Posted by: ayah.biz | Julai 3, 2009

Simpanan persaraan


Simpanan persaraan

Persaraan selalunya adalah perkara terakhir yang kita rancang.

Mana tidaknya, ianya lama lagi. 30 tahun bagi mereka yang berumur 27 tahun dan bekerja dengan kerajaan.

Meskipun begitu, lebih ramai antara kita yang tidak menabung atau menyimpan langsung untuk tujuan ini.

“Hidup kan sekejap je, mesti enjoy sekarang”, “anak-anak kan ada”: antara bisikan hati kita seperti kita membantu menyara ibu bapa kita sekarang. Memang baik dan digalakkan oleh Islam.

Cuma, realitinya zaman persaraan kita nanti amat berbeza dengan ibu bapa sekarang.

Kos kehidupan makin tinggi. Anak-anak kita juga mungkin menghadapai masalah yang besar untuk menampung keluarga mereka DAN juga kita. Oleh itu, Islam juga menggalakkan kita bersedia dan meringankan beban orang-orang tersayang.

Saya bukanlah pakar dalam simpanan persaraan ini. Tetapi, saya amati keperluan diri untuk bersara.

Kesimpulannya, untuk persaraan yang baik, kita perlukan:-

1. sebuah rumah kediaman (bebas hutang) yang bahagia

2. satu perancangan perubatan bagi membantu rawatan-rawatan (yang pasti ada)

3. dana yang cukup untuk wang kehidupan harian (jika anak mampu tambah, alhamdulillah)

Tips-tips simpanan persaraan

1. Mula seawal mungkin, walaupun sedikit

2. Kalau ada hutang (yang tinggi kadarnya), selesaikan dahulu.

3. Simpanan persaraan bukan hanya bermaksud “pelan persaraan takaful @ insuran”. Kita perlukan kombinasi perancangan rumah, wang tunai dan pelan perubatan dari awal lagi.

4. Mula sekarang, untuk kegunaan masa depan walaupun ada manfaat dari majikan anda – terutamanya takaful perubatan.

5. Fahami keperluan anda, rancang strategi dan bertindak, sekarang!

Yang masih merancang dan bertindak,

Ayah.biz


Responses

  1. […] juga : Simpanan Persaraan […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: