Posted by: ayah.biz | April 6, 2008

Melabur Untuk Masa Depan Anak


*Artikel ini saya petik dari website majalah Anis untuk dikongsi bersama.

Melabur Untuk Masa Depan Anak

Keperluan pembelajaran anak-anak diambil kira apabila lahirnya zuriat ke dunia yang fana ini.

Kita selalu sibuk membuat persiapan menerima kelahiran baru, dari pusat bersalinnya nanti sehingga kepada tempat tidur, perkakas bayi dan segala macam lagi.

Apabila bayi lahir, pemilihan lampin pun menjadi topik perbualan ibu-ibu baru ini. Fokuslah juga ke atas keperluan pembelajarannya kelak.

Lama lagi?? Inilah yang selalu menjadi kesilapan kita … nak jejak kaki ke kolej tunggu anak usia 18 atau 19 tahun. Lama lagi … jadi tak fikirlah nak melabur atau menabung untuk keperluan ini.Dalam istilah perancangan kewangan, keperluan kewangan ini jatuh dalam istilah keperluan jangkamasa panjang.

Bila sesuatu diperlukan dalam jangkamasa yang panjang, iaitu lebih dari 10 tahun, pemilihan instrumen pelaburannya berbeza dengan keperluan kewangan jangkamasa pendek.

Dalam memenuhi keperluan jangkamasa panjang, kita boleh memilih sesuatu yang agak berisiko sederhana ke tinggi, sebab kita ada waktu untuk mengalami sebarang kenaikan atau penurunan harga pelaburan kelak.Jadi, pelaburan jenis apa perlu dipilih?

Di pasaran terdapat bermacam-macam saham amanah dan bermacam-macam insurans/takaful serta bermacam pula tabungan di bank-bank.

Untuk itu, kita kategorikan anak-anak dalam tiga peringkat:
Peringkat pertama – bayi hingga 5 tahun
Peringkat kedua – 5 tahun hingga 10 tahun
Peringkat ketiga – 10 tahun ke 17 tahun

Bagi pendapat saya, setiap kategori memerlukan kaedah pelaburan yang agak berbeza. Jika memasukkan mereka di dalam keperluan kewangan, tempoh setiap kategori berbeza seperti berikut:
Peringkat pertama – Jangkamasa panjang
Peringkat kedua – Jangkamasa sederhana
Peringkat ketiga – Jangkamasa pendek

Bagi anak-anak di peringkat pertama, lebih banyak pilihan pelaburan yang boleh dibuat oleh ibu bapa. Itu pun kena ambil kira dahulu keseluruhan situasi kewangan keluarga anda sekarang sebelum memilih sesuatu pelaburan.

Lazimnya, anda mungkin baru memiliki rumah dan kereta dan perbelanjaan bulanan agak berat sebab kebanyakan alat rumah atau perkakas elektrik juga dibeli secara kredit. Jika ada di antara anda yang mempunyai “surplus” (lebihan) dari segi wang masuk bulanan melebihi wang keluar bulanan, alhamdulillah, anda boleh memulai tabungan atau pelaburan jangkamasa panjang untuk keperluan anak-anak anda.

Instumen yang ada di pasaran termasuklah kepelbagaian saham amanah; antara lain:
Dana Seimbang – Sama peratusan dilaburkan di pasaran saham dan pasaran wang
Dana Agresif – Lebih peratusan dalam pasaran saham
Dana Pendapatan – Pelaburan dalam saham yang memberi pulangan dividen
Dana Bon – Pelaburan dalam pasaran wang
Dana “ Smallcap” – Pelaburan dalam saham-saham bukan mewah
Dana “indeks” – Pelaburan dalam saham-saham mewah yang merangkumi dalam indeks

Kesemua jenis saham amanah di atas hanya diperjelaskan dari segi metodologi pelaburannya dan bukan merupakan penjelasan atau promosi ke atas mana-mana saham amanah yang dinamakan seperti tersebut.

Dari segi risikonya, lazimnya, yang jenis bon, seimbang atau jenis pendapatan lebih berisiko rendah berbanding yang agresif atau “small cap”.Jika matlamat tabungan atau pelaburan anda jangkamasanya panjang, anda boleh memilih yang berisiko sederhana ke tinggi ikut tahap pengambilan risiko anda.

Maknanya, jika rugi … anda masih boleh bertahan sebab matlamat anda jangkamasa panjang, insya-Allah sampai tempohnya nanti, pelaburan itu akan berhasil.

Dana-dana pendidikan dalam skim-skim takaful juga elok ditinjau-tinjau dari segi manfaatnya. Banding-bandingkanlah harga serta manfaatnya dengan keperluan anda. Yang baiknya, apabila terjadi kematian kelak, tabungan anda tetap berjalan selama tempoh perlindungan itu.

Berikut adalah kemungkinan pilihan pelaburan anda untuk keperluan pembelajaran anak anak:
Jangkamasa panjang – 60% saham amanah, 40 % dana takaful
Jangkamasa sederhana – 50% saham amanah, 50% dana takaful
Jangkamasa pendek – 20% tabungan di bank, 20% saham amanah, 60% dana takaful

Pelan yang tertera ini berbeza bagi setiap individu dan ianya hanya sekadar illustrasi sahaja dan bukan bertujuan untuk menjadi panduan untuk para pembaca bertindak segera.

Carilah perunding kewangan yang bertauliah yang anda selesa dengannya dan anda perlu menceritakan situasi kewangan anda secara keseluruhan sebelum sebarang pelan tindakan dapat dirangkakan.

Saya hanya sekadar mengingatkan kita untuk membuat perancangan awal supaya pembelajaran anak-anak diambil kira demi kesejahteraan mereka.

(Koleksi ANIS / Oleh: Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd ShahirHijrah Strategic Advisory Group Sdn Bhd)


Responses

  1. Yang menarik ialah cadangan untuk melihat simpanan anak2 di dalam 3 fasa berdasarkan umur anak-anak.

    Tetapi yang paling penting ialah perancangan dan mulakan seawal mungkin, mulakan sekarang, walaupun hanya RM10 sebulan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: