Posted by: ayah.biz | April 13, 2008

Analisa 1: Public Mutual unit trust


Public Mutual (PM) mempunyai 62 saham amanah (unit trust) di dalam pengurusannya. 21 daripada tabungan ini adalah tabungan berasaskan syariah.

Ini adalah analisa ringkas saya untuk membuat perbandingan tahap pencapaian saham-saham amanah Islamik berikut, dari permulaannya (Growth since inception) berbanding setahun yang lalu (1-year growth):-


Fund Fund Abbreviation NAV (RM) Inception date Growth since inception (%) 1-year growth (%) Risk profile/Objective Category
1 Public Asia Ittikal Fund PAIF 0.25 22/08/06 13 -4 Aggressive-capital growth Equity
2 Public China Ittikal Fund PCIF 0.21 20/11/07 -14 Na Aggressive-capital growth Equity
3 Public Islamic Asia Balanced Fund PIABF 0.23 21/08/07 -9 Na Conservative to moderate Balanced
4 Public Islamic Asia Dividend Fund PIADF 0.22 03/04/07 -5 -5 Moderate – Income/Dividend Equity
5 Public Islamic Balanced Fund PIBF 0.27 20/09/05 30 -1 Conservative to moderate Balanced
6 Public Islamic Bond Fund PIBOND 1.01 15/08/01 49 4 Conservative Bond
7 Public Islamic Dividend Fund PIDF 0.32 14/02/06 43 43 Moderate – Income/Dividend Equity
8 Public Islamic Enhanced Bond Fund PIEBF 1.00 28/11/06 4 1 Conservative to moderate Bond
9 Public Islamic Equity Fund PIEF 0.33 28/05/03 105 4 Aggressive-capital growth Equity
10 Public Islamic Money Market Fund PIMMF 1.02 05/06/07 2 Na Conservative Money Market
11 Public Islamic Opportunities Fund PIOF 0.33 28/06/05 66 Na Aggressive-capital growth Equity
12 Public Islamic Sector Select Fund PISSF 0.22 13/11/07 -13 Na Aggressive-capital appreciation Equity
13 Public Islamic Select Bond Fund PISBF 1.02 10/07/07 2 Na Conservative Bond
14 Public Islamic Select Treasures Fund PISTF 0.25 26/02/08 1 Na Aggressive-capital growth Equity
15 Public Ittikal Fund PITTIKAL 0.96 10/04/97 203 1 Moderate – steady capital growth Equity
16 PB Islamic Asia Equity Fund PBIAEF 0.25 08/01/07 5 1 Aggressive-capital growth Equity
17 PB Islamic Asia Strategic Sector Fund PBIASSF 0.20 06/09/07 -21 -21 Aggressive-capital appreciation Equity
18 PB Islamic Bond Fund PBIBF 1.05 16/03/06 10 4 Conservative Bond
19 PB Islamic Cash Management Fund PBICMF 1.02 08/05/07 3 3 Conservative Money Market
20 PB Islamic Cash Plus Fund PBICPF 1.00 30/01/08 0 Na Conservative Wholesale Money Market
21 PB Islamic Equity Fund PBIEF 0.28 05/09/05 44 Na Aggressive-capital growth Equity

Pemerhatian:

1. Saham amanah memberi pulangan yang menarik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Contohnya, no 15 PITTIKAL yang naik sehingga 203% dari tahun 1997 – selepas 11 tahun.

2. Kebanyakan saham2 amanah yang dilancarkan pada tahun 2007 memberi pulangan negatif setakat ini kerana kemerosotan pasaran tahun ini. Saya kerugian 3 sen setiap unit yang saya laburkan di dalam PIADF.

3. Saham-saham amanah kategori “Equity” (Ekuiti/saham syarikat) memberi pulangan yang lebih untuk jangkamasa panjang daripada kategori Bon dan pasaran Matawang (Money market).

Dari pemerhatian di atas, dapat saya simpulkan:-

* potongan gaji bulanan adalah lebih baik dari kita melabur lump-sum, bagi mengelakkan salah masa (timing)

* kebanyakan saham dan saham amanah sedang jatuh nilainya sekarang. Mungkin ini masa yang terbaik untuk saya melabur!

* dana yang ada pada saya buat ketika ini, saya akan gunakan untuk memenuhi kuota Bank Persatuan kerana pulangan sebagai ahli (12.5% tahun2 lepas) adalah kompetitif dan risikonya lebih rendah dari saham2 amanah.

Kerugian saya setakat ini dapat saya hadapi kerana objektif saya apabila melabur ialah untuk simpanan jangka sederhana (3-5 tahun) dan saya mahu pulangan sekurang-kurangnya 25%. Jadi, saya kena tunggu dan lihat tak boleh jual sekarang😦.

Soalan yang saya masih tidak pasti jawapannya: Public Itikkal Fund sudah naik tinggi. Sejauh mana ia boleh naik @ turun. Patutkah saya laburkan di dalam dana ini atau pilih tabungan yang lain? Ada sesiapa yang boleh kongsi idea?

Nota:
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) adalah saham amanah terbaru yang dilancarkan pada 8 April 2008. Sila layari http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=piogf untuk keterangan lanjut.

-Ayah.biz-


Responses

  1. […] * Baru 14/4/08 – sila lawati tulisan saya mengenai analisa pencapaian saham-saham amanah Public Mutual […]

  2. nak tanya apa beza cimb dengan public?

  3. CIMB dan Public Bank kedua-duanya institusi bank dan kewangan di Malaysia. Ia boleh membuat simpanan, pinjaman dan juga ada saham-saham amanah masing-masing. Insyaallah, nanti saya akan cuba analisa prestasi saham-saham amanah ini.

    Bezanya, Public Mutual sudah lama dan lebih dahulu dari CIMB dalam industri unit trust Islamik. Tetapi, kita kena ingat, “past performance cannot guarantee future return” atau sejarah prestasi terdahulu bukanlah ukuran keuntungan masa depan.

  4. macam maner kalau saya nak kaji performance public mutual berhad punya unit trust??? nak dapatkan price unit trust since 2004


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: