Posted by: ayah.biz | Mei 25, 2009

KPJ : Khidmat hospital tak terjejas ketika kemelesetan ekonomi global


Ayah.biz: KPJ Healthcare Bhd adalah salah satu kaunter saham yang menarik minat saya.

 

Khidmat hospital tak terjejas ketika kemelesetan ekonomi global 
WALAUPUN berdepan kelembapan ekonomi, KPJ Healthcare Bhd terus mencatatkan pertumbuhan pendapatan dalam suku pertama berakhir 31 Mac lalu. 

Ia mencatatkan keuntungan bersih RM21.848 juta berbanding RM21.698 juta suku sama tahun lalu, agak mendatar selepas mengambil kira pendapatan pelupusan RM3.9 juta yang diraih pada suku pertama tahun lalu.

 

Pendapatannya pada suku dikaji tumbuh 11.2 peratus kepada RM338.736 juta berbanding RM304.726 juta. 

Ini berikutan perbelanjaan penjagaan kesihatan secara amnya tidak begitu tertekan dengan aliran kemelesetan. 

Pertumbuhan itu juga dibantu penambahan katil menerusi pengambilalihan dan juga pengembangan hospital sedia ada. Jumlah perunding kesihatannya turut ditambah.

KPJ Healthcare adalah penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu. Ia beroperasi menerusi rangkaian 25 hospital pakar swasta, termasuk enam di luar negara dan kolej kejururawatan. 

Ia juga menguasai 52.1 peratus kepentingan dalam Al-‘Aqar KPJ Real Estate Investment Trust (AAREIT). 

Meninjau marjin operasi pada suku kewangan pertama, jelas sekali syarikat ini berjaya mengekalkannya menerusi peningkatan kecekapan, sebahagiannya disumbang usaha menaik taraf sistem IT dan peralatan perubatan dan skala ekonomi. Hospital barunya pula mula mencatat keuntungan. 

Standard & Poor’s mengekalkan unjurannya terhadap KPJ Healthcare dan berpendapat ia bakal muncul antara segelintir syarikat yang mampu menunjukkan pertumbuhan pendapatan pada 2009.

Perniagaan hospital tidaklah kalis kemelesetan tetapi ia lebih berdaya tahan berbanding perniagaan lain. Perkhidmatan ditawarkan kebiasaannya dianggap perlu. 

Adalah keterlaluan jika mengatakan ia tidak akan menerima impak daripada kegawatan ekonomi, kerana lebih ramai memilih mendapatkan alternatif lebih murah termasuk rawatan lebih murah di hospital kerajaan. 

Separuh kedua 2009 akan menyaksikan impak daripada cadangan penjualan (akan disewa semula selepas itu) tujuh bangunan hospital dan kolej kejururawatannya kepada AAREIT. Cadangan itu dijangka selesai pada separuh kedua 2009. 

S&P bagaimanapun menjangka impak positif yang kecil, disebabkan peningkatan kos kadar sewa akan menampung penjimatan. 

Bagaimanapun, S&P menurunkan cadangannya ke atas saham KPJ Healthcare kepada ‘pegang’ daripada ‘beli’ sebelum ini, tetapi mengekalkan harga sasaran 12 bulan pada RM3.30 seunit. 

Harga sasaran itu berdasarkan PER 8x berdasarkan unjuran pendapatan 2009. 

Penganalisis di SJ Securities pula mengekalkan cadangan ‘beli’ dengan nilai saksama pada RM4.20. 

Unjuran itu berasaskan ramalan PER 10.6x berdasarkan diskaun 25 peratus dan ramalan EPS 2009 sebanyak 39.6 sen. 

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20090524223850/Article/index_html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: