Posted by: ayah.biz | April 8, 2009

MPC tawar nasihat perniagaan percuma


Berita baik untuk bakal-bakal usahawan dan usahanita. Rebutlah peluang ini untuk tingkatkan keupayaan dan skill anda!

MPC tawar nasihat perniagaan percuma

PERBADANAN Produktiviti Malaysia (MPC) menawarkan peluang kepada orang ramai dan komuniti perniagaan mendapatkan khidmat nasihat secara percuma bagi memantapkan pengurusan syarikat supaya lebih berkesan serta cekap menerusi Klinik Keberkesanan Perniagaan (EEC) yang diperkenalkannya mulai bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Zainiah Nik Abd Rahman, berkata EEC menawarkan khidmat nasihat mengenai isu berkaitan keberkesanan seperti penjimatan kos, proses peningkatan, keberkesanan tenaga kerja, inisiatif peningkatan kualiti dan mengukur prestasi.

EEC juga katanya, adalah platform bagi orang ramai dan komuniti perniagaan boleh berbincang serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar dalam konteks bidang yang ditawarkan oleh MPC. “Klinik itu dianjurkan di pejabat korporat MPC dan pejabat cawangan kami di seluruh negara pada Khamis setiap minggu mulai 9 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2009 wilayah tengah serta pelancaran EEC dan Projek Smart Kids ‘Mewujudkan Nilai Mesra Alam’ iaitu kempen jangka panjang mempromosi kebersihan serta masyarakat Malaysia yang produktif dan sihat di Subang Jaya, Selangor, semalam.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20090408013401/Article/index_html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: