Posted by: ayah.biz | April 9, 2008

Penyata sumbangan Takaful


Sudah lama saya terfikir hendak berkongsi pendapat mengenai “Penyata Sumbangan” yang dihantar oleh syarikat-syarikat takaful di Malaysia. Rumusan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai peserta Takaful Nasional (sekarang Etiqa Takaful) dan juga Takaful Malaysia.

Tujuan utama saya nak semak penyata pelan-pelan takaful saya ialah kerana ingin tahu berapa:-

1) jumlah saya dah sumbangkan untuk tahun tersebut

2) jumlah keseluruhan sumbangan saya dari mula sertai pelan tersebut

3) kadar keuntungan (%) tabung peserta (mudaraba) pada tahun lepas

4) jumlah simpanan yang saya ada di dalam tabung peserta

Selain dari itu, saya juga mahu pihak pengendali-pengendali takaful ( yang ambik caj perkhidmatan dari sumbangan kita) , ringkaskan dan senaraikan jumlah perlindungan yang kita ada. Tambahan pula jumlah ini berubah setiap tahun. Yelah, manusia ni mudah lupa.

Tetapi, dari pengalaman saya, penyata-penyata yang saya terima hanya mengandungi maklumat-maklumat untuk tujuan no 1 sahaja.

Saudara & saudari pasti bersetuju, kalau dah sertai pelan takaful 10 tahun, kita boleh ingat lagi ke berapa benefit yang kita hendak. Mungkin sekarang kita nak tambah lagi sebab anak dah lebih.

Masa sign dahulu, sudah tentu agen2 hanya anggarkan kadar keuntungan tahunan 5% , tinggi sikit dari Tabung Haji & EPF, tapi kurang dari ASB (yelah, pelan takaful ni kan untuk perlindungan, katanya).

Yang paling penting ialah jumlah simpanan keseluruhan yang ada. Ini kerana saya menyertai pelan ini sebagai salah satu simpanan untuk masa tua @ pencen nanti. Begitu juga, bagi yang masuk kerana pendidikan anak-anak. Kita MESTI nak tahu berapa jumlah yang ada hari ini atau pada tarikh penyata itu dikeluarkan.

Barulah kita boleh analisa, cukup ke tidak simpanan yang kita ada. Jika tidak, kita seperti terkial-kial. Hanya selepas pelan kita matang, macam kes saya dalam tahun 2029, barulah saya tahu berapa yang saya ada simpan. Patut ke begitu?

” Nota: Saya nak juga dengar pengalaman-pengalaman pembaca yang lain terutama yang menyertai pelan-pelan Takaful Ikhlas, Prudential, PruBSN dan lain lain lagi. Kalau ada yang masuk insuran pun, boleh juga kita bandingkan :)”

Oleh itu, nasihat saya, apabila anda melawat pejabat Takaful atau berjumpa agen-agen anda, tanyalah jumlah-jumlah seperti yang dibincangkan di atas. Kalau tak tahu, suruh diaorang tanya ibupejabat dan laporkan kepada anda.

Selamat mencuba!
-Ayah.biz-

14/4/08: Tambahan susulan komen Encik Roslan, sila baca tindakan-tindakan yang kita boleh ambil untuk membuat aduan dan komplain.


Responses

  1. Dear Ayah Biz,
    Terima Kasih atas komen di blog saya http://fyi-penang.blogspot.com/2008/04/takaful-malaysia-declares-10-mudharabah.html. Untuk menjawab soalan anda, setelah berbual dengan pegawai Takaful Malaysia, dia mengatakan InsyaAllah STMB akan mengumumkan mudharabah utk Takaul Life kemudian.
    Saya juga telah update entry Blog saya untuk menjawab soalan-soalan merangkumi bayaran.
    fyi-penang

  2. Assalamualaikum!saya ingin berkongsi pengalaman tentang takaful pendidikan anak2.isteri saya telah membuat caruman takaful untuk 4 orang anak saya sejak tahun 2000 lagi.Malangnya pada 3 bulan yang lepas kami ada singgah di takaful malaysia untuk melihat berapakah simpanan yang dah terkumpul dan meminta pihak takaful mengeluarkan penyata caruman bulanan yang lengkap.kami terkejut apabila mendapati 3 orang dari anak kami caruman nya telah merosot RM 10 setiap bulan bermula dari tahun 2004sedangkan kami tidak ada membuat perubahan pemotongan gaji.pegawai yang kami berjumpa meminta masa untuk dia semak dan mengatakan keraninya sedang bercuti dan berjanji untuk telefon kami untuk memberi jawapan.Pihak takaful tidak menelefon sehinggalah memaksa kami menelefon bertanyakan duduk perkara ini.pegawai takaful masih berdolak dalik dengan memberikan berbagai alasan yang bermacam-macam dengan mengatakan masalah sistem dsbnya.Ia berjanji lagi akan menyelesaikan perkara ini tapi sehinga hari ini tiada jawapan dari takaful.sudah r tiga bulan.Tak kan lah mengambil masa yang begitu lama hendak menyelesaikan perkara ini.Ini mengkhuatirkan kami lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini banyak tersiar di media tentang rungutan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh takaful malaysia.apa pendapat tuan?perlukah saya menunggu jawapan atau menamatkan sahaja pelan takaful pendidikan anak-anak kami ini

  3. Terima kasih el the man. Kita nantikan pembahagian mudharabah untuk Life Takaful pulak. tetapi, selalunya is tak sehebat general takaful/motor takaful.

  4. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada En. Roslan kerana sudah berpandangan jauh dalam usaha menyimpan untuk anak2. Sayapun belum dapat mula membuat potongan gaji. Bertuah anak-anak En. Roslan.

    Keadaan yang dialami oleh En. Roslan menunjukkan betapa pentingnya kita menyemak penyata dan juga bertanya dengan lebih lanjut maklumat-maklumat yang saya butirkan di dalam tulisan ini. Bayangkan RM10 sebulan, kalikan 12 dan 3 tahun – kurang RM360 untuk setiap anak.

    Nasihat saya:-
    1) Jangan terima janji mulut. Tulis surat dan buat aduan secara rasmi. Catatkan sekali nama-nama pegawai yang sudah dihubungi.

    2) Sertakan juga tindakan-tindakan yang En. Roslan hendak pihak Takaful ambil- contohnya, betulkan balik akaun dan kembalikan wang beserta keuntungan pelaburan & perkongsian surplus (jika ada), minta ganti rugi kerana masalah emosi/masa di pihak En. Roslan untuk menyelesaikan masalah ini.

    3) Akhir sekali, PASTIKAN semuanya ini dijawab secara bertulis.

    Saya juga baru menulis tindakan-tindakan bagi kita yang hendak mengadu atau membuat komplain.

    Harap ini membantu dan selamat mencuba,
    -Ayah.biz-

  5. Salam! Alhamdulillah awal tahun lepas saya telah mendapat maklumat seperti yg disenaraikan no 1-4 di atas drpd TN (sekarang Etiqa). Untuk mendapatkannya bukan mudah, setelah penat telefon khidmat pelangan TN (bukan senang nak dapat ‘line’) tapi asyik dpt jawapan yg berbeza2 atau tak logik maka saya terpaksa AMBIK CUTI untuk pergi sendiri ke pejabat TN di Jln Melaka, KL. Org di sana ternyata sama ‘cerdik’nya dengan yg menjawap di talian khidmat pelangan tapi saya telah dirujuk untuk pegi ke dataran Maybank, Bangsar (masa tu TN baru je dibeli Maybank). Kat sana rupa2nya sorang kerani ni je yg bole tolong (kena naik atas, masuk pejabat, ni bukan khidmat kaunter!) tapi akhirnya saya dapat penyata deposit bulanan, peratusan mudharabah tahunan & cara pengiraan, nilai serahan polisi bulan ke bulan dari mula saya masuk takaful tahun 2000 dulu sampailah ke bulan semasa. Sekarang ni saya tengah berusaha nak dapatkan penyata yg sama tapi dah dikemaskini untuk tahun ini. Kalu berminat nak tengok penyata tu, sila hubungi saya.

  6. btl ckp tuan sekalian..saya telah beberapa kali menalifon pihak takaful, dan pelbagai alsan yang telah diberikan.sehingga sekarang saya masih tidah menerima sebarang penyata tahunan , seperti mana yang telah dijanjikan oleh pihak takaful .sudah 2 bulan..

  7. […] * Rujuk tulisan saya mengenai Penyata sumbangan Takaful. […]

  8. Saudara dan saudari. Bila disebut sumbang adakah anda selaku peserta takaful nampak rm semata-mata? Dimanakah anda letakkan diri anda kepada Yang Maha Pencipta? Kita perlu bermuhasabah diri adakah kerana duit dan kemudahan semata-mata kita nak join? Sedangkan kita Dituntut Allah untuk memberi sumbangan? Apa yang paling penting niat kita dalam memperkatakan isu takaful tanpa kita lupa erti Islam,Iman dan Ihsan yg dirangkumkan dalam takaful…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: