Posted by: ayah.biz | Disember 6, 2008

Takaful Malaysia Lancar Produk Wakalah


Takaful Malaysia Lancar Produk Wakalah – 4 Disember 2008

“Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran siri pertama produk berasaskan wakalah syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran disempurnakan Pengerusinya, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil. Hadir sama Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Bahagian Bancatakafulnya, Abdul Khalid Salleh.

Siri pertama produk berasaskan wakalah itu ialah takaful hayat MyMedicare, MySiswa, MyImpian dan MySinar.

Hassan menambah, Takaful Malaysia juga sedang mencari rakan kongsi bagi penubuhan segmen perniagaan bancatakaful di republik itu.

“Kriteria rakan kongsi ialah ia mestilah sebuah bank kukuh dari segi operasi dan rangkaian pengedaran,” katanya.

Mengenai produk baru dilancarkan, beliau menjelaskan MyMedicare adalah pelan takaful penghospitalan dan pembedahan tanpa tunai yang menawarkan perlindungan menyeluruh, khusus bagi memenuhi keperluan perubatan dan sekeluarga.

Antara manfaatnya ialah perlindungan 24 jam di seluruh dunia, rawatan kecemasan pesakit luar, kemasukan ke hospital tanpa tunai di semua hospital panel, jaminan pembaharuan bersyarat sehingga umur 69 tahun, dan perkongsian lebihan, jika ada, daripada dana risiko di bayar secara tahunan.

MySinar, adalah pelan menawarkan kedua-dua elemen perlindungan dan simpanan dalam satu pakej untuk anak yang masih kecil, MyImpian merealisasikan matlamat dengan membuat sumbangan berterusan ke dalam Dana Simpanan, manakala MySiswa pula adalah pelan takaful membantu merancang pendidikan anak

“Kami mensasar meraih premium RM15 juta daripada keempat-empat produk baru itu dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.”

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Ekonomi/20081203233450/Article/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: