Posted by: ayah.biz | April 21, 2009

PNB kuasai 14 peratus nilai modal dalam Bursa Malaysia


PNB kuasai 14 peratus nilai modal dalam Bursa Malaysia

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my

Kepentingan Bumiputera kekal tinggi sekalipun kelembapan ekonomi global

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menerusi syarikat pelaburannya menguasai 14 peratus nilai permodalan pasaran di Bursa Malaysia, sekali gus mencerminkan kepentingan Bumiputera dalam pasaran modal tempatan kekal tinggi di sebalik kelemahan ekonomi global.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata menerusi dana yang diuruskannya, PNB melabur dalam 281 syarikat dan daripada jumlah itu, 230 adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang terbabit dalam pelbagai sektor strategik seperti perladangan, perbankan, hartanah, minyak dan gas, tenaga dan pelabuhan.

Beliau berkata, tahun lalu dana pemegang unit amanah yang diurus PNB berjumlah RM120 bilion, mewakili 12 peratus nilai permodalan pasaran Bursa Malaysia.

“PNB kini mempunyai kepentingan majoriti dalam syarikat besar seperti Sime Darby Bhd, Malayan Banking Bhd, Malaysian Industrial Development Finance Bhd, Island & Peninsular Bhd, Northport Bhd dan Chemical Company of Malaysia Bhd.

“Menerusi pemilikan ekuiti PNB dalam 281 syarikat itu, maka Bumiputera di negara ini secara tidak langsung mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan yang bernilai berbilion ringgit,” katanya pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Johor Bahru, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Dari segi bilangan pemegang unit pula, Ahmad Sarji berkata, sehingga 31 Mac lalu, PNB memiliki sejumlah 9.3 juta pelabur yang memegang 87.36 bilion unit saham amanah.

Daripada jumlah itu, pelabur bukan Bumiputera seramai 862,401 orang yang memegang lebih 10 bilion unit saham, membabitkan pelaburan dalam Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Gemilang dan Amanah Saham Nasional 3 Imbang.

Bilangan pemegang unit PNB dalam tempoh itu juga merangkumi 69 peratus daripada jumlah pelabur dalam industri unit saham amanah negara dan 36 peratus daripada jumlah keseluruhan dalam industri unit saham amanah negara.

Sebagai syarikat pelaburan unggul negara, Ahmad Sarji berkata, PNB berusaha menjadi pengurus dana yang berdaya saing dan sehingga kini sudah mengagihkan dividen dan bonus pada kadar antara lima peratus hingga 11.75 peratus dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

“Sejak mula menawarkan unit amanah 31 tahun lalu, sehingga kini nilai dividen dan bonus yang diagihkan oleh PNB berjumlah RM65.54 bilion dan jumlah itu memanfaatkan pelabur yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Golongan yang melabur kurang daripada 10,000 unit saham seorang adalah terdiri daripada 85 peratus daripada jumlah pelabur PNB keseluruhan,” katanya.

Mengenai peningkatan harta Bumiputera menerusi aktiviti unit amanah saham hartanah, Ahmad Sarji berkata, PNB sekarang memiliki nilai hartanah sebanyak RM1.83 bilion di sekitar bandaraya.

Katanya, Penubuhan Dana Amanah Hartanah PNB (PNB Reits) tahun lalu adalah satu usaha untuk menambah nilai harta tetap untuk kepentingan Bumiputera.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Seksyen/index_html?mysec=Nasional


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: