Posted by: ayah.biz | November 8, 2009

Wasiat dan Faraid


Wasiat dan Faraid

Seringkali, dalam merancang masa depan, wasiat adalah perkara terakhir yang kita fikirkan.

Kebanyakan kita merasakan beli kereta dan rumah, menambah pelaburan dan simpanan, penuhkan ASB atau simpanan pendidikan lebih penting dari wasiat. Tetapi, realitinya wasiat perlu menjadi keutamaan sebaik sahaja anda mempunyai semua yang tersenarai tadi.

Anda perlukan wasiat untuk memastikan anak dan isteri ada kereta dan rumah untuk berteduh apabila anda tiada.

Anda perlukan wasiat untuk merancang ke mana wang simpanan anda akan dibelanjakan apabila anda tiada.

Anda perlukan wasiat sebagai pesanan terakhir untuk anak-anak, isteri dan waris-waris yang lain.

Persepsi masyarakat menunjukkan kita abaikan wasiat kerana yakin sistem Faraid ada untuk umat Islam bahagikan harta-harta. Tetapi, persepsi ini tidak berasas kerana hukum faraid HANYA digunapakai ke atas HARTA PUSAKA – iaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat. Sekiranya anda mempunyai wasiat, tidak timbul soal harta pusaka kerana harta-harta anda sudah diamanahkan dan akan terus menjana hasil walaupun anda tiada.

Sekiranya anda berfikiran jauh dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak, keluarga dan waris-waris, anda wajib membuat wasiat.

Dengan wasiatlah, anda dapat merancang dan membuat keputusan sendiri bagaimana harta akan digunakan.

Harta boleh dirancang supaya apabila anda tiada, ia akan:-

1. meneruskan kesejahteraan kehidupan anak-anak dan keluarga

2. menjana pahala berterusan untuk anda

3. membantu mengembangkan syiar Islam

Ingatlah, harta kita hanyalah amanah Allah sementara di dunia.

-Ayah.biz-

P.s: Baca tulisan saya “Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian” untuk idea bagi merancang wasiat anda.


Responses

  1. bukan kah wasiat hanya merangkumi 1 pertiga daripada harta tuan punya sahaja?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: