Posted by: ayah.biz | Mac 2, 2009

Tabung Haji agih dividen (2009)


Tabung Haji agih dividen

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

Pembayaran 5 peratus kepada penyimpan mulai Ahad

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak lima peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, membabitkan pembayaran berjumlah RM906 juta.

Bagaimanapun, bagi tahun ini, tiada pengagihan dividen khas diberikan seperti dilakukan pada tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran dividen tahunan akan dimasukkan ke dalam akaun 4.7 juta penyimpan Tabung Haji mulai Ahad ini.

Sambil mengakui kadar dividen tahun ini masih tinggi, beliau berkata, pendapatan Tabung Haji menurun sebanyak RM344 juta pada 2008 berbanding pada tahun sebelumnya, disebabkan peningkatan kos pengurusan, termasuk terpaksa menanggung kos haji yang berjumlah RM75 juta.

“Tabung Haji mencatatkan pendapatan RM1.5 bilion pada 2008, jatuh 31 peratus berbanding pendapatan pada 2007.

“Keadaan ini disebabkan perolehan pendapatan lebih rendah daripada pelaburan ekuiti yang menjadi sumber terbesar pendapatan pada 2007, selain berdepan kemelesetan ekonomi global,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Tahun lalu, Tabung Haji mengumumkan pembayaran dividen tujuh peratus, iaitu lima peratus dividen tahunan dan dua peratus dividen khas.

Ahmad Zahid berkata, bilangan penyimpan juga bertambah kepada 4.7 juta pada 2008 berbanding 4.4 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus menyaksikan simpanan terkumpul Tabung Haji, masing-masing meningkat kepada RM19.7 bilion tahun lalu berbanding RM16 bilion pada 2007.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sumber utama pendapatan Tabung Haji ialah daripada keuntungan dividen 39 peratus, keuntungan urus niaga saham (24 peratus); pelaburan pendapatan tetap (16 peratus); pasaran wang (13 peratus) dan pelaburan hartanah (lapan peratus).

Ahmad Zahid berkata, kos pengurusan Tabung Haji juga meningkat kepada RM402 juta pada 2008, berbanding RM323 juta tahun sebelumnya.

“Kos pengurusan yang meningkat ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tanggungan kos haji berjumlah RM75 juta,” katanya.

Zahid berkata, Tabung Haji memperuntukkan RM38 juta sebagai pembayaran zakat perniagaan tahun lalu berbanding RM37 juta pada tahun sebelumnya.

Sebahagian besar zakat berkenaan akan dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri atau pusat pungutan zakat negeri mengikut kadar simpanan terkumpul bagi negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Tabung Haji akan mencari beberapa alternatif pelaburan baru pada tahun ini bagi menyeimbangkan pendapatan dengan kos pengurusan serta pengendalian operasi ketika ini.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090225231108/Article/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: