Posted by: ayah.biz | Februari 6, 2008

Dividen Tabung Haji RM1.05b


 Alhamdulillah, setelah sekian lama – 40 tahun, barulah penyimpan-penyimpandi Tabung Haji boleh merasa pulangan lebih dari 4%. Lama tu tuan-tuan, 40 tahun. Saya pula dah menyimpan di TH selama berbelas-belas tahun. Itupun dah merasa lega… kerana paling tidak, pihak pengurusan TH dah ubah kadar dividen supaya setanding dengan ASB (walaupun tak melebihi 10%).

Cuma, dari artikel di bawah, saya tidak faham kenapa sumber pendapatan TH 67% dari saham dan 15% dari dividen. Apa bezanya? Mungkin, saham tu bermaksud penjualan saham manakala dividen adalah pulangan dari pelaburan saham.

Teruskan usaha untuk membina ekonomi Islam dan masyarakat setempat,
-Ayah.biz-

Dividen Tabung Haji RM1.05b

Oleh Mohd Hamizar Hamid


TERTINGGI: Abi Musa (kiri), Abdullah dan Ismee (kanan) pada sidang media pengumuman dividen Tabung Haji di Jakim, semalam.

Imbuhan 7 peratus untuk 4.2 juta penyimpan dimasuk dalam akaun Ahad

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji semalam mengumumkan pembayaran dividen berjumlah tujuh peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, iaitu lima peratus dividen tahunan dan dua peratus dividen khas.

Dividen tahunan itu adalah yang tertinggi sejak 2001, manakala dividen khas kali pertama diberi sebagai menghargai penyimpannya serta hadiah sempena sambutan ke-50 kemerdekaan negara tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata pembayaran dividen tahunan berjumlah RM751 juta dan dividen khas RM300 juta itu akan dimasukkan ke dalam akaun 4.2 juta penyimpan Tabung Haji, Ahad ini.

“Pembayaran dividen kali ini adalah yang terbaik… lebih menarik pembayaran dividen diumumkan pada lima hari bulan dua (5 Februari), iaitu sama dengan jumlah dividen tahunan lima peratus dan dividen khas dua peratus,” katanya pada sidang media di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini.

Hadir sama, Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Abdullah berkata, Tabung Haji mencatat pendapatan kasar tertinggi RM1.9 bilion tahun lalu, meningkat 59 peratus berbanding RM688 juta pada 2006, hasil prestasi pasaran saham yang amat menggalakkan dengan pendapatan kasar menunjukkan pertumbuhan tahunan purata 25 peratus sejak 2002.

Simpanan terkumpul Tabung Haji pada 31 Disember lalu pula meningkat kepada RM16 bilion berbanding RM14.7 bilion, 31 Disember 2006.

“Secara keseluruhannya, pada 2007 Tabung Haji menempa sejarah apabila untuk pertama kalinya mencatat keuntungan bersih selepas zakat mencecah RM1.066 bilion,” katanya.

Abdullah berkata, sumber utama pendapatan Tabung Haji ialah daripada urus niaga saham yang mencakupi 67 peratus; dividen (15 peratus); pasaran wang (sembilan peratus); hasil sewa (empat peratus) dan lain-lain (lima peratus).

Beliau berkata, Tabung Haji juga berjaya mengawal kos pengurusan pada RM323 juta tahun lalu berbanding RM322 juta pada tahun sebelumnya, walaupun ia membabitkan kos tanggungan langsung haji sebanyak RM35 juta tahun lalu.

“Kos tanggungan haji ini adalah disebabkan kenaikan kos tambang penerbangan dan perumahan di Makkah,” katanya.

Abdullah berkata, Tabung Haji memperuntukkan RM37 juta sebagai pembayaran zakat perniagaan tahun lalu berbanding RM27 juta pada tahun sebelumnya.

Sebahagian besar zakat berkenaan akan dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri atau pusat pungutan zakat negeri mengikut kadar simpanan terkumpul bagi negeri.

Ismee ketika ditemui kemudian, berkata Tabung Haji mensasarkan pemberian dividen lebih baik atau sekurang-kurangnya mengekalkannya pada kadar lima peratus untuk tahun depan.

“Memang menjadi konsep kita untuk menyediakan yang terbaik bagi semua penyimpan,” katanya.

Beliau berkata, Tabung Haji juga akan menyediakan perkhidmatan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) suku kedua tahun ini bagi memudahkan penyimpan mengeluarkan wang.

“Bagaimanapun, kami tidak akan menyediakan ATM sendiri kerana ia membabitkan kos yang tinggi, sebaliknya akan bekerjasama dengan bank lain seperti Bank Islam untuk membolehkan pendeposit kami mengeluarkan wang dari mesin ATM milik institusi kewangan itu,” katanya.

 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080205235741/Article/

-Ayah.biz-


Responses

  1. dividen untuk tahun 2008 tak de ke…sampai laa nie tak de berita lagi…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: