Posted by: ayah.biz | Februari 7, 2011

Apabila si Ibu berhak


Apabila si Ibu berhak

Acapkali berlaku, apabila si ayah meninggal tanpa meninggalkan wasiat atau pembahagian harta terdahulu, si ibu meminta bahagian harta sepencarian.

Entri ini saya kongsi sebagai balasan komen dua pembaca entri “Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian” yang mempunyai dilema yang sama. (*NB: Ini bukanlah nasihat profesional).

Apabila seseorang mati tanpa wasiat, hartanya wajib dibahagikan mengikut kiraan Faraid. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pembahagian harta yang berkesan. Malah, ia juga menitik-beratkan kepentingan dan tanggungjawab waris-waris yang menerima bahagian lebih besar (seperti anak-anak lelaki) untuk menjaga dan memastikan kebajikan tanggungan di bawah mereka – si ibu, saudara-saudara perempuan dan anak-anak saudara.

Yang jelas, pewaris bukan sahaja mewarisi harta malah mewarisi tanggungjawab memelihara saudara si mati.

Pewaris juga boleh menghalalkan bahagiannya untuk diberikan kepada waris yang lain – yang lebih memerlukan.

Prinsipnya, si ibu berhak meminta bahagian Harta Sepencarian. Anak-anak pula mampu menilai pengorbanan si ibu membesarkan mereka. Halalkan untuk si ibu.

Harta itu amanah Allah. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Realitinya pula, bahagian si ibu ini (termasuk harta sepencarian yang diminta) akan dibahagikan kepada anak-anak semula apabila dia meninggal nanti.

Demi kerukunan keluarga, apabila si Ibu berhak maka wajarnya si anak redha.

Nota:

Bagi situasi wang tunai seperti virtuallistener:-

Sekiranya semua waris bersetuju, gunakan RM300,000 untuk dilaburkan ke dalam pelaburan yang patuh shariah dengan tujuan memberi pendapatan tahunan yang berterusan.

Contoh:

Amanah Hartanah Bumiputera

RM300,000 x pulangan 6% setahun = RM18,000

Duit RM18,000 ini boleh dibahagikan antara waris-waris setiap tahun mengikut pembahagian faraid dan harta sepencarian yang anda semua persetujui.

Ini lebih baik dari dibahagi lump sum dan dana tadi habis dibelanjakan.

Semoga bermanfaat,
Ayah.biz


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: