Posted by: ayah.biz | Disember 18, 2009

LTAT bayar dividen dan bonus 16 peratus


LTAT bayar dividen dan bonus 16 peratus

KUALA LUMPUR 13 Mac 2009 – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membayar dividen dan bonus sebanyak 16 peratus dalam bentuk amanah saham secara percuma kepada para pencarum yang aktif.

Daripada jumlah itu, LTAT akan membayar dividen sebanyak tujuh peratus, bonus sebanyak tiga peratus dan bonus khas sebanyak enam peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jumlah keseluruhan bayaran dividen dan bonus bagi tahun 2008 adalah sebanyak 16 peratus, sama seperti tahun lalu.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembayaran yang akan dilakukan meningkat kepada 8.3 peratus kepada RM597.9 juta berbanding RM552.2 juta, tahun lalu.

”LTAT mencatat keuntungan kasar sebanyak RM631.4 juta iaitu peningkatan 2.3 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 berbanding RM616.9 juta, tempoh sama tahun sebelumnya.

”Pencapaian ini adalah tertinggi selepas krisis kewangan Asia 1997 dan paras kedua tertinggi sejak penubuhan LTAT yang pernah mencatat keuntungan sebanyak RM697.6 juta pada tahun 1996,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdullah, jumlah aset terkumpul LTAT setakat 31 Disember 2008 meningkat lapan peratus kepada RM7.2 bilion dan jumlah akaun caruman pula ialah RM4.8 bilion untuk seramai 116,000 pencarum.

”Walaupun berdepan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi global, ketidaktentuan harga minyak mentah dan harga komoditi yang menurun, namun LTAT berjaya merekod prestasi yang membanggakan,” katanya.

Selain itu ujarnya, prestasi cemerlang dapat dicapai hasil perancangan strategi pelaburan LTAT yang proaktif, berhati-hati dan terpilih serta amalan perbelanjaan berhemat dalam menentukan pengurusan dana LTAT yang saksama.

Beliau menjelaskan di peringkat kumpulan, jumlah keuntungan sebelum cukai ialah RM1.4 bilion setelah mengambil kira keuntungan perbadanan-perbadanan dan anak- anak syarikat LTAT.

Tambahnya, LTAT sentiasa peka dengan tanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan terbaik dengan meningkatkan sistem penyampaian secara berterusan di samping pulangan lumayan kepada pencarum, sejak penubuhannya.

”LTAT telah berjaya memenuhi tanggungjawab untuk mengurus wang caruman anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan cekap dan berkesan serta melaksanakan dengan baik tanggungjawab sosial yang menyumbang kepada peningkatan taraf hidup warga ATM.

”Saya yakin LTAT dapat mengekalkan prestasi cemerlang secara berterusan berdasarkan kekuatan dalaman organisasi dan kesungguhan kerajaan berusaha memacu ekonomi negara,” ujarnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: