Posted by: ayah.biz | Oktober 31, 2010

Lima pertimbangan nak pilih pelan takaful


Lima pertimbangan nak pilih pelan takaful

1.  Pastikan ada manfaat kad perubatan

Paling utama ialah pembiayaan kos perubatan – hospital, bedah, specialist dan rawatan berterusan. Dalam scenario kos perubatan yang makin meningkat di Malaysia, pastikan anda memilih pelan minima RM50,000 setahun dan RM500,000 had seumur hidup.

* Fokus perlindungan kat sakit jantung, cancer, darah tinggi dan kemalangan jalan raya – 4 sebab utama kematian di Malaysia.

2.  Lindungi diri dan pasangan untuk kebajikan keluarga

Kedua, rancang untuk hadapi risiko anda kehilangan pendapatan (tidak mampu bekerja) dan memerlukan dana sara hidup yang berterusan.

Hutang rumah: Pastikan rumah habis dibayar dengan MRTT atau satu pelan takaful keluarga yang khusus.

Saraan harian: Masuk pelan takaful keluarga yang melindungi beban kewangan sekiranya anda ditimpa penyakit kritikal (Critical Illness) atau keilatan kekal (Total Permanent Disability).

Jumlah perlindungan boleh dikira dengan formula

= Wang belanja sebulan x 12 x Jumlah tahun yang diperlukan

3.  Lindungi kebajikan anak-anak

Sekiranya anda mempunyai anak-anak, anda pasti mahu mereka mempunyai dana pendidikan dan saraan hidup yang mencukupi sekiranya  anda atau pasangan tiada atau ditimpa musibah.

Rancang jumlah dana simpanan pendidikan yang mereka perlukan (e.g. RM50,000). Kemudian, tambah perlindungan penyakit kritikal dan keilatan kekal  untuk tujuan dana tambahan atau wang belanja.

Sekarang dengan pelan takaful 3 dalam 1 (kad perubatan, life dan simpanan) anda cuma perlu imbangi elemen perlindungan dan simpanan ikut keperluan dan kemampuan.

4.  Yang perlu kemudian yang mampu

Produk-produk takaful sekarang menawarkan manfaat-manfaat tambahan (dikenali sebagai Rider) dan elemen pelaburan dana amanah (investment).

RIDER:

Fahami fungsi-fungsi rider-rider ini dan apa sumbangan dalam portfolio perlindungan anda. Sekiranya bajet terhad, pilih rider yang perlu dahulu. Apabila gaji atau pendapatan meningkat kelak, anda boleh tambah atau masuk pelan takaful yang baru.

Antara rider-rider ( banyak rider lain yang tidak disenaraikan atau nama berbeza) ialah:-

* Manfaat pembayar – sekiranya apa-apa terjadi kepada pembayar (contohnya anda sakit), sumbangan bulanan akan dibayar oleh tabungan takaful peserta.

* Manfaat peserta: untuk pelan anak-anak, kalau mereka sakit, anda tidak perlu sambung bayar. Sumbangan bulanan akan dibayar oleh tabungan takaful peserta.

* Manfaat keilatan kekal/kemalangan: bagi wang tambahan sekiranya anda mengalami musibah-musibah yang tersebut. Anda juga boleh masuk pelan takaful berkelompok yang lain seperti Takaful Mutiara Plus (Bank Persatuan).

* Manfaat kemalangan: kebanyak rider ini beri dana yang minimum. Mungkin lebih balik jika anda ambil satu pelan takaful Personal Accident yang berasingan.

* Manfaat hospital – anda akan menerima elaun sekiranya anda masuk ke hospital kerana kemalangan atau sakit.

* Manfaat penyakit kritikal – sekiranya anda menghidapi salah-satu dari penyakit kritikal (36  atau 40 jenis ikut definisi syarikat takaful), anda berhak mendapat wang tambahan. Selalunya, rider ini ada 180 hari tempoh pengecualian.

PELABURAN:

Anda juga boleh memilih antara tiga jenis dana amanah yang ditawarkan- bon, seimbang dan ekuiti. Majoriti agen akan cadangkan dana seimbang sebagai pilihan yang berisiko sederhana, seperti Takafulink Dana Urus.

Pelaburan minima ialah RM10 sebulan. Tapi, perlu pertimbangan kerana pulangan pelaburan melalui takaful selalunya rendah (4%) dan tiada aktif monitoring dari majoriti agen yang hanya focus untuk menjual pelan takaful.

5.  Aktif

Akhir sekali, walau apa pelan yang anda pilih dan sertai, pastikan anda mampu bayar sumbangan bulanan dan tidak ‘lapse’. Lebih baik anda mula dengan RM100 dan mampu terus bayar, daripada anda masuk pelan RM500 tapi anda terpaksa berhenti bayar kerana apa jua sebab.

Pelan sebaik manapun tidak berguna kalau anda gagal membayar kerana perlindungan akan diberhentikan.

Setiap tahun anda juga boleh tuntut sehingga RM6000 (RM500 sebulan) untuk bayaran takaful dari bayaran cukai self-assessment LHDN.

Jadi, pertimbangkan – sertailah takaful.

Mulakan dari sekarang walaupun sikit.

Ingat pesanan orang-orang tua – sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

-Ayah.biz-


Responses

  1. Nice sharing..🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: