Posted by: ayah.biz | Julai 13, 2009

CIMB Clicks permudah proses melabur dalam dana amanah


CIMB Clicks permudah proses melabur dalam dana amanah

Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my

CIMB Bank Bhd memperluaskan perkhidmatan perbankan internetnya dengan melancarkan CIMB Clicks eInvest iaitu pelaburan unit dana amanah yang dilaksanakan secara dalam talian.

Inisiatif itu menjadikan CIMB kumpulan perbankan pertama di Malaysia menawarkan kemudahan berkenaan untuk dimanfaatkan lebih 20,000 pemegang akaun unit dana amanah bank itu ketika ini.

Ketua Perbankan Runcitnya, Peter England, berkata menerusi perkhidmatan itu, pelanggan boleh menyemak status akaun simpanan, transaksi dan pelaburan unit dana amanah menerusi portal dalam taliannya, CIMB Clicks.

Katanya, pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat secara dalam talian bagi membuat pilihan daripada 82 rangkaian dana yang ditawarkan oleh tujuh pengurus dana termasuk CIMB-Principal, Prudential, OSK dan AmMutual.

“Ini adalah satu lagi produk inovatif yang dilancarkan menerusi CIMB Clicks. Kami sudah merancang perkhidmatan ini sejak dua tahun lalu dalam usaha memberi tambah nilai kepada pelanggan dalam talian.

“Sebagai peringkat permulaan, kami mensasarkan 10 peratus daripada 20,000 pemegang akaun unit dana amanah CIMB akan menggunakan kemudahan CIMB Clicks eInvest ini,” katanya sambil menambah pelanggan perlu mempunyai akaun CIMB Clicks dan akaun Unit Dana Amanah bagi menggunakan perkhidmatan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran CIMB Clicks eInvest di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk Runcit CIMB Bank, Jade Lee.

England menambah, ketika ini perkhidmatan itu hanya ditawarkan kepada pemegang akaun unit dana amanah CIMB dan dijangka diperluaskan kepada lebih 1.3 juta pelanggan CIMB Clicks tidak lama lagi.

Katanya, pelabur juga boleh membeli atau menjual unit saham mereka, menukar dana serta memantau harga unit dana amanah dengan lebih mudah menerusi portal dalam talian itu.

“Malah, pelanggan juga akan menikmati kadar caj jualan lebih rendah apabila melabur menerusi CIMB Clicks eInvest, iaitu antara sifar hingga 2.5 peratus daripada jumlah pelaburan.

“Ketika ini, pelabur yang membeli unit dana amanah menerusi cawangan bank atau ejen jualan kebiasaannya membayar sehingga 6.5 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, CIMB turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk kadar caj jualan rendah antara sifar hingga dua peratus bermula semalam sehingga 31 Mac 2009.

Katanya, pelanggan yang membuat pelaburan baru sekurang-kurangnya RM10,000 menerusi CIMB Clicks eInvest akan menerima hadiah eksklusif yang terhad hanya satu untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: