Posted by: ayah.biz | Februari 7, 2008

Agen unit trust yang baik


Soalan ini memang susah nak dijawab kerana ianya subjektif. Pendek kata, agen yang baik sama seperti mencari isteri atau suami yang baik. Ia bergantung kepada kualiti peribadi dan personaliti seseorang dan sejauh mana kita boleh menjalinkan hubungan jangka panjang. Bagi saya 3 kriteria ini amat penting bagi menilai agen-agen.

Pengalaman peribadi saya, walaupun kawan, tak semestinya anda akan mendapat khidmat yang terbaik.  Satu lagi masalah dengan agen2 yang ada – sebelum anda sign atau beli apa2, memang anda akan selalu jumpa atau berjumpa dengan mereka. Tapi, apabila selesai urusan, macam susah je nak jumpa.  Pengalaman saya mungkin terhad, tapi saya berminat untuk mendengar cerita-cerita pembaca yang lain. Mungkin ada agen yang baik.

Ingatlah, tugas agen untuk menjual & membuat duit. Kalau insurans dan takaful tu, mereka akan dapat komisen sehingga 6-7 tahun. Jadi, nasihat mereka bukan PERCUMA.

Sehingga kini – strategi saya, kenal dengan seramai agen yang mungkin, dengar dan hayati  nasihat @ cerita2 mereka. Tak rugi sambil belajar. Tetapi, buatlah keputusan berdasarkan keperluan anda dan keluarga. Anda yang lebih tahu, bukan agen-agen Public Mutual, Takaful atau Insurans.

-Ayah.biz-


Responses

  1. Saudara/i,
    Pada pendapat saya nak cari Agen yang betul-betul baik susah. Walaubagaimana pun sekiranya Agen tersebut ada menghantar info 3/4 bulan sekali(contohnya “Transaction Detail” Public Mutual) kpd kita atau sms ucapan bertanya khabar/ucapan semasa hari perayaan saya kira dah cukup baik. Janganlah kita mengharap “full effort”( 50/60 % dah kira baik) dpd Agen sebaliknya kita perlulah berusaha untuk mencari & menambah maklumat ilmu pelaburan kendiri ( sekiranya dah buat investment) . Ilmu boleh didapati di laman web , komunikasi dgn rakan , buku, brosur , hadir seminar dan pelbagai cara lagi. Jadikanlah diri kita sentiasa bermotivasi dan bukannya sentiasa disogok dengan ‘apa-apa jua’ untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup diri sendiri. Saya tak nafikan ada Agen yang terus menyepikan diri ( mungkin juga sudah “terminate” – beralih ‘career’) pun perlulah kita fikir sebab-sebab Agen menghilangkan diri. Uruskanlah yang terbaik untuk diri anda.

  2. Saya setuju kita juga MESTI meningkatkan ilmu tentang pelaburan dan perancangan kewangan.
    Tetapi, agen-agen mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan-pelanggan masing-masing. Bukan sekadar ucapan @ sms sahaja. Biarlah dapat komisen tu disertakan dengan khidmat pelanggan yang memuaskan. Jangan makan gaji buta je🙂.

    Semoga menjadi agen yang baik.

  3. sy x pndai pun public mutual nie.. tp dah masuk sthn lepas.. public china ittikal.. tak bnyk pun.. 5K sj..

    tp agent tu diam ja.. sy tak pndai betul tentang nie.. tp yg sy nmpk china ittikal nie mcm jatuh teruk saja..

    then ada jgk kawan2 ckp suruh kluarkan, masuk ke bond… jd tak risky sgt.. anyway saya pun dah tak paham nk buat mcm mana…

    at least sy harap agent tu tahu apa nk buat.. but bila diam terus nie.. yg buat sy rasa mcm menyesal plak…

    tp apa pun org ckp kena biar 3-5 thn utk china ittikal tu.. ntah la.. tunggu saja la.. kot.. (nyesal)

    • krng_jelas,

      Majoriti saham amanah (unit trust) memang dah jatuh harganya dalam masa setahun yang lepas. Harga NAV Public China Ittikal Sabtu 27 June ialah RM0.1840.

      Rata-rata kita kena ingat bahawa agen-agen buat duit bila kita beli unit trust (3-6%). Jadi, lepas kita dah beli mungkin kurang motivasi mereka nak “servis” kita lagi. Oleh itu, di masa depan carilah agen-agen yang komited – tak kira apabila kita nak beli ataupun sabar untuk mendidik dan menasihati kita.

      Apapun, kita kena bertanggungjawab dan belajar sendiri juga. Jangan harap orang sahaja – kerana untung rugi akhirnya kita yang hadapi.

      Untuk situasi seperti ini, saya nasihatkan krng_jelas jangan jual dulu. Kalau boleh tunggu hingga harga naik balik. Jual sekarang pun rugi (sebenarnya saya pun tengah hold jugak sebab rugi🙂 ).

      Sesalan tidak berguna. Tetapi, gunakan kesilapan ini sebagai motivasi untuk meningkatkan ilmu pelaburan kita.

      Yang masih belajar,
      Ayah.biz

  4. terima kasih .. ayah.biz atas nasihat…

    • untuk krng_jelas..nasihat saya jangan jual/keluar kan investment waktu ni..sebb harge tengah rendah..
      sepatutnya waktu ini adalah masa yang sesuai untuk topup pelaburan bagi menambah unit2 yang ada..sebab dengan harga yang rendah, anda akan dapat unit yang banyak berbanding dengan membeli/topup pada harga yang tinggi..
      jangan risau tentang modal..selagi tidak dijual pada waktu harge rendah..selagi tulah modal anda takkan hilang..
      mana2 perkara pon ade risikonya…bukan sahaja pelaburan..dalam kehidupan kita pon kita terdedah dengan risiko..cuma kita perlu belajar bagaimana untuk menghadapi risiko tersebut…
      nasihat saya sekiranya ada duit lebih…topup la waktu nie..

      mdnor032@gmail.com
      public mutual utc

  5. tima ksh en mDno…

  6. sya pn setuju dgn mDno..bg saya tak ada rugi selagi kita tidak menjual pada waktu harga rendah..yg penting kita kna buat regular investment..baru bleh maintain..sya buat pelaburan xsampai setahun pn dh ada keuntungan..masalh org ‘kita’ ni,nk cepat..nk kaya cepat..itu yg byk terjebak dgn pelaburan haram..kita kena igt setiap yg jatuh pasti akan naik dn juga sebaliknya..itulah saham namanya..

  7. Anda yang lebih tahu, bukan agen-agen Public Mutual, Takaful atau Insurans.
    (leh sy tau knp awak cakap macam 2?

    tolong ya….

    • Wana, harap maaf komen anda tidak jelas.

      Ayah.biz


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: