Posted by: ayah.biz | Disember 19, 2009

Hibah, dividen dan pulangan pelaburan


Hibah, dividen dan pulangan pelaburan

1. Hibah

Hibah diberi oleh bank-bank islam kepada penyimpan-penyimpan di dalam akaun simpanan wadia sahaja.

Penyimpan akaun mudaraba akan mendapat “perkongsian keuntungan (No. 2 di bawah)”.
Yang penting untuk difahami ialah – Hibah adalah hak bank-bank. Biasanya, bank-bank akan memberi hibah apabila ada keuntungan dan untuk mengekalkan pelanggan, dengan memberi kada hibah yang kompetitif seperti bank-bank konvensional yang lain.
Kadar hibah semasa ialah kurang daripada 2% sahaja. Contohnya:-

Kadar hibah untuk simpanan sehingga RM50,000

1) Akaun Simpanan Biasa-i Maybank Islamic 0.25%
= RM 125 setahun/RM10.42 sebulan

2) Akaun Simpanan Biasa-i Public Islamic Bank 0.35%
= Rm175 setahun/ RM14.58 sebulan

* Kadar yang biasa dipamerkan adalah kadar tahunan dan ianya adalah anggaran sahaja. Anda perlu hubungi bank untuk mendapatkan kadar sebenarnya.

2. Perkongsian keuntungan (Profit share)

Perkongsian keuntungan diberikan kepada pelabur-pelabur yang mempunyai akaun mudaraba dengan bank-bank Islam seperti akaun semasa, akaun tetap (FD) dan akaun pelaburan.

Keuntungan akan dibahagikan mengikut ratio yang dipersetujui oleh bank dan pelabur ketika akaun dibuka.
Kadar keuntungan pula berdasarkan keuntungan sebenar bank dan tidak ditetapkan (guaranteed).
Apabila anda membaca promosi akaun-akaun mudaraba, anda perlu tahu DUA angka

1. Kadar perkongsian keuntungan ( Profit sharing rate – PSR)
dan

2. Kadar keuntungan (Profit rate)

Contohnya, untuk simpanan sehingga RM10,000, di dalam akaun simpanan kanak-kanak:-
BESTARI Mudharabah Savings Account-i
PSR 5:95
Kadar Keuntungan  0.4%

3. Dividen
Dividen ialah pulangan pelaburan yang diberi oleh pengurus-pengurus dana dan saham amanah seperti EPF, Tabung Haji, LTAT dan ASB kepada para pelabur.

Bank-bank koperasi seperti Bank Rakyat dan Bank Persatuan juga memberi dividen tahunan untuk ahli-ahli koperasi.

Contohnya, untuk tahun 2008:-

Tabung Haji 5%
ASB 7%
LTAT 7%
Bank Rakyat 15%
Bank Koperasi 10%

4. “Income distribution” unit trust
Pengurus dana unit trust pula membayar “income distribution” kepada para pelabur berdasarkan prestasi dana masing-masing.

Peserta-peserta “takaful investment link” juga mendapat “income distribution” ini. Selalunya ia ditukar terus menjadi unit pelaburan tambahan.

“Income distribution” biasanya diumumkan di dalam sen per unit

Public Ittikal                                      7 sen
CIMB Short Term Sukuk Fund    0.28 sen
MAAKL Bond Fund                         3.5 sen

Untuk mengira peratus pulangan pelaburan anda, bahagikan “distribution income” dengan purata harga NAV anda (sila semak penyata tahunan anda).

5. Dividen saham

Dividen syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham KL pula dibayar mengikut kadar keuntungan tahunan syarikat.Ia boleh dibayar setiap suku tahun atau hanya setahun sekali – bergantung kepada kelulusan lembaga pengarah.
Pelbagai nama diberikan apabila dividen diumumkan seperti “First, Interim dan Final Dividend”. Ada juga syarikat yang memberi “Special Dividend” atas sebab-sebab tertentu.
Ringkasnya, syarikat menggunakan dividen untuk mengembalikan sebahagian wang yang dikongsi bersama dengan para pelabur. Ia tertakluk kepada cukai kerajaan (@ 25%).

Contohnya ada 12 November 2009, NSTP mengumumkan “Special Dividend”  akan dibayar sebanyak RM0.43 pada 7 Disember 2009.

Perhatikan, Digi.com pula membayar dividen-deviden 2007 dan 2008 sebagai:-
“Final dividend” 4.75 sen dan 54.5 sen “single-tier exempt dividend” berjumlah 59.25 sen per unit untuk tahun 2007.
berbanding,
53 sen per unit sahaja sebagai “Final dividend (single-tier exempt dividend)” untuk tahun 2008

Pelaburan akhirat

Di dalam kita merebut peluang untuk meningkat harta, janganlah kita lupa ia adalah amanah Allah di dunia.
Bayarlah zakat untuk membersihkan harta dan banyakkan bersedekah untuk pulangan pelaburan di akhirat pula.
Selamat melabur (dan menyimpan),
Ayah.biz

About these ads

Responses

  1. Thanks for the info…

  2. berzakat adalah membersih harta kita yang kita tidak tahu dari mana rezeki durian runtuh diterima dan lebih membuka rezeki kita, boleh lihat dihalaman ini untuk pengiraan zakat pendapatan dan emas :
    http://petuaremaja.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: