Posted by: ayah.biz | Jun 29, 2010

3 nasihat dari perancang kewangan


Dalam senyap-senyap ni, saya banyak bertemu dan bersembang dengan perancang-perancang kewangan.

Antara nasihat-nasihat mereka yang amat baik kita usahakan ialah:-

1. Sentiasa simpan 3x, 6x atau 12x perbelanjaan bulanan anda sebagai simpanan kecemasan. Jumlahnya terpulang dengan situasi masing-masing. Laburkan dana ini dalam akaun simpanan yang mudah untuk dikeluarkan sekiranya perlu.

2. Pastikan anda (dan keluarga) mempunyai perlindungan takaful yang mencukupi. Sentiasa analisa keperluan anda terutama selepas perkara-perkara penting seperti kelahiran anak, beli rumah, naik gaji dan lain-lain.

3. Bantu keluarga anda dengan meninggalkan dokumen wasiat yang dikemaskini. Ini memudahkan mereka melangsaikan hutang-hutang, membahagikan harta dan meneruskan kehidupan selepas anda tiada. Apa yang kita patut dokumenkan? Ringkasnya, 1/3 anda boleh wasiatkan dan 2/3 lagi uruskan mengikut sistem Faraid.

Harap sama-sama kita boleh rancang dengan bijak, dan mulakan sekarang.

-Ayah.biz-


Responses

  1. Salam Tuan.
    TQ for the nice info sharing🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: