Posted by: ayah.biz | November 16, 2008

PTPTN: Caj pentadbiran (Ujrah) – 1 %


Tambahan kepada tulisan saya berkenaan caj pentadbiran PTPTN 1% ini:-

1) Perlaksanaan caj pentadbiran 1 % ini atau dipanggil ujrah adalah berdasarkan prinsip Shariah Islam. Kaedah ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Julai 2008.

2) Ini bermaksud semua pembiayaan pendidikan di bawah PTPTN akan dikenakan caj kadar tetap (rata) 1% setahun. 1% memang rendah – tahniah diucapkan kepada PTPTN dan kerajaan dalam usaha membantu rakyat Malaysia.

3) Kadar baru ini berkuatkuasa pada 1 Jun 2008 (back-dated). Jadi, mereka yang ada pembiayaan dengan PTPTN cepat-cepatlah semak balik baki anda.

4) Kepada yang belum mula bayar, buatlah cepat-cepat. Sebabnya, bolehlahh PTPTN gunakan dana untuk membantu pelajar-pelajar yang lain DAN kalau dah blacklist nanti tak dapat kadar tetap 1% ni. Anda akan kena caj 3%.

Nota: klik link ini untuk 7 mukasurat pekeliling perlaksanaan kadar rata 1% PTPTN.

-Ayah.biz-


Responses

  1. hanya golongan berhaluan kapitalis seperti anda mengucapkan ‘tahniah’ kepada kerajaan sekular-kapitalis seperti sekarang

    manakala ulama-ulama su’ (ulama jahat) seperti yang dicela oleh Rasulullah SAW pula menghalalkan riba dengan menukarganti istilah ‘riba’ kepada istilah yang tampak lebih murni seperti ‘ujrah’ untuk mengaburi mata masyarakat

    sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya memerangi riba!

  2. pendapat anti riba adalah haprak seperti segelintir ahli agama yang cukup suka mengharamkan sesuatu tanpa memberi sebarang alternatif.

    mungkin anti riba ingin mengatakan segala dividen tabung haji dan bank islam adalah haram dan sebaiknya umat islam menyimbat wang di bawah bantal sahaja.

    atau umat islam lebih baik tiada wang (miskin) kerana wang yang banyak akan mendedahkan diri kepada dosa.

    atau juga biar saja harta kekayaan negara dikaut oleh non-muslim yang x sabar2 hendak merebutnya dr tangan melayu , sbg contoh dana dan keuntungan yang banyak di ASB dan lain2..

  3. Allah menghalalkan Perniagaan dan Mengharamkan Riba…

  4. salam…sy nk tny ckit, sy da hbs blaja n wat loan ngan ptptn jan 07, sy layak x dpt ujrah 1% ni??

  5. kerajaan kata nak bantu rakyat..bantu dengan riba ke???

  6. tak bagus nak gado..jadi mana satu yg betul2 menjimatkan masa??sbab agreement baru mewajibkan anda mencari seorang saksi..too much hussle…sapa2 dpt buat comparison side by side?

  7. ingat, back dated jun 2008… saya kira balik, tak ada perbezaan ketara kalau ubah kepada 1 % pun..

  8. ada penipuan disini,
    jika dibaca pada perjanjian terbaru ptptn, mereka memang kenakan riba 1% dan
    DITAMBAH DENAGN KOS URUSAN PENTADBIRAN.

    dulu kene 3% itu termasuk pentadbiran, sekarang 1% campur kos pentadbiran yang tinggi. cubalah baca perjanjian itu.

  9. yep.lebih kurang je la sebelum 1% dgn selepas 1%. semua tu nak mengkaburi mata rakyat. dah la nak kn buat setem hasil lagi utk dokumen2 tu rm10 setiap set. mcm awal2 nk bt loan dl je.

  10. adakah anda semua terfikir 1 perkara di sini? dulu bukan sama seperti sekarang. jika zaman leonardo da vinci ataupun iskandar zulqarnain, nilai 60 ribu selepas 40 tahun adalah sama 60 ribu. bagaimanapun, anda semua tahukah bagaimana pula nilai 60 ribu tahun 1970 ketika tahun 2010? nilainya mencecah 1,000,000 ( 1 juta )!! ini semua adalah kerana inflasi! apakah logik sekiranya 30 sen dahulu yang boleh beli nasi lemak dan minuman sekarang hendak dapat juga nasi lemak dan minuman dengan 30 sen? sebenarnya riba yang dibawah 5 peratus langsung tidak membebankan kepada masyarakat kerana inflasi sendiri lebih 5 peratus setahun! apakah anda fikir gaji pekerja 20 tahun dahulu sama seperti sekarang? bagaimana pula dengan lagi 20 tahun akan datang? fikir-fikirkanlah.

    • Walaupun bawah 5% atau 0.00001%, riba tetap riba… Mcm Kayrill kata “Allah menghalalkan Perniagaan dan Mengharamkan Riba”…

  11. hehe.ptptn bg penyata 1x setahun.tapi charge perkhidmatan rm 40 tiap2 bulan.baca syarat perjanjian sebelum borang check majikan anda akan tahu apa disebalik ujrah ni.

  12. Dah pinjam bayar.. tak nak bayar, jgn pinjam.. tak nak riba’ bayar cash, tak de duit bayar cash, bayar bulanan. berat bayaran bulanan jgn beli kereta besar, rumah besar, bini besar.. hahahahaha ‘kesimpulannya.. kalau dh xde duit, buat cara xde duit, bukan mengutuk org yg brduit.. hehehehehe nak berjaya, tp ikut cara org kafir yg brjaya.. pastu, marah caranya salah, dah tu, yg hang ikut, pasai apa? sbb nak brjaya? Bila rasa senang atau nk berhibur, tengok Mtv, bila nak menyalahkan org tgk al-jazeera. ni ckp agama mmg hebat, tp tv kt umah bukan main besar jek.. tk de pun masa beli tv tu trfikir crita yg ditonton mendedahkan aurat. xde pun ckp, aurat ttp aurat.. yg dibincangkan, besar dan clear, makin clear makin nmpak aurat. Mana kesinambungan.. Al-arqam dalam diam tlah mengumpul dana 17juta dlm akaun tnpa menyalak mana² bukit dgn brniaga pure 100% cara islam.. ok jek.. so, ada jln lain selain menyalak bukit… jgn nak salahkan org lain..

  13. bukan setakat riba, duit ringgit yang kita gunakan tu pun dah memang haram, sepatutnya kita berurus niaga dalam dinar dan dirham, bukan ikut pasaran matawang kafir US. tambah jahiliyah lagi simbol lambang illuminati freemason kijang bank negara….tengok betul2, kijang mana ekornya panjang????? searchlah……

  14. ujrah..riba atau hanya upah? istilah memang cukup islamik,tapi terlalu banyak kontroversi..kadang kita terlalu banyak membahas sesuatu sampaikan benda yg betul jadi tak betul. ikhlas la dalam memberi pendapat kerana jika salah mentafsir dan menilai ia jadi suatu fitnah yang merosakkan masyarakat..pendapat bukan diberi atas pandangan org lain shj tapi mesti dikaji dan diteliti sendiri. biarlah hasilnya memberi manfaat kpd diri sendiri dan org lain yg mendengarnya..wallahu’alam..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: