Posted by: ayah.biz | November 21, 2008

Investment Linked Takaful di Malaysia


Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment Linked Takaful) di Malaysia
—————————————————————————-

Ramai di antara kita sudah menjadi peserta-peserta Takaful di Malaysia. Saya sendiri membeli pelan takaful pertama saya pada tahun 1998 lagi. Tetapi, satu perkara yang amat mengecewakan saya ialah betapa susahnya nak tahu dimana dana-dana takaful dilaburkan dan berapa pulangannya. Angka-angka ini juga bukan mudah hendak dicari dan tidak pula dikumpulkan di satu tempat. Ini amat menyusahkan mereka yang mempunyai lebih dari satu pelan takaful dari beberapa syarikat yang berlainan.

Di bawah adalah rumusan dari kajian dan pencarian di dalam internet dan sumber-sumber dari syarikat-syarikat takaful di Malaysia – selama beberapa hari🙂 .

Saya amat berharap jadual ini amat berguna untuk pembaca semua. Sebarkan juga kepada rakan-rakan yang lain kerana kita semua berhak mengetahui perkembangan pelaburan masing-masing.

Syarikat Nama Dana Beli Jual NAV (RM) Data terkini bertarikh
Takaful Malaysia Istiqrar 1.100 1.150 1.100 20/11/08
Takaful Malaysia Ittizan 1.070 1.120 1.070 20/11/08
Takaful Malaysia MyAL-AFDHAL 0.870 0.870 20/11/08
Takaful Ikhlas IKHLAS Fixed Income Fund 1.024 21/11/08
Takaful Ikhlas IKHLAS Balanced Fund 0.871 21/11/08
Takaful Ikhlas IKHLAS Growth Fund 0.807 21/11/08
PruBSN Takafulink Dana Bon 1.047 21/11/08
PruBSN Takafulink Dana Urus 0.894 21/11/08
PruBSN Takafulink Dana Ekuiti 0.855 21/11/08
Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad HLTMT i-Income Fund 1.010 1.010 1.010 24/06/08
Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad HLTMT i-Balanced Fund 1.000 1.000 1.000 24/06/08
Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad HLTMT Capital Protection Investment Linked Fund 0.970 0.970 0.970 24/06/08
Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad HLTMT Gulf Opportunities Plan Fund 1.000 1.000 1.000 24/06/08
MAA TAKAFUL MAA TAKAFUL Income Fund 0.509 19/11/08
MAA TAKAFUL MAA TAKAFUL Balanced Fund 0.433 19/11/08
MAA TAKAFUL MAA TAKAFUL Growth Fund 0.369 19/11/08
Prudential PRUlink dana unggul 1.410 21/11/08
Prudential PRUlink dana aman 1.618 21/11/08
Prudential PRUlink dana urus 1.489 21/11/08
Prudential PRUlink dana urus II 1.003 21/11/08
Etiqa Takaful TAKAFUL Capital Protection I 1.016 14/11/08
Etiqa Takaful TAKAFUL Capital Protection II 1.038 14/11/08
Etiqa Takaful TAKAFUL Capital Protection III 0.968 14/11/08
Etiqa Takaful TAKAFUL Capital Protection IV 0.946 14/11/08
Etiqa Takaful TAKAFUL Al-Waqi 0.960 14/11/08

NOTA: Saya masih belum jumpa dana-dana Takaful dari HSBC Amanah dan CIMB-Aviva. Jika ada yang tahu, harap boleh kongsi bersama. Saya akan cuba kemaskini jadual ini selalu.

Bagaimana anda boleh gunakan jadual ini?

1) Semak dengan dokumen polisi @ agen anda, di mana dana takaful anda dilaburkan.

2) Teliti naik-turun harga NAV sebagai penanda naik-turun pelaburan anda.

3) Beli atau tambah unit pelaburan anda apabila harga NAV rendah (seperti sekarang), kerana anda akan mendapat lebih banyak unit dan berpotensi untuk mendapat pulangan yang tinggi apabila harga naik.

BARU: Klik untuk senarai harga terbaru dana-dana takaful di “TakafuLink Malaysia“.

-Ayah.biz-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: