Posted by: ayah.biz | Mac 20, 2008

Beli saham sekarang?


Dengan kejatuhan saham-saham utama di Malaysia, KLSE dan juga keseluruhan bursa-bursa saham di dunia, adakah ini masa yang baik untuk membeli saham? Mungkin ya mungkin tidak. Saya pun bukan seorang yang mahir dalam bidang ini.

Tetapi dari pebualan ringkas saya dengan broker saham di salah sebuah bank utama di Malaysia, dapat diringkaskan yang:-

1) Kebanyakan saham2 jatuh harganya. ini bukan bermaksud syarikat2 itu tidak baik, tetapi ia adalah sentimen pasaran @ emosi para pelabur.

2) Jika anda berminat, ikuti aliran pasaran dan buat kajian tentang syarikat2 yang baik. Mungkin dalam masa 2-3 bulan ni, mengikut perkembangan ekonomi US dan politik di Malaysia, peluang untuk melabur di saham2 yang baik akan terbuka.

3) Dengan kejatuhan saham2 ini, saham-saham amanah (unit trust) juga akan jatuh harganya.

Hanya dengan kajian, sedikit pengetahuan dan persediaan, anda boleh membina portfolio pelaburan anda sendiri.

Selamat mencuba,
-Ayah.biz-


Responses

  1. apakah yang dimaksudkan dengan agihan pendapatan??adakah bermaksud jika harga Unit trust saya sekarang RM0.85 seunit..maka, dengan agihan RM0.15 (15 sen), maka harga sesaham saya akan turun kepada RM0.70??betul ke???

  2. Syah,

    Agihan pendapatan (fund distribution) boleh dikatakan sebagai perkongsian keuntungan dari syarikat – dalam hal ini syarikat saham amanah. Lebih kurang sama dengan dividen ASB – disebut dalam %. Agihan pendapatan disebut dalam sen kerana mudah dibandingkan dengan NAV – harga di pasaran. NAV TIDAK akan berubah kerana agihan pendapatan ini. Tetapi, ia boleh berubah mengikut sentimen pasaran a.k.a samada pelabur2 masih berkeyakinan dengan sahama amanah tersebut.

    Saya suka bahagikan agihan pendapatan dengan harga purata unit saham amanah yang saya beli (bukan harga NAV pasaran) untuk mendapatkan % pulangan pelaburan saya.

  3. Bagaimana cara pengendalian dan kemasukannya

    Ayah.biz:
    Untuk membeli saham anda perlukan akaun CDS yang boleh dibuka di mana-mana broker. Saya menggunakan Mayban Securities. Kebanyakan bank di Malaysia ada. Carilah bank yang ada perkhidmatan online supaya mudah untuk berurusan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: