Posted by: ayah.biz | Oktober 31, 2009

Susah kan nak “survey” takaful!


Susah kan nak “survey” takaful!

Itulah persepsi yang kita selalu dengar. Apa tidaknya, apabila kita berbicara dengan agen-agen, masing-masing dengan “sales talk” yang tersendiri. Quotation yang kita dapat pula tidak sama – jadi, macamana nak banding?.  Yang pasti lebih susah ialah untuk mendapat khidmat agen yang komited dan cemerlang.  Majoriti lepas “sign” je menghilangkan diri .

Salah satu tujuan asal saya ketika mula menulis di blog Jangan Terlepas Pandang ini adalah untuk memudahkan masyarakat untuk membuat pilihan.  Harap tulisan kali ini mampu membantu anda.

Anda boleh cuba langkah-langkah berikut untuk memilih pelan takaful yang sesuai:-

1. Sentiasa mulakan dengan keperluan dan kemampuan anda (dan keluarga) apabila memilih pelan perlindungan. Tetapkan, berapa jumlah perlindungan yang anda perlukan, berapa sumbangan bulanan yang anda PASTI boleh bayar dan tempoh perlindungan yang diperlukan.

Jumlah perlindungan  = RM
Sumbangan bulanan     = RM
Tempoh perlindungan =           tahun

2. Dapatkan sekurang-kurangnya 3 quotation dari syarikat yang berlainan berdasarkan bajet bulanan dan keperluan anda.

3. Apabila anda meneliti pelan-pelan takaful ini, bandingkan manfaat-manfaat berdasarkan kategori-kategori berikut:-

Kad Perubatan : untuk membayar bil-bil hospital, pembedahan dan rawatan yang besar. Ini yang paling basic dan paling penting!

Life : Manfaat Kematian, manfaat TPD (Total Permanent Disability) dan Manfaat Penyakit Kritikal

Tambahan (Rider) – yang pelbagai nama. Pada dasarnya, sekitranya anda mampu anda boleh bayar lebih untuk tambah manfaat elaun-elaun (Bedah, Kemasukan hospital, Kemalangan, Kecacatan sementara dan TPD). Ingat, ini adalah tambahan – pilihan di tangan anda. Anda boleh minta manfaat minima untuk rendahkan bayaran bulanan selaras dengan bajet bulanan anda.

Anda juga boleh membayar “Contributor” dan “Parent Contributor” rider untuk pastikan sumbangan bulanan berterusan jika anda tiada.

Saver @ Investment link : Ini juga tambahan jika anda mahu melabur dan menyimpan dalam dana-dan unit trust syarikat takaful di bawah pelan takaful.  Mulakan dengan kadar minima RM10 sebulan dan naikkan selari dengan kemampuan anda di masa depan.

NOTA: Saya rasa melabur dalam saham amanah (unit trust) di bawah pelan Takaful adalah lebih murah kerana tiada caj 6%. Tetapi, saya belum ada fakta untuk buktikan hal ini.

Caj-caj: Hal ini selalunya jarang diterangkan dengan jelas oleh agen-agen. Pada dasarnya, setiap pelan yang anda sertai, sumbangan bulanan anda akan dipotong untuk membayar komisen agen (sehingga 7 tahun) dan membayar kos pengurusan syarikat takaful (caj wakala). Caj-caj wakala ini berbeza mengikut pelan yang anda sertai.

Ingat! Semakin tinggi caj-caj yang dikenakan maka makin berkurangan manfaat perlindungan dan elemen pelaburan anda.

4. Ketika anda masih berfikir dan memilih dan jika belum ada perlindungan,
– Cuba sertai pelan Personal Accident di pasaran. Ia murah, bayar setahun sekali dan amat berguna kerana kadar kemalangan yang tinggi di Malaysia. Cuma ingat, PA hanya cover kemalangan sahaja.

– Untuk perlindungan diri, penyakit kritikal dan TPD, cuba sertai pelan takaful berkumpulan seperti pelan Takaful Mutiara Plus (Bank Persatuan/Etiqa) atau pelan Takaful Kasih Agrobank. Anda juga boleh cuba pelan perlindungan banca-takaful seperti PruBSN Asas atau PruBSN Warisan yang anda boleh sertai terus di cawangan-cawangan BSN yang terpilih.

5. Akhir sekali, dengar nasihat dan buat keputusan sendiri apa yang terbaik untuk anda dan keluarga. Ambil masa untuk berfikir dan pilihlah pelan yang memenuhi keperluan anda. Pilih juga agen yang anda rasa komited.

Nasihat saya – sertailah pelan takaful seawal mungkin ketika anda sihat dan stabil.

Dan pelan perlindungan yang terbaik adalah pelan yang sumbangan bulanan dibayar berterusan – tidak lapse.

Perlindungan anda untuk kesejahteraan anda dan keluarga.

Selamat memilih,
Ayah.biz


Responses

  1. salam, tuan
    macammana kalau kita bel polisi yang tidak menyertakan medical card

    • Salam Rafidah,

      Berdasarkan produk takaful keluarga yang ada sekarang, kita tak boleh tambah kad perubatan. Cara terbaik ialah masuk plan Takaful yang baru dan pilih elemen kad perubatan yang anda (dan keluarga) perlukan.

      Jika anda mahu perbincangan yang lebih lanjut sila emel saya – ayah.biz (at) googlemail dot com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: