Posted by: ayah.biz | Mac 20, 2008

Bank-bank Islam dan prinsip kewangan Islam


Secara peribadi, saya amat berminat dengan perkembangan Islamic Finance (IF). Saya banyak membaca artikel2 dan jurnal2 dari mereka yang arif dalam bidang ini, bukan sahaja untuk mendalami pengetahuan malah lebih penting lagi untuk kegunaan kewangan harian.

Perkembangan IF dari segi dana dan jumlah institusi yang terlibat amat besar seperti yang diwar-warkan. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bank-bank konventional seperti Standard Chartered, CitiBank dll terjun ke dalam bidang ini kerana wang & keuntungan. Yang merisaukan saya, wang dan keuntungan semata-mata adalah prinsip kapitalism. Jika ini berkembang, apa akan jadi dengan industri Islamic Finance?

Di Malaysia sendiri, keluhan dari rakan-rakan sebaya dan mereka yang pernah menggunakan produk-produk kewangan Islam membuktikan prinsip2 Islam – ketakwaan, keadilan dan integrasi – belum dapat dirasai.

Ada yang mengadu keuntungan Islamic Home Financing lebih mahal. Ada yang kerugian apabila menjual rumah lebih awal dari tempoh pembiayaan. Ada yang mengatakan istilah saja yang berbeza tetapi kad kredit islam juga mengenakan bayaran yang mahal. Apabila menabung dengan bank-bank Islam,kadar keuntungannya rendah sekali – “takkanlah bank Islam sedikit saja untungnya”.

Keluhan2 ini adalah hasil dari pengguna yang tidak memahami kontrak produk2 tadi. Pihak bank juga tidak mengambil masa untuk mendidik mereka. Natijahnya, ramai yang kecewa dan ada yang kembali menggunakan bank-bank konventional.

Bank-bank Islam pula hanya menyediakan produk-produk yang mirip bank konventional. Tiada yang cuba untuk menjadi lebih kreatif. Contohnya:-

1) Bank2 boleh memberi hadiah @ HIBAH kepada para pelanggan untuk berkongsi keuntungan

2) Ia juga boleh menjual saham2 syarikatnya kepada para pelanggan tetap dengan kadar istimewa bagi menggalakkan perkongsian untung dan rugi syarikat. Ini juga boleh menjadi strategi jangka panjang untuk memastikan para pelanggan terus menggunakan produk-produk bank.

3) Syarikat-syarikat takaful juga boleh dimulakan dengan konsep koperasi. Peserta-peserta juga menjadi pemegang saham-saham koperasi berkenaan. Ini baru betul-betul konsep bantu membantu dan berkongsi untung rugi.

4) Syarikat takaful juga WAJAR melantik wakil peserta di dalam lembaga pengarah bagi memastikan suara peserta didengari.

5) Apalah salah sekiranya, para pelanggan ataupun bakal pelanggan boleh menghubungi terus panel-panel syariah untuk bertanya soalan. Bayangkan anda boleh menghantar email ke panelshariah@maybank.com.my ?

6) Apabila kita membeli rumah, pihak bank sepatutnya berkongsi keuntungan dan kerugian apabila kita menjual rumah tersebut. Perkongsian ekuiti ini boleh didasarkan dengan konsep “diminishing musharaka” dan lain-lain.

7) Bank-bank Islam juga boleh menyediakan pakej akaun2 istimewa untuk golongan2 seperti pelajar univerisiti, golongan tua dan berpendapatan rendah, bagi meringankan beban masing2 – terutama di masa peningkatan harga barang sekarang. (Ini boleh dilakukan sekiranya pelabur2 & bank sanggup berkongsi untung mereka yang tiggi)

Ini sahaja yang dapat saya fikir setakat ini. Tulisan ini agak beremosi sedikit kerana saya sedikit kecewa dengan perkembangan industri IF. Sekiranya anda ada idea2 lain atau komen harap boleh kongsi bersama.

-Ayah.biz-


Responses

  1. ana nak tau lebih lagi boleh dak?

  2. saya setuju dengan pendapat Tuan yang bank islam di Malaysia hanya copy & paste produk konvesional dan menempekkannya dengan label lslam jadilah kononnya lslam. sedangkan sebenarnya ia satu sandiwara dan pembohongan terhadap sistem kewangan lslam itu sendiri.

  3. Malah sistem kewangan dan perbankan kita tidak terlepas dari unsur RIBA. Mengapa ia boleh berlaku?

  4. salam sejahtera..bolehkah anda jelaskan perbezaaan berikut:-
    a)Al-Bai Bithaman dan Al-Takjiri.
    b)Al-Wakalah dan Al-Kafalah.
    c)Al-Ijarah dan Ijarah Thumma Al Bai.
    d)Qard Al-Hassan dan Hibah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: