Posted by: ayah.biz | April 15, 2008

Aduan dan komplain hal-hal kewangan/takaful


Urusan kewangan, pinjaman dan takaful bukan mudah. Tambahan pula, kadang-kadang pihak institusi yang kita berurusan gagal memberi khidmat yang cekap dan adil seperti yang dijanjikan.

Sebenarnya, majoriti masalah boleh diselesaikan dalam masa kurang dari 2 minggu. Tetapi, bagi mengelakkan sebarang kemusykilan di belakang hari, kita sebagai pengguna boleh mengambil beberapa tindakan untuk memastikan pihak bank/institusi kewangan bertindak dengan cepat.

Sekiranya anda ingin membuat aduan atau komplain, pastikan anda:-

1) Buat aduan secara bertulis. Sekiranya anda gunakan telefon, catatkan nama pegawai yang dihubungi, tarikh dan masa perbualan anda, DAN paling penting sekali tindakan-tindakan yang dipersetujui – contohnya, bila beliau akan menghubungi anda, melalui surat, email dll.

2) Hantar surat susulan bersama butiran-butiran akaun/takaful yang berkenaan. Sertakan sekali butiran perbualan anda di atas. Simpan satu salinan untuk diri sendiri.
Tips dari sahabat saya – buat salinan surat anda kepada ketua institusi berkenaan dan Gabenor Bank Negara Malaysia untuk memastikan tindakan yang lebih pantas.

3) Beri masa maksimum 2 minggu untuk pihak bank/intitusi tadi bertindak dan menghubungi anda.

4) Sekiranya ini juga gagal atau anda tidak berpuas hati dengan keputusan dari pihak bank, anda boleh menghantar aduan anda terus kepada Biro Pengantaraan Kewangan, dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan keputusan.

Yang penting, jangan marah-marah tetapi bertindak dengan serius (nada suara yang tegas, gunakan surat, minta nama & jawatan setiap pegawai yang kita cakap dll) supaya kita tidak dipandang sambil lewa oleh pegawai-pegawai di bank @ intitusi yang tidak bertanggung jawab.

Nota: Soal-jawab lengkap tentang membuat aduan boleh didapati di laman web BankingInfo.

Selamat mencuba & jangan lupa kongsi pengalaman anda,
-ayah.biz-


Responses

  1. […] 14/4/08: Tambahan susulan komen Encik Roslan, sila baca tindakan-tindakan yang kita boleh ambil untuk membuat aduan dan komplain. […]

  2. […] Lagi perihal komplain Ini adalah lanjutan dari tulisan saya mengenai cara-cara untuk membuat komplain atau aduan mengenai … […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: