Posted by: ayah.biz | Februari 12, 2009

Takaful Link Malaysia


Takaful Link Malaysia

Sudah hampir 4 bulan saya mulakan page Takaful Link Malaysia (TLM) bagi membantu diri saya dan pembaca-pembaca mengikuti perkembangan pelaburan di dalam dana-dana Takaful Investment link.

Setakat ini sudah ada arkib 9 minggu harga-harga NAV dana-dana tersebut. Dari pemerhatian saya, sememangnya dana-dana dari Prudential dan PruBSN yang lebih aktif – naik mahupun turun.

Dana-dana dari Etiqa Takaful pula, jarang bergerak dan harga-harga yang tersenarai pula kebelakang sehingga 2 minggu lambat.

Apapun, jangan lupa prinsip melabur di dalam unit trust (saham amanah), beli @ tambah ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.

Dengan menjadi pelabur yang peka dan rajin meningkatkan ilmu, anda juga boleh maksimumkan konsep dollar-cost-averaging (DCA) dengan hanya melabur apabila harga rendah – seperti sekarang.

Gunakan, page ini apabila anda bercadang untuk:-
1) tambah pelaburan lump sum
2) keluarkan pelaburan i.e. jual balik unit
3) naikkan atau turunkan jumlah sumbangan bulanan

Bagi mereka yang baru nak masuk takaful, gunakan senarai ini untuk bandingkan harga-harga dan risiko-risiko pelaburan yang dicadangkan oleh agen-agen anda.

Anda juga dinasihatkan untuk “review” pelaburan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan terutama apabila anda menerima penyata tahunan.

Saya amat berharap anda dapat komen page TLM dan juga perkembangan pelaburan anda – supaya dapat kita sama-sama kongsi pengalaman.

Jangan lupa bookmark – https://janganterlepaspandang.wordpress.com/takafulinkmalaysia/

Selamat melabur,
-Ayah.biz-


Responses

  1. Pru lebih menumpukn kpd investment link manakala etiqa lebih fokus kpd traditional product. Kalau tak silap, pru tak ade traditional product bg takaful..klau silap tlng betulkn


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: