Posted by: ayah.biz | Ogos 13, 2008

Berita baik – Caj pentadbiran PTPTN diturun hingga 1 peratus


Betulke ni? Sumber-sumber lain belum dapat dipastikan. Kalau betul memang bagus… jadi, bolehla anak2 kita tumpukan perhatian belajar bersungguh-sungguh🙂

-Ayah.biz-

Caj pentadbiran PTPTN diturun hingga 1 peratus
13-08-2008 04:02:22 PM

PETALING JAYA: Caj kos pentadbiran pinjaman PTPTN diturunkan kepada satu peratus berkuat kuasa 1 Jun lalu melibatkan pengajian siswazah dan pascasiswazah.

Sebelum ini bayaran dikenakan ialah lima peratus bagi pengajian pascasiswazah dan tiga peratus bagi kumpulan siswazah.

Ia diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin sebentar tadi.

Sumber: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bb142eaa-c0a85062-16ab2e80-6cd64c55


Responses

  1. Sekadar ingin bertanya sekiranya perkiraan pentadbiran 1% ptptn tu mengikut perkiraan cara Islam. Adakah bila ditukar kpd caj pentadbiran ini dikira sbg mengikut syariat Islam.

  2. Soofie,

    Perlaksanaan caj pentadbiran 1 % atau ujrah ini sememangnya berdasarkan prinsip Shariah Islam. Saya baru juga baca hal ini melalui pekeliling PTPN (Perlaksanaan Pembiayaan Pendidikan dengan Pengenaan ‘Ujrah’ atau Upah 1 Peratus Setahun Atas Kadar Rata). Kaedah ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Julai 2008.

    Tahniah diucapkan kepada PTPTN. Kepada rakyat Malaysia, ini adalah peluang yang baik disediakan oleh agensi kerajaan (mengunakan duit rakyat) bagi membantu kita semua melanjutkan pelajaran. Jadi, rajin-rajinlah belajar dan jangan lupa bayar balik. 1% jer dan kadar tetap pulak tu. Mana nak dapat!

  3. […] PTPTN: Caj pentadbiran (Ujrah) – 1 % Tambahan kepada tulisan saya berkenaan caj pentadbiran PTPTN 1% ini:- […]

  4. salam..caj 1% mula jun 08,
    kalo ada tunggakan sblm tarikh tu sama gak 3
    % ikut kata pegawai ptptn. kalo utk tunggakan shj 3% paham ler sbb tak bayo awl..tp nape pulak baki pinjaman slps jun 08 tak dpt 1% pun..msh maintain 3%..aku pelik zaman mahathir dulu caj 4% turun 3% mmg tol berubah kos pentadbiran dari 84 kpd 64.90 dan caj ni berubah setiap bulan kpd 64.80,64.70,64.60 baru la betul caj pentadbiran ke atas baki berkurangan..bila pak lah umum turun smpai 1% caj pentadbiran aku maintain 65.00 setiap bulan smpai la nie..walaupun aku dok potong gaji 203.42 sebulan spt dalam jadual…bengang la

  5. sy dh tau psl nie tp cmne nk daftar erk.bleh bantu x kwn2..

  6. tambahan pd klausa ptptn yg org beri tahniah tu…

    bukan semua peminjam dapat 1%… pada peminjam yang dah disenarihitamkan sebelum mampu bayar balik bulanan, takkan dapat 1% tu… cam saya, bulanan rm269.00 pergh..

    dulu tak mampu bayar, tangguh sekejap.. bila dapat kerja gomen, try suh potong gaji ikut lhdn.. bulan2 2 ratus lebih.. sakit sebenarnya dengan gaji yg ciput dan tak sesuai ngan kelulusan..

    bila dapat tunggakan, tepon ptptn nak bayar lump sum.. rupenye masih guna caj lama.. itu pun tak tau samada guna 3% atau tidak.. siap bagi tau, bayar lump sum pun, takkan diberi 1% sebab ada rekod black list dulu sedangkan dah 4, 5 tahun bayaran cantik melalui potongan gaji..

    nasihat yg jelas..
    pd peminjam, jgn potong melalui pay slip.. bayar melalui bank BSN lagi baik.. sbb lebihan duit tu kita boleh labur tempat yg lebih banyak pulangan, contohnya ASB, bank persatuan, HPA, emas ke..

    kdg2, Allah nak bagi rezeki lebih , boleh terus bayar sekaligus pd masa akan datang.. tak payah merayu ptptn yg dah tentu tak dapat..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: