Posted by: ayah.biz | Disember 19, 2008

BBA: Cadangan dari seorang pelanggan bank Islam


OPR turun: Apa tindakan bank Islam?

KELEMBAPAN ekonomi dunia membawa khabar gembira buat rakyat Malaysia seperti kejatuhan harga komoditi, minyak mentah dan penurunan kadar faedah pinjaman oleh bank utama.

Bank di Malaysia telah menurunkan kadar pinjaman asas (BLR) kepada 6.50 peratus daripada 6.75 peratus berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 6.50 peratus daripada 6.75 peratus.

Langkah ini diambil terutamanya bagi merancakkan pusingan kredit negara.

Penurunan OPR ini bermakna mereka yang mengambil pinjaman (terutamanya pinjaman perumahan) mengikut kadar apungan dapat menikmati bayaran bulanan yang lebih rendah daripada sebelumnya kerana kadar bayaran bulanan bergantung pada gerakan kadar faedah atau untung.

Kaedah ini banyak diguna pakai oleh bank konvensional dan juga bank Islam. Sehingga kini, bank Islam masih menjadikan OPR sebagai tanda aras dalam transaksi mereka bagi membolehkan penawaran harga yang kompetitif.

Dalam transaksi perbankan Islam, terdapat juga kaedah kadar untung tetap pada jangka panjang seperti yang terdapat dalam urusan Bai Bithaman Ajil (BBA). Melalui BBA, pembeli harus membayar harga bulanan tetap walaupun OPR diturunkan oleh BNM.

Sebagai contoh, pembeli aset pada tahun 1997 masih terpaksa membuat bayaran bulanan pada harga OPR yang tinggi iaitu 7 peratus hingga 8 peratus (OPR waktu itu) walaupun setelah 10 tahun berlalu.

Justeru, saya melihat adalah wajar bagi pembeli ini menikmati kadar harga untung yang lebih adil dan munasabah sungguhpun mekanisme BBA itu tidak membolehkan perubahan harga dalam kontrak.

Benar, bank Islam bukanlah sebuah entiti kebajikan tetapi saya percaya dengan prinsip keadilan dan kasih-mengasihani, bank Islam dapat membuat sesuatu, dengan nasihat Badan Nasihat Syariah.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, pembeli akan lebih menghargai keputusan pihak bank yang dilihat prihatin dan adil. Sebarang keputusan daripada bank Islam sememangnya dinantikan oleh pembeli.

NURUL AZLYNA MOHD. RASIDI

Sungai Besi, Kuala Lumpur
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1210&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Komen saya:

1) Pihak bank Islam sememangnya boleh memberi HIBAH (diskaun @ promosi) bagi membantu kebajikan pelanggan mereka. Promosi hibah ini juga boleh membantu meningkatkan nama bank tersebut di samping menjadikan bank lebih kompetitif. Tetapi, ini adalah hak bank sebagai penyedia pembiayaan dan terpulang kepada mereka untuk bertindak i.e. mengurangkan keuntungan mereka.

2) Pelanggan BBA mungkin boleh “re-fianance” pembiayaan rumah mereka. Tetapi, ini bergantung kepada harga rumah selepas hibah yang diberikan oleh bank untuk menyelesaikan pembiayaan lebih awal. Wajar sekali untuk pelanggan membuat pertanyaan dan kajian – adakah ini lebih menguntungkan?

Mungkin anda boleh ambil pembiayaan baru di bawah konsep Perkongsian Pegangan @ Diminishing Musharaka. Ia menjamin bayaran balik bulanan (kadar sewa dengan bank) tetap selama setahun dan sekiranya selepas itu anda tidak bersetuju dengan kadar baru, anda diberi peluang untuk menukar pembiayaan. Harga rumah anda juga tidaklah setinggi harga BBA.

-Ayah.biz-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: