Posted by: ayah.biz | Disember 21, 2009

Simpanan persaraan 2


Simpanan Persaraan

Majoriti dari kita hanya bergantung sepenuhnya kepada EPF @ KWSP. Realitinya, duit EPF yang ada habis dalam masa 3 tahun selepas kita bersara.

Selepas itu, banyak yang bergantung kepada anak-anak, duit pencen dan tak kurang juga yang terpaksa bekerja untuk menampung sara hidup.

Dari pembacaan dan pemerhatian saya selama ini, sukar untuk dapatkan tip yang praktikal.

Rata-rata nasihat yang saya dengar sama sahaja – masuk pelan persaraan takaful dan tambah beli unit trust.

Ringkas dari pemerhatian dan kajian, kita sebenarnya boleh bersedia untuk era “persaraan” dengan pelbagai cara:-

1. Pastikan EPF anda up to date & sentiasa review “gap” supaya anda boleh bersedia dengan pelaburan di tempat lain. Ini lebih penting selepas pengurangan 2% caruman EPF yang digalakkan oleh kerajaan.

2. Habiskan bayaran rumah – itulah tempat anda berlindung selepas bersara kelak.

3. Sertai pelan Kad Perubatan Takaful SEKARANG, walaupun ada benefit syarikat. Sebabnya, anda perlukan kad ini selepas anda bersara – mudah untuk kemasukan hospital dan ada manfaat bayaran perubatan.

Mengapa sekarang? Kerana ia lebih murah dan anda akan dilindungi semua penyakit. Jika anda masuk lambat dan sudah berpenyakit, maka sumbangan anda lebih mahal dan penyakit yang sedia ada tidak akan dilindungi.

Jika tidak pun (kalau anda ditakdirkan sihat ), pelan ini adalah tambahan simpanan (rasanya 40% dari jumlah sumbangan anda akan dapat balik) untuk tampung “gap” pendapatan persaraan kelak.

4. Pergi haji ketika usia muda, ketika kita sihat dan lebih bertenaga.

5. Mula berjinak-jinak dengan hobi atau perniagaan sendiri. Selepas anda bersara, tenaga dan pengalaman anda masih berguna untuk agama, masyarakat dan negara.

6. Cuba sendiri urus niaga saham dan unit trust. Dengan kemudahan “online trading”, anda boleh mulakan dengan RM1000 di rumah di hadapan komputer sendiri.Yang penting, sedikit-sedikit sambil tingkatkan ilmu melabur!

7. Bagi yang menghampiri umur persaraan, rancang bagaimana anda gunakan dana EPF dan lain-lain untuk berikan pendapatan tetap sepanjang persaraan anda.

8. Jangan lupa rancangkan pembahagian harta dan tulis dokumen wasiat. Pilihan di tangan anda.

Selamat merancang,

Ayah.biz

Baca juga : Simpanan Persaraan 1


Responses

  1. plg baik bagi org bertakwa adalah dgn jalan bertawakkal..insyallah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: