Posted by: ayah.biz | Disember 23, 2008

Skim Simpanan Pendidikan Nasional vs. Takaful Pendidikan


Skim Simpanan Pendidikan Nasional vs. Takaful Pendidikan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

SSPN adalah skim yang dijamin kerajaan – maksudnya setiap wang anda yang tersimpan di bawah skim ini akan diganti oleh kerajaan sekiranya kerugian berlaku (i.e. sama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain pelaburan di bawah PNB).

Pulangan pelaburannya dari 2005 – 2007 ialah 4% setahun. Simpanan maksima ialah RM50,000 setiap akaun.

Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan atau khairat kematian juga disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.

Kenapa anda patut melabur di dalam SSPN?

1. Anak-anak anda hanya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN sekiranya anda melabur di dalam SSPN. Dengan kadar pembayaran balik 1%, skim ini adalah dana pendidikan yang termurah di Malaysia.

2. Anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 untuk setiap individu yang melabur (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur dan mengisi borang cukai yang berlainan)

NOTA: Jumlah maksima pelaburan untuk anak-anak anda – ibu dan bapa ialah RM100,000 (dua akaun)

3. Bagi ibubapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000  sebulan, setiap pelaburan anda akan digandakan oleh kerajaan di bawah insentif  “Matching scheme”.

NOTA: Sekiranya anda, hanya mampu untuk melabur di satu dana, pilihlah SSPN kerana perlindungan percuma dan “Matching Scheme” ini.

Takaful Pendidikan

Takaful Pendidikan adalah pelan takaful berkaitan pelaburan (Takaful investment link) yang diuruskan oleh syarikat-syarikat Takaful di Malaysia. Anda akan bayar caruman setiap bulan yang akan dibahagikan untuk kegunaan
i. perlindungan Takaful,
ii. pelaburan di dalam dana-dana amanah
iii. membayar kos-kos pentadbiran dan operasi syarikat Takaful berkenaan

Ia adalah simpanan jangka panjang dan pelan perlindungan untuk kebajikan anak-anak. Anda boleh memilih strategi pelaburan dan dana-dana amanah sendiri – majoriti syarikat mempunyai TIGA dana : ekuiti, balance dan bon. Kebanyakan syarikat juga membenarkan satu pertukaran dana percuma setahun.

Pulangan pelaburan dana-dana ini berbeza mengikut strategi masing-masing. Untuk pulangan yang maksima anda perlu melabur semasa harga NAV yang rendah dan menjual apabila harga tinggi (rujuk Takaful Link Malaysia untuk harga-harga terkini).

Contoh-contoh pelan Takaful pendidikan yang ada di pasaran Malaysia sekarang ialah:-

Takafulink Cerdik (PruBSN)
Takaful Sarjana (Etiqa)
Takaful Siswa (Takaful Malaysia)
Ikhlas Education Takaful (Takaful Ikhlas)

Kenapa anda PERLU melabur di dalam Takaful Pendidikan sebagai satu strategi simpanan anak-anak anda?

1. Anda boleh “stretch” kegunaan wang anda – untuk pelaburan dan juga pelindungan (2 dalam 1).

Dengan menyimpan hanya RM100 sebulan anda akan mendapat pulangan pelaburan DAN juga PERLINDUNGAN TAKAFUL sehingga RM100,000 sekiranya sesuatu berlaku kepada anda (pembayar) atau anak anda.

Ini berbeza sekiranya anda melabur RM100 sebulan di ASB atau saham-saham amanah (unit trust) lain. Anak-anak akan kehilangan simpanan yang berterusan apabila anda mati atau tidak mampu bekerja lagi.

2. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang

Dengan perancangan yang berkesan, anda boleh menyimpan sehingga 18 ke 20 tahun untuk dana pendidikan anak anda. Sehingga kini, saya kira ada 39 dana takaful di Malaysia.

Tingkatkan ilmu pelaburan anda kerana melabur di unit trust dan Takaful Investment Link memerlukan skil untuk memilih, menukar dan menjual (Pilih, Tukar dan Jual) dana berdasarkan waktu, risiko dan keadaan semasa – untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. “Compounded return” ini akan meningkatkan jumlah dana simpanan anak-anak anda.

3. Anda juga boleh mendapatkan perlepasan cukai sehingga RM3000 setahun untuk simpanan pendidikan anak-anak (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur). Tetapi, perlepasan cukai ini dikongsi dengan had pelan Kesihatan (combine limit). Jadi, sekurang-kurangnya anda patut melabur sebanyak RM250 sebulan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan.

Perlepasan cukai pula ialah sebanyak RM720 (RM3000 sebulan @ cukai 24%). Lepas juga sebulan bayaran kereta!


Responses

  1. […] TAMBAHAN 23/12/2008: Baca pos baru mengenai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional vs. Takaful Pendidikan” […]

  2. jadi, yg mana lg bagus?

    sy sekarang buat 2 simpanan pendidikan : unit amanah ( dana pendidikan) dan takaful cerdik ( lebih kepada perlindungan)

  3. Saya rasa kita mesti bijak melabur. Bahagikan budget bulanan untuk perlindungan yang mencukupi dan pelaburan yang berkesan – berdasarkan objektif masing-masing.

    Bagus ke tidak- hanya boleh diukur dengan keupayaan kita mencapai objektif. Sebab itu penting sekali kita selalu “review” kewangan dan pelaburan kita.

    ASB – baik kerana pulangan yang tinggi, dan terjamin

    Unit amanah – potensi pulangan yang tinggi, tapi “control in fund managers’ hands”

    Saham2 syarikat @ bank koperasi – potensi pulangan yang tinggi, tapi kita perlu peka dengan aktiviti-aktiviti syarikat dan keadaan pasaran.

    Takaful Pendidikan – baik untuk perlindungan dan simpanan, TETAPI hanya selepas ibubapa ada perlindungan Life Takaful dan juga melabur di ASB.

    -Ayah.biz-

  4. Sila baca entri terbaru mengenai pelaburan unit trust – “Bila patut melabur dalam unit trust dan RM200,000 rule” di https://janganterlepaspandang.wordpress.com/2009/01/23/bila-patut-melabur-dalam-unit-trust-2/

  5. Saya mendapat info bahawa pelaburan di ASB yang sebelum ini majlis fatwa mengeluarkan hukum harus, kini disahkan bahawa ianya TIDAK mengikut HUKUM SYARIAH…

    Cuba lihat laporan yang diaudit (audited report) untuk ASN dan ASB. Dengan jelasnya terdapat pelaburan dikaunter yang tidak diiktiraf halal oleh syariah panel (panel syariah yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia)
    Kaunter-kaunter tersebut adalah Maybank (dalam tiga tahun berturut menyatakan hingga 30% wang amanah saham ini dilaburkan didalamnya, terdapat juga kaunter Genting Resort.
    Untuk pengetahuan juga, kaunter bahagian kewangan yang diiktiraf halal dari segi syariah adalah kaunter Bank Islam dan Takaful Malaysia SAHAJA…Sila dapatkan senarai-senarai ini daripada Bursa Malaysia.

  6. sy br sj blk dr membuka akaun ank sy- AMANAH SAHAM GEMILANG PENDIDIKAN. Tetiba sy teringatkan SSPN. Salahkah pilihan sy? Sy tanya kat staf ASNB diaorang yg syorkan ASG.. sbb umur anak2 sy blm 12thn pun. betulkah tindakan sy melabur dlm ASG ni?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: