Posted by: ayah.biz | Januari 29, 2009

Wasiat dan Waris


Wasiat dan waris

Wasiat ialah salah satu elemen pengagihan harta (wealth distribution) di dalam Islam.

Ia amat penting kerana:-

1. anda yang membuat keputusan sendiri (dengan menulis wasiat) untuk mengagihkan harta ketika anda sihat

2. anda melindungi kebajikan anak-anak anda dan menetapkan ( keputusan bersama dengan pasangan) hak penjagaan mereka

3. anda juga melindungi hak pasangan dengan mengistiharkan harta-harta sepencarian

4. persepakatan waris-waris. Sebaik-baik wasiat ialah yang dipersetujui dan diterima dengan baik oleh semua.

5. mempercepatkan proses pentadbiran harta (4-8 bulan)
* Sekiranya tiada wasiat, ada harta yang bermasalah sehingga bertahun-tahun.

Di Malaysia, Amanah Raya Berhad (ARB) ialah entiti kerajaan yang terbaik untuk dipilih sebagai “executor” wasiat kita.

Banyak syarikat franchise, antaranya ialah Warisan Mukmin, Wasiyyah Shoppe dan Hijrah, yang mempunyai perkhidmatan wasiat di bawah naungan ARB. Bank-bank juga ada yang menyediakan perkhidmatan yang sama. Harga-harganya di antara RM200-RM350.

-Ayah.biz-

Terkini: 5 langkah untuk suami isteri – Wasiat, Faraid dan Harta Sepencarian


Responses

  1. Salam tuan,

    Betul ke ARB terbaik? Ada orang bagitau semua pewaris kena pergi ke pejabat ARB kalau nak settle pusaka, yang dah uzur pun kena papah.

    Tiada personalized service.

    Terima kasih.

    • Afandi,

      ARB baik sebagai pemegang amanah dan executor. Ini kerana ARB mempunyai bidang kuasa untuk berurusan dengan mahkamah dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

      Kami pun sedang merancang nak membuat wasiat. InsyaAllah, kami akan kongsi pengalaman. Untuk “personalised service” boleh gunakan syarikat-syarikat lain. Tetapi, semuanya bernaung di bawah ARB, rasanya.

      -Ayah.biz-

    • Afandi,

      ARB adalah organisasi bebas dan mempunyai hubungan dengan agensi-agensi kerajaan yang telibat di dalam bab wasiat dan harta pusaka. Sebab itu saya rasa baik kita gunakannya sebagai Executor. Tetapi, di dalam mana-mana wasiat kita boleh namakan lebih dari satu Executor. Sebaiknya, ARB dan seorang dari waris atau individu yang kita percayai.

      Betul, ARB tidak menyediakan khidmat “personalised”. RM350 hanya untuk kos tulis wasiat dan penyimpanan. Jika mahu khidmat yang menyeluruh boleh gunakan syarikat-syarikat seperti as-Salihin Trustee dan Wasiyyah Shoppe dengan bayaran yang lebih tinggi.

      Pilihan di tangan anda,
      -Ayah.biz-

  2. Salam Tuan.
    Boleh tak kalau wasiat itu kita yang tulis sendiri atas kertas?

    PG
    pgcare.blogspot.com

    • Dr,

      Amanah Raya ada menyediakan dokumen wasiat yang dipasarkan melalui bank-bank utama. Tetapi, ini hanyalah khidmat menulis dan menyimpan dokumen. Harganya dalam RM350.

      Dokumen standard, tetapi anda memang kena isi sendiri dan buat lampiran untuk senarai harta dan pengagihannya.

      Ada syarikat-syarikat swasta lain seperti As-Salihin Trustee dan Wasiyah Shoppe yang membuat perkhidmatan yang lengkap – tulis, simpan dan execute. Tetapi caj lebih tinggi.

      Ikut keperluan masing-masing. Yang paling penting lantik Wasi (Executor) dan penjaga anak-anak. Kemudian boleh kemaskini dokumen wasiat apabila keadaan berubah.

      PS: Saya pun masih dalam proses mengkaji dan menyediakan dokumen-dokumen untuk membuat wasiat untuk keluarga.

  3. Surat wasiat ditulis sendiri, adakah laku apabila seseorang itu sudah tiada?

    Mengikut bar kaunsel malaysia, wasiat yang ditulis sendiri juga tidak menjadi masalah kerana sesuatu harta itu telah ditentukan pembahagiannya. Adakah benar?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: