Posted by: ayah.biz | April 2, 2009

Penyata pulangan mudharabah Etiqa (Takaful Nasional)


Berita terkini!

Pihak Etiqa Takaful atau dahulunya Takaful Nasional, baru sahaja menghantar penyata pulangan mudharabah – perkongsian keuntungan kepada para peserta pelan Takaful Keluarga.

Hal ini dinyatakan oleh salah seorang eksekutif perkhidmatan perlanggan Etiqa. Ini adalah kali pertama, baik Takaful Nasional mahupun Etiqa Takaful berkongsi maklumat penting ini dengan pelanggan-pelanggan mereka.

Oleh itu, sekiranya anda salah seorang peserta pelan Takaful Keluarga Takaful Nasional dahulu atau Etiqa sekarang, pastikan anda terima penyata ini di dalam jangka masa terdekat.

Sekiranya tidak, ini adalah masa terbaik untuk anda hubungi talian pelanggan Etiqa OneLine 1-300-13-8888 atau 03-22972888 .

Talian ini beroperasi dari jam 8.30pg hingga 6.30ptg (Isnin-Jumaat) dan 8.30pg hingga 12.30tgh ( Sabtu).

Pastikan anda kemaskini maklumat-maklumat pelan-pelan takaful anda seperti:-

Baki akaun pelaburan

Baki akaun perlindungan

Nisbah perlindungan dan pelaburan

* Rujuk tulisan saya mengenai Penyata sumbangan Takaful.

Nota: Cara lain untuk hubungi Etiqa ialah Faks : 03-2785 1888 atau emel – info@etiqa.com.my

 

Kepada sesiapa yang ada menerima penyata ini , harap boleh kongsi kadar keuntungan yang diberikan.

 

Semoga sama-sama kita bermanfaat dan berlindung,

-Ayah.biz-

 


Respon

  1. saya mahu penjelasan bertulis tentang skim insuran mesra etiqa takaful

    • berapakah faedah atau dividen jumlah yang kami bayar selama 4 tahun?

  2. polisi sya hilang,aper yang perlu sy buat untuk mendapatkan polisi itu semula..

  3. saya seperti penama di atas ada menerima facility on benefit payment dan cuba fax ke no fax yang diberikan namun tak dapat langsung,kenapa hal itu berlaku?apa ada no lainkah yang boleh saya faxkan benda tu?

  4. sy jga tlah menerima penyata pulangan mudharabah..pulangan mudharabah yg sy dapt(RM) 576.88 untuk sethun. sy amat berpuas hati dgan cra ini. disamping perlindugn yg ditwarkan kite jga dapt faedah..ini adalah satu lgkah yg bijak.. apa tggu lagi..

  5. aslkum.saya nak tanye ni,saya pasal polisi ni.nape duit mudharabah ni.x masuk dalam akuan saya.dalm polisi mudharabah ni ada RM633.22,tapi x dapat duit nye.fax da fax da kat nomber fon kat dalam surat saya dapat ni ape citer ye.lame gak saya tunggu duit ni.

  6. sy ada email no akaun bank sy untuk kemudahan kemasukkan faedah,, tp sy x pernah dapat maklum balas dari etiqa,,,,,,,,,,,,tolong berikan jawapan kenapa tiada maklum balas…………..

  7. saya ada mmbuat takaful bulanan iqra pada tahun 2003 untuk 3 anak saya,,kemudian berhenti,,adakah baki duit saya masih ada,,atau semua hangus ?

  8. Takaful Pendidikan sudah matang 2 bulan baru terima bayaran tahun 2011.
    Tahun ini sudah sebulan setengah masih problem sama,tunggu,tunggu. Mengapa pegawai takaful Etiqa tak efisen ? kerana masalah sama,cek tak clear. Saya tak tahu berapa jumlah yang saya dapat,walaupun dah emel.Zaman ict dan teknologi canggihpun urusan lembab macam kura2.

    • saya bru rujuk etiqa td..takaful alif..bru nak belajar mhu insuran pelajarn ank pbayaran slama bln 1-8 tak d potong..mkin silap sya sbb lama tak rujuk.. tp yg wat heran klu duit tunggakkn tak d bayar..duit yg saya laburkn slama 2 thn tak dpt blik?biar btul?tkejut dgn kecewa!!!!tpaksa bwa baby 10 bln lg nak b’urusan..aduiiiiiiiidugaan rahmadan… dlu time buat.”.bila2 puan ble hentikn duit ble dpt balik?” hari nie lain dah!!!!! moga saya tabah uruskn masalah ni.

      • Puan Jasnah,

        Rasanya memang betul kalau kita lama tak bayar caruman, pihak Takaful akan guna baki dalam akaun yang ada untuk terus “top-up” pembayaran yang tidak dibuat. Soalan yang perlu ditanya – berapa baki dana dalam akaun Takaful puan. Jika ada baki, Puan ada dua pilihan: 1) berhenti dan dapat apa jua baki yang ada (tolak kos) 2) Teruskan pembayaran caruman dan terus menyertai pelan Takaful Alif.

        Nasihat saya, pastikan jangan tertinggal pembayaran caruman dan sentiasa minta penyata akaun apabila berurusan di pejabat Takaful.

  9. mcm mana caranya sy menuntut duit mudharabah?

    • Cik Hanisa,

      Pulangan Mudharabah ini tidak diberi tunai kepada peserta. Ia dilaburkan semula dalam tabungan Takaful kita. Untuk kepastian, sila tanya agen atau rujuk ke pejabat Takaful yang berkenaan.


Tinggalkan Jawapan kepada abdullah bin mohd nor Batal balasan

Kategori