Posted by: ayah.biz | Ogos 14, 2009

Pembiayaan Maybank Islamic tumbuh 10 peratus


Pembiayaan Maybank Islamic tumbuh 10 peratus

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) menjangka pertumbuhan 10 peratus dalam kuantiti pembiayaan perdagangan Islamnya tahun ini dengan pelancaran penyelesaian pembiayaan perdagangan baharu bank itu.

Ketika ini, bank itu menawarkan 30 produk pembiayaan perdagangan sebagai peneraju dalam pembiayaan perdagangan Islam dengan bahagian pasaran 38.8 peratus pada Jun 2009.

“Maybank Islamic menyasar menyediakan pelanggannya penyelesaian pembiayaan menyeluruh yang boleh mencerminkan sasaran pertumbuhan 15 peratus portfolio pembiayaan keseluruhan kami bagi tahun kewangan yang berakhir pada Jun 2010,” kata Naib Presiden Eksekutifnya, Ibrahim Hassan dalam satu kenyataan.

Produk baharu itu yang dilancarkan hari ini ialah Collateral Management Arrangement-i (CMA-i), penyelesaian pembiayaan mematuhi Syariah bagi pasaran pertengahan dan pelanggan korporat produk berasaskan komoditi.

CMA-i terlibat dalam program kewangan di mana tiga pihak terdiri daripada bank, pelanggan dan pengurus cagaran terlibat dalam pengurusan komoditi yang akan dibiayai oleh bank tersebut.

Setakat ini, Maybank Islamic mempunyai pembiayaan berjumlah lebih RM9.8 bilion kepada sektor perniagaan. – Bernama

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: