Posted by: ayah.biz | Januari 29, 2009

Wasiat, waris dan Faraid


Wasiat, waris dan Faraid

Antara langkah pertama sebelum anda menulis wasiat ialah anda perlu tahu pembahagian harta Islam berdasarkan sistem Faraid.

Walaupun dibenarkan untuk membahagi harta mengikut “citarasa” masing-masing, adalah lebih afdal sekiranya dua pertiga (2/3) dari harta dibahagikan berdasarkan sistem Faraid – bagi meninggikan syiar dan nilai-nilai keadilan Islam di dalam kehidupan kita.

Cuba sendiri – mudah dan cepat

Anda pasti pernah dengar. Cuba sendiri untuk melihat bahagian waris-waris anda di halaman web ini. Ia adalah informasi terbaik mengenai harta dan faraid yang terbaik saya jumpa di Malaysia – lengkap dengan keterangan, carta pembahagian dan yang paling penting “kalkulator pengiraan” yang pantas

http://maths.usm.my/faraid

dan pilih “Pengiraan”

Contoh Pembahagian

Ini adalah contoh bagi seorang lelaki, mempunyai:-

Seorang Isteri
2 anak lelaki dan 2 anak perempuan
Ibu dan bapa
4 saudara kandung lelaki dan seorang adik perempuan

Nama Simati : Lelaki
No Kad Pengenalan Simati : 1234567
Jantina Simati : Lelaki
WARIS PMBHGN ASAL TASH-HIEH
1 Isteri 1/8 18/144
Bapa 1/6 24/144
Ibu 1/6 24/144
2 Anak Perempuan 13/72 26/144
2 Anak Lelaki 13/36 52/144
1 Saudara Perempuan Kandung 0/1 0/144
4 Saudara Lelaki Kandung 0/1 0/1

Langkah ini membolehkan anda menganalisa dan memutuskan samada anda mahu hibah, sedekah atau waqaf sebahagian harta anda kepada mereka yang memerlukan.

Dalam contoh ini, mungkin salah seorang saudara lelaki yang sakit dan memerlukan bantuan – alangkah baiknya jika anda agihkan sebahagian harta anda kepada beliau.

Nota Penghargaan:-

Kepada tiga penyelidik USM, Dr Abdullah, Prof Madya Dr Abdul Rahni Mat Piah dan Prof Madya Dr Ahmad Abdul Majid yang membina sistem ini saya ucapkan terima kasih. Ia amat berguna. Semoga diberkati usaha anda semua.

-Ayah.biz-


Responses

  1. Assalamualikum

    Terima kasih kerana meletakan laman web saya dalam laman web tuan. Cuma sila betulkan alamatnya kepada maths.usm.my/faraid . Jika tidak mungkin pengguna tak dapat nak melayarinya.

    Sekian

    Wassalam

    Ahmad Abd. Majid

  2. Terimakasih kerana tuan telah memberi panduan yang cukup baik untuk kegunaan umat islam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: