Posted by: ayah.biz | Januari 14, 2009

HLTMT Gulf Opportunities Plan


Hong Leong Tokio jangka GOP beri pulangan 10%

KUALA LUMPUR 25 Mac – Produk berkaitan pelaburan baru Hong Leong Tokio Marine Takaful Bhd., HLTMT Gulf Opportunities Plan (GOP), dijangka memberi pulangan tahunan sehingga 10 peratus apabila mencecah tempoh matang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezamshah Ismail berkata, produk yang mematuhi kehendak syariah untuk tempoh tiga tahun itu akan dihubungkan kepada peluang pelaburan dalam Asia Barat.

“Produk ini akan menyediakan pulangan pelaburan mengikut tanda aras prestasi tiga kelas aset – ekuiti Asia Barat, komoditi dan mata wang asing,” katanya pada pelancaran produk itu, yang kedua baginya, di sini hari ini.

Kata beliau, produk itu akan memberikan pelanggan keupayaan untuk melabur ketika wujudnya peluang di luar negara dan untuk mendapat manfaat daripada peningkatan ekonomi yang mendadak di Asia Barat.

“Peluang dalam pasaran-pasaran ini adalah sangat besar,” katanya.

Pelaburan GOP, kata Ezamshah adalah berdasarkan kepada struktur “profil yang terbaik” yang membolehkan pelabur menikmati peruntukan pulangan tertinggi daripada portfolio pelaburan sedia ada.

“Struktur ini akan secara sendirinya memilih portfolio yang mencapai prestasi terbaik pada akhir tempoh pelaburan,” katanya.

Kata beliau, GOP merupakan pelan pelaburan yang mampu dimiliki dengan pelaburan awal bermula dengan jumlah serendah RM10,000.

“Ia juga menyediakan perlindungan takaful bagi para pelabur jika berlaku kematian sehingga 125 peratus daripada amaun pelaburan awal.

“Bagi pelaburan melebihi RM50,000, GOP menawarkan peruntukan unit bonus sebanyak 0.1 peratus,” katanya.

– Bernama

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: