Posted by: ayah.biz | Disember 29, 2010

Agihan pendapatan ASN 6 sen seunit


Agihan pendapatan ASN 6 sen seunit

Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan jumlah agihan pendapatan ASN sebanyak 6.00 sen seunit pada majlis pengumumannya di Menara PNB di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


 

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 0.80 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.20 sen seunit tahun lalu.

Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukkan pembayaran sebanyak RM89.88 juta, berbanding RM81.52 juta yang dibayar pada 2009.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding tahun lalu.

‘‘Ia adalah selaras dengan prestasi memberangsangkan ekonomi negara dan pasaran saham dengan indeks penanda aras FBM KLCI telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 1,272.78 mata akhir 2009 kepada 1,511.58 pada 24 Disember lalu,’’ katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASN di sini hari ini.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah yang dilancarkan pada 20 April 1981 dengan matlamat menjana pengagihan pendapatan dan peningkatan modal berpatutan melalui pelaburan di dalam portfolio yang dipelbagaikan.

Ahmad Sarji menambah, dalam tempoh kewangan yang sama, ASN telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM112.02 juta.

‘‘Keuntungan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM63.07 juta atau 56.30 peratus, diikuti oleh pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat-syarikat pelaburan sebanyak RM39.18 juta atau 34.98 peratus.

‘‘Selebihnya, RM9.77 juta atau 8.72 peratus adalah daripada lain-lain pelaburan,’’ katanya.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2010 iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN.

Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilabur secara automatik dan dikreditkan di dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2010.

Seramai 1.18 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN akan menerima manfaat pembayaran tersebut.

Semua urusniaga bagi ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 27 Disember 2010 sehingga 2 Januari 2011.

Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN masing-masing mulai 3 Januari 2011.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: