Posted by: ayah.biz | Februari 3, 2008

Bila patut melabur dalam unit trust?


Jawapan paling mudah ialah secepat mungkin selepas anda mempunyai simpanan kecemasan.

Jawapan agak panjang ialah setelah anda ada simpanan kecemasan (3-6 bulan gaji) dan mampu untuk melabur wang selebihnya di dalam tabung amanah @ unit trust. Anda juga perlu ingat, pelaburan saham amanah sesuai bagi membantu pelan kewangan anda bagi jangka masa 3 ke 5 tahun.

Pilihan anda bergantung kepada objektif & perancangan kewangan anda – gaya hidup, keutamaan, kemampuan anda serta strategi & attitude anda terhadap ganjaran-risiko.

Gaya hidup:
Seorang bujang boleh melabur terus di dalam unit trust. Tetapi, bapa atau ibu berkeluarga mungkin perlu menyertai pelan takaful dahulu. Sekarang ada dana-dana takaful juga di laburkan di dalam saham-saham tabung amanah (e.g. investment link pakej).

Keutamaan:
Pelabur yang lebih arif mungkin mahu mempunyai pilihan di dalam memilih saham sendiri. Melabur di dalam tabung amanah bermaksud anda melepaskan tanggungjawab memilih pelaburan amanah anda kepada pengurus tabung amanah berkenaan. Ingatlah, ada pengurus yang baik dan ada yang lemah.

Kemampuan:
Dana yang anda ada juga perlu dilaburkan dengan bijak mengikut keperluan masing-masing. Dapatkan nasihat tetapi buat keputusan sendiri kerana anda yang lebih tahu keperluan dan kemampuan anda. Strategi saya – mulakan walau sedikit kerana jika tidak cuba, saya tidak tahu bagaimana unit trust berfungsi. Selepas ada pengalaman dan mendalami sedikit sebanyak, saya mampu membuat keputusan yang lebih baik.

Ganjaran-risiko (risk-reward):
Biasanya kita didedahkan dengan kata-kata “lebih tinggi risiko, lebih tinggi ganjarannya”. Didalam Islam, kita digalakkan untuk mencari ganjaran di akhirat dan juga di dunia, bukan hanya semata-mata kerana wang. Tetapi setiap pelaburan kita mesti didasarkan di atas prinsip membantu kebajikan ummah, sosial dan ekonomi sesama islam dan masyarakat.

Antara tabung amanah yang popular sekarang ialah:-
Public Ittikal Fund, CIMB Islamic Global Equity Fund, CIMB Islamic Asia Pacific Equity Fund, ASN, ASB dan lain-lain lagi.

Antara yang terbaru ialah tabung amanah yang melabur di China – Public China Ittikal Fund.
*NB: Senarai di atas bukan “recommendation” dari saya . Harap maaf🙂.

-Ayah.biz-

Pos saya: Mencari agen unit trust?


Responses

  1. Sekarang adalah masa terbaik buat pelaburan. Masa tidak menunggu kita. Janganlah tengok orang lain labur dulu kemudian barulah kita melabur. Any time is the best time.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: