Posted by: ayah.biz | Disember 24, 2009

Pengecualian cukai bantu pulih ekonomi negara


Pengecualian cukai bantu pulih ekonomi negara – Pakar ekonomi

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Tindakan kerajaan mengecualikan cukai keuntungan sebanyak lima peratus bagi semua penjualan hartanah adalah tepat bagi proses pemulihan kembali ekonomi negara.

Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin berkata, langkah itu juga dapat mengurangkan spekulasi pembeli hartanah dalam jangka waktu singkat.

”Ia membolehkan pemilik yang mempunyai lebihan harta atau pusaka menjual harta mereka dan pada masa yang sama membantu mengaktifkan kembali sektor hartanah negara.

”Pada jangka masa panjang pula, keadaan ini dapat mengelakkan pasaran menjadi kelam kabut disebabkan spekulatif yang menjual beli hartanah sesuka hati,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua penjualan hartanah yang dimiliki melebihi lima tahun akan dikecualikan cukai keuntungan hartanah sebanyak lima peratus.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan potongan cukai sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun kepada semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian sebagai insentif bagi merancakkan sektor pelancongan.

Kenyataan Amir itu dipersetujui oleh pakar ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam yang berpendapat bahawa langkah tersebut mempercepatkan proses pemulihan ekonomi dan juga menarik lebih ramai pelabur ke dalam negara.

”Jika ia tidak dilaksanakan segera, kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara menjadi lembap dan langkah itu menggalakkan lagi ekonomi negara dalam jangka masa panjang,” katanya..

Tambahnya, pengecualian cukai yang dilaksanakan itu juga akan menarik minat pelabur luar melabur dalam sektor hartanah dalam negara dan secara langsung meningkatkan lagi proses pemulihan ekonomi.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: