Posted by: ayah.biz | Mac 5, 2009

Bila anda TIDAK PATUT beli unit trust?


Bila anda TIDAK PATUT beli unit trust?

Ramai yang sibuk nak menyimpan dan melabur semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang. Unit trust pula memang popular di Malaysia. Tambahan pula, ramai agen yang makin kencang mempromosi dana-dana saham masing-masing sebelum “dividen” dibayar oleh syarikat masing-masing.

Walaupun anda sentiasa dibayangi oleh cerita-cerita dividen dan pulangan pelaburan sehingga 15-20%, anda perlu tahu bila anda tidak patut beli atau mula beli unit trust.

1) ASB pun tak penuh lagi.
Had maksima setiap individu ialah RM200,000. Dengan pulangan sehingga 8% dan pelaburan yang dijamin oleh kerajaan, ASB ialah

instrumen yang paling selesa di Malaysia.

Tambahan pula, JAKIM sudah mengHARUSkan pelaburan di dalam ASB ini.

2) Pelan perlindungan Takaful pun belum ada.
Perlindungan diri dan aset amat penting untuk setiap orang terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.  Tambahan pula kebanyakan pelan takaful sekarang mempunyai elemen simpanan dan pelaburan jangka panjang – investment linked Takaful.

Dengan hanya RM100 sebulan, anda sudah boleh menyertai pelan takaful yang menyediakan manfaat bayaran perubatan, rawatan dan pendapatan.

3) Belum melabur dalam Bank Persatuan
Bank Persatuan Malaysia ialah sebuah bank koperasi seperti Bank Rakyat.

Anda boleh menjadi ahlinya dengan membeli saham-saham anggota. Had maksima keahlian juga baru sahaja dinaikkan ke RM50,000 seorang (1 November 2008).

Setiap tahun pula sekiranya koperasi untung, ahli-ahli akan berkongsi dividen. Bank Persatuan telah memberi dividen sebanyak 10% and 12.5% untuk tahun 2007 dan 2006  – lebih tinggi dari ASB. Cuma, risikonya pun lebih tinggi.

Oleh itu, sebelum anda membeli unit trust, fikirkan samada ia adalah jalan terbaik untuk mencapai objektif kewangan anda.

Jangan kita beli hanya kerana orang lain dah beli atau kerana desakan agen-agen.

Anda perlu ingat, dengan setiap pembelian unit trust, anda akan dikenakan caj jualan sekurang-kurangnya 6%. Maksudnya, dari setiap RM100 yang anda laburkan, RM3 akan masuk ke poket pengurus dana dan RM3 lagi untuk agen anda.

Pendekkata, anda TIDAK PATUT beli unit trust kalau anda belum melabur sehingga RM250,000 di dalam ASB dan Bank Persatuan DAN mempunyai pelan takaful.

-Ayah.biz-


Responses

  1. oohh, betul ker macam ni? saya baru fikir nak melaburkan duit epf saya ke unit trust…whoaa, kena fikir baliklah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: