Posted by: ayah.biz | Disember 4, 2008

Perlindungan dari KEMALANGAN sahaja


Malang tidak berbau – itulah realiti kehidupan kita di Malaysia.

Bukan mudah untuk merancang dan membayar sesuatu yang kita tidak nampak.  Perlindungan takaful adalah salah satu daripadanya. Kita tidak tahu apa kita akan dapat sehinggalah kita nak “claim”.

Saya sudah menyertai beberapa pelan takaful. Satu perkara yang saya rasa masih belum mencukupi – perlindungan sekiranya berlaku kemalangan yang boleh menyebabkan kematian, kecacatan, kehilangan pendapatan ATAU semua sekali. Saya mahukan manfaat “lumpsum” untuk keluarga saya memulakan hiup baru atau duit untuk membiayai perubatan saya tanpa menyusahkan orang lain.

Dari kajian yang saya buat dan penelitian produk-produk takaful keluarga yang ada di Malaysia, Tune Money menyediakan Perlindungan Kemalangan Peribadi (Personal Accident Protection) yang paling jelas dan kompetitif. Ada lagi tak pelan-pelan lain yang setanding dengannya? Harap boleh kongsi pengalaman anda.

NOTA:
Peringatan: seperti namanya, pelan ini hanya akan dibayar sekiranya anda ditimpa KEMALANGAN!

Patutkah saya sertai pelan ini?
-Ayah.biz-

Pelan Perlindungan Kemalangan Peribadi Tune Money

Berikut adalah ringkasan manfaat yang Pelan Perlindungan Kemalangan Peribadi ini memberi anda:

  • Bayaran tunai sekali gus untuk membantu menyara orang tersayang dan menampung kos hutang jika anda meninggal dunia dalam kemalangan;
  • Bayaran tunai sepenuh untuk membantu anda jika anda kehilangan upaya kekal dalam kemalangan; (ini termasuk lumpuh, hilang anggota tangan, kaki dan buta);
  • Perbelanjaan perubatan.

Dengan sedikit sumbangan tambahan, anda boleh melindungi:-

  • Kehilangan Pendapatan – Jika anda mengalami kemalangan dan tidak mampu bekerja, anda akan mendapat RM25 sehari jika anda hilang upaya sebahagian sementara atau RM50 sehari jika anda hilang upaya penuh sementara untuk tempoh sehingga tiga bulan.
  • Pembelian Anggota Palsu /Kerusi Roda/ Peralatan Ortopedik – Jika doktor anda berpendapat anda memerlukan salah satu alat di atas penaja jamin kami akan membantu anda menampung kosnya.
  • Pembetulan Pergigian /Pembedahan Kosmetik – Bagaimana kalau wajah anda cacat akibat kemalangan? Adakah anda akan bersembunyi di rumah, malu untuk keluar ke mana-mana, atau memilih untuk menjalani pembedahan pembetulan? Dengan perlindungan pilihan ini, anda dilindungi untuk kos pembedahan pembetulan bagi gigi, leher, muka, lengan, kaki dan dada. Perlindungan ini bukan untuk mencantikkan lagi wajah anda, kerana hidung anda sudah cukup sempurna.
  • Elaun Tunai Hospital – Jika anda dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, anda akan mendapat elaun harian sehingga 20 hari. Namun anda perlu dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya 48 jam, atau dua hari, untuk layak menerima manfaat ini.”

Untuk maklumat sepenuhnya: https://www.tunemoney.com/languageaction.do?value=page.paproductdetails

Versi English (kerana majoriti syarikat menggunakan English sebagai bahasa rujukan sekiranya ada perselisihan):

Personal Accidents Protection Plan

Here’s a quick rundown of what this Personal Accident Protection Plan gives you:

  • A lump sum in cash to help support your loved ones and cover your debts if you pass away in an accident;
  • A lump sum in cash to help you if you are permanently disabled in an accident; (this includes paralysis, loss of hands, feet and blindness);
  • Medical expenses;

For a little extra, you get to cover:

  • Loss of income – If you’ve had an accident and cannot work, you will receive RM25 a day if you’re temporarily partially disabled or RM50 a day if you’re temporarily totally disabled. For up to three months.
  • Purchase of Artificial Body Parts/WheelChair/Orthopaedic Equipment – If your doctor thinks you need one of these our Underwriter will help you pay for it.
  • Corrective Dental/Cosmetic Surgery – What if you’re disfigured in an accident? Would you hide out at home, too ashamed to go out anymore, or opt for corrective surgery? With this optional add-on you will be covered for corrective surgery for your teeth, neck, face, arms, legs and chest. Not to pretty yourself up, however. And by the way, your nose is fine, just the way it is.
  • Hospital Cash Allowance – If you’re admitted because of an accident, you will receive a daily allowance for up to 20 days. Of course, you would have to be admitted for at least 48 hours, as in two days, to qualify.

Source: https://www.tunemoney.com/languageaction.do?value=page.paproductdetails


Responses

  1. […] Kemaskini-Tune Money PA ini hanya menyediakan perlindungan dari kemalangan sahaja. Sila baca pos terbaru saya. […]

  2. bagaimana dgn insuran PA percuma untuk pelanggan digi prepaid dan celcom – MAA ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: