Posted by: ayah.biz | Mac 2, 2009

Keusahawanan Sosial subjek baru IPT


Sememangnya usaha untuk mempopularkan Keusahawanan dan Keusahawanan Sosial patut dipupuk dari usia muda.  Cuma, usaha ini perlu menyeluruh – melibatkan ibu-bapa, cikgu-cikgu, imam-imam dan masyarakat seluruhnya.

Kita perlu menggalakkan anak-anak muda yang mahu memulakan perniagaan dan koperasi.  Galakan dan inspirasi mampu membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Semoga dengan kejayaan mereka menghasilkan banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat dan wang ringgit dibelanjakan untuk pembangunan setempat.

Fikirkan – apa tindakan yang anda boleh lakukan untuk membantu usahawan melayu di tempat anda? Lakukannya sekarang.

-Ayah.biz-

Keusahawanan Sosial subjek baru IPT

Oleh Nor Azma Laila
norazma @bharian.com.my

Dedah generasi muda peranan usahawan selesai isu kemasyarakatan terutama rakyat miskin

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkenalkan mata pelajaran baru iaitu Keusahawanan Sosial di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata mata pelajaran baru itu bertujuan memberi pendidikan kepada generasi muda mengenai peranan usahawan menyelesaikan isu sosial menggunakan strategi keusahawan.

“Pengenalan keusahawan sosial ini bertepatan ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi kerana ia membantu syarikat yang menggunakan pendekatan ini mendapat keuntungan dan golongan yang memerlukan.

“Bagi memastikan usaha MecD menerusi pendidikan ini berjaya, kita akan mengadakan perbincangan dengan KPT mengenai mata pelajaran baru ini dan saya jangka tiada masalah untuk melaksanakannya kerana kedua-dua kementerian ada perjanjian persefahaman melalui Majlis Keusahawanan Universiti Malaysia,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Bicara CEO anjuran Maktab Kerjasama Malaysia di sini, semalam.

Saifuddin berkata, selain memberi penekanan pendidikan keusahawan kepada generasi muda, kerajaan berusaha meningkatkan sumbangan gerakan koperasi terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Gerakan koperasi menyumbang satu peratus kepada KDNK dan kerajaan menyasarkan sumbangan lima peratus kepada KDNK pada 2020 yang hakikatnya masih rendah berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat sebanyak 10 peratus.

“Melalui keusahawan sosial ini, kerajaan meningkatkan penyertaan rakyat dalam gerakan koperasi sebagai langkah serampang dua mata untuk meningkatkan pendapatan ahli koperasi serta membantu membasmi kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata, ada model Keusahawanan Sosial di seluruh dunia yang boleh dijadikan panduan antaranya penubuhan Hospital Mata The Aravind di Madurai, India yang membantu mengatasi masalah buta di kalangan masyarakat miskin negara itu.

“Di Bangladesh, Muhammad Yunus memperkenalkan Grameen Bank untuk memberi pinjaman mikro kredit kepada golongan miskin dan idea beliau diiktiraf apabila dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan pada 2006.

“Di Malaysia, kementerian sudah memulakan inisiatif ini dengan menubuhkan Koperasi Bela Rakyat (Kobera) pada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090225231944/Article/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: