Posted by: ayah.biz | November 12, 2008

Duit raya anak-anak


Selepas hari raya, anak-anak mungkin sudah lupa dengan duit raya yang kita “simpan”. Persoalannya, di manakah patut kita simpan?

Ter‌ingat masa kecik2 dulu, ayah selalu suruh simpan duit raya. Biasanya masuk BSN. Masa tu manalah kita tahu pasal pulangan @ “return of investment” simpanan. Sama juga situasi sekarang. Walaupun secara peribadi saya tak bersetuju dengan budaya duit raya, tetapi, ini adalah peluang terbaik unuk kita mendidik anak-anak tentang teknik pengurusan wang.

Kita boleh bahagi 3 duit raya masing-masing untuk:-
1) Simpanan masa depan – sebaiknya dengan pulangan yang tinggi seperti ASB, 8%
2) Urusan belanja wajib – belanja naik haji atau simpanan pendidikan
3) Belian barangan keperluan mereka – bagi mengajar mereka supaya bijak berbelanja dari kecil lagi

Saya sendiri suka simpan duit raya anak-anak di dalam Tabung Haji.  Saya gunakan proses ini untuk mendidik mereka tentang kewajiban sebagai seorang Islam untuk menunaikan haji di Mekah. Walaupun pulangan LUTH rendah (4-5%) tetapi ianya lebih baik dari akaun-akaun simpanan Islamik bank-bank di Malaysia. Contohnya:-

1) Bank Rakyat Akaun Simpanan-i Nuri         1.00 – 3.00%
2) Mayban Yippie-i Savings                           1.51 – 3.02%
3) Public Islamic Akaun Simpanan Wadiah       0   – 1.10%
4) BSN Kelab Penabung Muda                        0.50 – 3.50%
5) Skim Simpanan Pendidikan Nasional        3.00 & 4.00% (pulangan tahun 2004 & 2005)
( SSPN)

Ada juga akaun-akaun ni yang menawarkan perlindungan takaful percuma dan hadiah peperiksaan untuk anak-anak. Jadi, rancang keperluan kewangan keluarga anda dan pastikan duit raya anak-anak dijadikan satu sumber untuk mencapai objektif-objektif tersebut.

Nota: Sekiranya anda ada menyimpan duit raya anak-anak di dalam ASB dan institusi-institusi pelaburan lain di atas nama anda, jangan lupa senaraikan bahagian-bahagian mereka di dalam wasiat anda – bagi mengelakkan hak mereka dibahagikan apabila anda tiada.

– Ayah.biz –


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: