Posted by: ayah.biz | Februari 1, 2009

Ilustrasi perbezaan pembiayaan perumahan


Ilustrasi perbezaan pembiayaan perumahan Bai Bithaman Ajil (BBA), Diminishing Musyarakah (DM @ Musyarakah Mutanaqisah)
dan pinjaman perumahan konventional

Di Malaysia, BBA dan DM adalah dua sistem pembiayaan perumahan islam (Islamic home financing) yang paling utama.

Saya baru membaca satu kertas analisa oleh Ahamed Kameel Mydin Meera & Dzuljastri Abdul Razak, yang bertajuk ” Islamic Home Financing through Musharakah Mutanaqisah and al-Bay’ Bithaman Ajil Contracts: A Comparative Analysis”.

Kandungan utama kertas ini ialah perbezaan di antara dua kaedah di atas dan juga sistem “Interest rate” yang digunakan oleh perbankan tradisional.

Di bawah saya petik analisa mudah oleh penulis-penulis, untuk kebaikan kita bersama:-

Contoh yang digunakan ialah untuk membeli sebuah rumah berharga RM200,000 dan deposit 10%.

BBA DM Pinjaman Konventional
Bayaran bulanan RM1737.04 RM1,289.58 RM1737.04
Tempoh 20 tahun 20 tahun 20 tahun
Jumlah bayaran RM416,889.60 RM309,499.20 RM416,889.60
Mark-up/Profit rate/APR 10% 6% 10%
Baki selepas 10 tahun RM208,444.68 RM116,156.56 RM131,443.76
50% 38% 31%
Perhatikan!

1) Penjimatan
Sistem DM memberi penjimatan hampir RM 447 sebulan  (RM 107,390 selama 20 tahun).
Jika anda mampu membayar lebih RM1,737 sebulan, anda boleh memiliki sepenuhnya rumah tersebut hampir 5 tahun lebih awal di bawah sistem pembiayaan DM.

2. Jumlah pembiayaan
Jumlah keseluruhan pembiayaan DM lebih rendah dari BBA dan konventional.

3. Baki selepas 10 tahun
Sekiranya anda membayar kadar yang sama setiap bulan, selepas 10 tahun baki pembiayaan anda 31% (konventional) dan 38% (DM). Tetapi, anda masih mempunyai 50% baki dari pembiayaan BBA.

* Perlu diingati, perbezaan yang ditunjukkan di dalam kertas ini ialah satu analisa akademik. Secara praktikal, bank-bank di Malaysia (Islamik dan konventional) akan menyediakan pakej yang lebih kompetitif untuk menarik pelanggan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memahami setiap produk secara detail dan membandingkan antara satu sama lain – sebelum membuat keputusan.

Mengapa pembiayaan Islamik?

Sebagai seorang Islam, kita pasti mahukan yang terbaik di dalam kehidupan. Pilihan kita pula perlulah diimbangi antara keperluan dunia dan keperluan akhirat.

BBA:

  • harga jual beli yang tetap
  • kadar bayaran bulanan yang tetap (mark-up bank yang tetap)
  • potensi untuk mendapat hibah (diskaun) sekiranya anda mahu membayar awal

DM

  • jumlah bayaran keseluruhan yang lebih rendah
  • potensi untuk anda membayar lebih dan meningkatkan pegangan anda
  • semakan sewa rumah (tahunan @ 6 bulan – bergantung kepada bank)
  • potensi memiliki rumah dengan lebih cepat

Cara terbaik untuk para pembeli ( bakal pembeli) rumah @ refinance rumah lama untuk membuat keputusan ialah:-

  • kaji budget bulanan
  • tetapkan bayaran bulanan untuk rumah
  • kaji sendiri perbezaan pakej-pakej pembiayaan di pasaran  (Gunakan pengiraan ini sebagai asas perbandingan sekurang-kurangnya 3 pakej).
  • pilih pakej dan sistem yang terbaik untuk anda (dan keluarga)
  • buat pilihan untuk membayar lebih rumah atau melabur di tempat lain sebarang “dana lebihan” yang anda ada

-Ayah.biz-

Syarikat takaful mana yang TERBAIK?                              Undi


Responses

  1. nak tau camne nk apply DM tu?…bank mana?..sy kt melaka..tq

  2. […] Kemaskini: 1 Februari 2009:  Ilustrasi perbezaan pembiayaan perumahan […]

  3. salam… Ayah.biz.. sy confuse la nk refinance nie..

    tp yg sure sy berminat dgn diminshing musyarakah.

    sy dah tnya beberapa bank (Citibank, CIMB dn RHB)

    dlm semua d atas, RHB memberi rate yg paling rendah

    RHB : effective rate setelah tolak BFR = 3.45% (tetapi tiada ceiling/capped rate utk refinance)

    CIMB : effective rate 3.84% (capped rate 10%)

    Citibank :effective rate 3.8% (capped rate 8.9%)

    …sy sgt berminat dgn effective rate RHB yg rendah tu… tp risau sbb tiada capped rate. Jd persoalannya :

    – sejauh mana pentingnya capped rate tu?

    – adakah kita boleh jngka BFR boleh stabil dlm masa 30 thn ke depan?

    …nk minta pandangan Ayah.biz dan sesiapa yg berpengalaman ASAP. thnks!

  4. […] Date: Dec 2010 Posts: 3 ni aku dapat kat Ilustrasi perbezaan pembiayaan perumahan Jangan Terlepas Pandang. Contoh yang digunakan ialah untuk membeli sebuah rumah berharga RM200,000 dan deposit 10%. BBA […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers

%d bloggers like this: