Posted by: ayah.biz | Disember 16, 2008

Pekasam pun bagus!


Sedangkan pekasam pun boleh jadi idea berniaga yang baik.

-Ayah.biz-

Joharabi tauke perkasam
Oleh D J Dolasoh

MESKIPUN tidak berpelajaran tinggi, usaha gigih tanpa mengenal jemu di samping minat mendalam di bidang perniagaan membuahkan hasil buat seorang suri rumah tangga yang berjaya mengusahakan perniagaan ikan pekasam.

Pekasam Warisan Utara (PWU) yang diusahakan Joharabi Mohamad, 34, di pekan Kuak, Lenggong, Perak adalah antara pekasam yang mendapat sambutan pengguna.

Malah, ia turut diisytiharkan terbaik di bawah perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dibantu Jabatan Perikanan Negeri, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Jenama PWU dinobatkan johan dalam Pertandingan Ikan Pekasam, sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak pada 2004 dan naib johan, Pertandingan Hasil Pertanian/Pemprosesan Hasil Pertanian Sempena Hari Peladang 2006.

Joharabi juga memenangi tempat pertama pertandingan Memasak Ikan Pekasam Peringkat Kebangsaan diadakan di Alor Star, Kedah pada 2003.

Joharabi yang hanya tamat sekolah darjah enam akibat kemiskinan keluarganya, kini dibantu suaminya, Meor Shahili Meor Hassan, 41, dengan memulakan perusahaan membuat ikan pekasam secara kecil-kecilan di rumah mereka kira-kira tujuh tahun lalu dengan modal permulaan RM500.

“Bagi mendalami ilmu mengenai pekasam, saya mengikuti 20 kursus di seluruh negara anjuran pelbagai jabatan dan pertubuhan termasuk Jabatan Perikanan Perak, Mara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ini sekali gus memantapkan lagi ilmu membuat pekasam ini yang diwarisi daripada ibu, Zairon Che Wook. Malah hingga kini, saya masih merujuk padanya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Untuk proses membuat pekasam, dia dibantu empat pekerja wanita di kampungnya yang diambil bekerja secara kontrak, bermula daripada menyiang ikan sehinggalah kerja pembungkusan untuk dipasarkan.

Katanya, pelbagai spesies ikan sungai dijadikan pekasam antaranya loma, lampan, tilapia, terboi, jelawat, sepat dan puyu yang dibeli terus daripada nelayan di Tasik Raban atau Sungai Perak.

“Sehingga kini, saya menghasilkan pekasam membabitkan kira-kira 300 kilogram ikan seminggu. Dengan modal RM900, antara ikan popular ialah loma yang mendapat sambutan pengguna sehingga jualan melebihi 4,000 paket sebulan.

“Sambutan menggalakkan ini menyebabkan saya bercadang untuk mengeluarkan produk dua kali ganda selepas ini kerana akan meluaskan pasaran ke Kuala Lumpur dan Johor. Selain itu, saya bercadang memasarkan ikan pekasam ini ke luar negara seperti China dan Korea Selatan tidak lama lagi,” katanya.

Buat masa ini, modal dan peralatan tidak menjadi masalah kerana dia mendapat pinjaman daripada Mara sebanyak RM45,000 serta Jabatan Perikanan Perak (RM10,000) tahun lalu. Selain itu, Kemas dan Yayasan Tekun Nasional turut menghulurkan pinjaman kepadanya.

Bagaimanapun, katanya, masalah kekurangan bekalan ikan tempatan di Lenggong amat ketara sejak akhir-akhir ini menyebabkan dia terpaksa membuat pesanan daripada pemborong dari Kampar, Perak yang membawa ikan dua kali seminggu untuk dijadikan pekasam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Masyarakat Parlimen Lenggong, Muhammad Wahab, berkata, semua 13 pengusaha ikan pekasam di Lenggong akan mendapat kemudahan tempat pemprosesan pekasam tidak lama lagi kerana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sudah memperolehi satu kawasan strategik di Lenggong.

“Kawasan seluas 30 ekar di Kampung Kelantan di tepi jalan baru Kuala Kangsar – Lenggong itu akan dijadikan Pusat Pekasam Nasional (PPN) yang mana pembinaan fasa pertama sedang dilakukan dan dijangka siap setahun lagi,” katanya.

Salah seorang pekerja PWU, Khairul Aini Japak, 42, berkata, tugas hariannya iaitu menyiang ikan sehingga memasukkan ikan ke dalam paket sebelum dipasarkan, tidaklah berat.

“Tetapi ia perlukan ketelitian bagi memastikan bahan dan ramuan yang dimasukkan ke dalam ikan mengikut sukatan sebenar bagi membolehkan pekasam tahan lama, menarik dan lebih lazat,” katanya.

Rakannya, Normah Abdul Latif, 35, pula berkata, upah menyiang ikan 60 sen sekilogram yang diterimanya di syarikat berkenaan membolehkannya membantu suaminya menampung perbelanjaan harian.

“Kerja ini dilakukan selepas habis mengambil upah menoreh getah di kebun jiran. Lagipun, tempat kerja di bengkel pekasam ini tidak jauh dari rumah dan rasa seronok bila bekerja beramai-ramai di samping dapat menambahkan pendapatan,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20081215095800/Article/indexv_html


Responses

  1. saya baru berjinak² dengan buat pekasam.. harap memberi tip ubtuk saya kembang kan lagi peniagaan ini untuk memajukan orang melayu di dlm industri peniagaan..

  2. Salam….saya akan usahakan kolam ikan air tawar di sitiawan perak…skrg sy sedang mencari pasaran utk ikan ternakan sy nanti…harap pihak tuan/puan dpt memberikan respon pada saya…trm kasih…

    • SALAM ZAMRI MASIH ADA TERNAK IKAN AIR TAWAR KE? BERAPA SEKILO?

    • abg ad jual ikan ap?
      sy nk cari ikan loma n lampan

  3. Saya ada menternak ikan sepat siam, bolehkah saya pasarkan kepada perusahaan pekasam tuan.

  4. syabas puan..
    ini cuma cadangan aje..
    KALAU DAPAT UNTUK TUJUAN KOMERSIAL LEBIH BAIK PUAN MENYEDIAKAN PUSAT TERNAKAN SENDIRI ATAU MEMBELI DARIPADA PENGUSAHA IKAN DI SELURUH MALAYSIA.. JANGAN MENGGUNAKAN NELAYAN SUNGAI UNTUK MEMBUAT PERKASAM BAGI PASARAN MALAYSIA.. IKAN SUNGAI YANG DIAMBIL SECARA BELEBIHAN AKAN MENGAKIBATKAN KEPUPUSAN DAN KEKURANGAN IKAN TERSEBUT..
    TERIMA KASIH..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: