Disember 6, 2010

30 Pelaburan utama KWSP di BSKL

30 Pelaburan utama KWSP di Bursa Saham Kuala Lumpur
( pada 30 Jun 2010)

No. Share % Holdings
1. Msian Building Society Bhd 67.33%
2. RHB Capital Bhd 54.93%
3. Msian Resources Corp Bhd 41.91%
4. Media Prima Bhd 23.41%
5. WCT  Bhd 21.69%
6. IJM Corporation Bhd 19.45%
7. Cycle & Carriage Bintang Bhd 19.09%
8. Digi.Com Bhd 17.43%
9. Star Publication (M) Bhd 17.22%
10. Tenaga Nasional Bhd 16.61%
11. UMW Holdings Bhd 16.29%
12. Shell Refining Co. Bhd 16.17%
13. Axiata Group Bhd 16.05%
14. S P Setia Bhd 16.02%
15. Alliance Financial Group Bhd 15.82%
16. Kuala Lumpur Kepong Bhd 15.23%
17. Genting Plantations Bhd 15.21%
18. Petronas Gas Bhd 15.16%
19. Sime Darby Bhd 14.78%
20. United Plantations Bhd 14.76%
21. Dialog Group Bhd 14.33%
22. CIMB Group Holdings Bhd 14.24%
23. Proton Holdings Bhd 13.96%
24. Puncak Niaga Holdings Bhd 13.90%
25. Msian Airlines Systems Bhd 13.68%
26. KLCC Property Holding Bhd 13.41%
27. Sunrise Bhd 13.24%
28. Eon Capital Bhd 13.14%
29. IOI Corporation Bhd 12.87%
30. Hong Leong Bank Bhd 12.62%

Sumber: http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2investhighlights&pg=en_p2investhighlights_equity&ac=3306

Ulasan saya:-

1. KWSP melabur di dalam saham-saham patuh dan tidak patuh syariah.

2. Sudah sampai masanya, pihak KWSP mengasingkan dana-dana milik orang-orang Islam. Ini penting kerana pencarum-pencarum Islam sudah tentu mahukan pelaburan yang berlandaskan syariah.

3. Usaha ini wajar kerana Malaysia mahu menjadi hub kewangan Islam dunia. Sudah tentu dana KWSP mampu menjana sektor ini.

4. Kajian-kajian juga menunjukkan tidak banyak perbezaan dari segi pulangan dalam saham-saham patuh dan tidak patuh syariah di Malaysia.

Apa pendapat anda yang juga mencarum di KWSP? Tinggalkan komen di bawah.

Selamat melabur,
-Ayah.biz-

Posted by: ayah.biz | November 21, 2010

Inspirasi Usahawan Muslim 1

“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyak supaya kamu beruntung.” [al-Jumuah 62:10]
 

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori