Posted by: ayah.biz | Februari 1, 2008

Takaful Malaysia ada dana saham!


Takaful Dana Saham Plan

*Saya sendiri baru tahu (walaupun selalu membaca & mengkaji mengenai takaful). Alahai TM, cuba-cubalah aktifkan kaedah pemasaran anda. Patutlah untung syarikat makin menurun.

PENGENALAN

Takaful Malaysia kini memperluaskan produknya dengan penyediaan Pelan Takaful Dana Saham (Takaful Dana Saham). Program tabungan berasaskan pelaburan saham secara pukal atau berkelompok yang pemilikannya dikira mengikut jumlah unit, seumpama saham amanah, digabungkan pula dengan manfaat takaful. Dengan kata lain wang caruman takaful dilabur untuk memperolehi keuntungan selain jaminan perlindungan melalui produk takaful jika ditakdirkan sesuatu musibah menimpa pemilik atau pesertanya.

APAKAH TAKAFUL DANA SAHAM

Takaful Dana Saham membolehkan pelbagai saham dimiliki mengikut pecahan unit yang disatukan menjadi satu kelompok. Dengan cara ini wang caruman takaful akan ditabung dalam kaedah seperti pelaburan saham amanah. Pada dasarnya kontrak atau akad Takaful Dana Saham di antara peserta dan Takaful Malaysia sebagai pengurus adalah berasaskan prinsip al-Wakalah. Dengan ini, peserta melantik Takaful Malaysia sebagai wakil untuk menguruskan wang carumannya termasuk pelaburan. Sebagai balasan menjadi wakil peserta, Takaful Malaysia akan menerima upah dalam bentuk bayaran perkhidmatan mengikut prinsip al-Ujrah. Takaful Dana Saham menyediakan dua pakej tabungan Tabung Istiqrar dan Tabung Ittizan.

Tabung Istiqrar

Akan memastikan pelaburan wang caruman peserta seboleh-bolehnya tidak jatuh sehingga susut nilainya. Lazimnya strategi pelaburan tertumpu kepada instrumen yang stabil dengan risiko yang rendah. Pilihan Tabung Istiqrar dijangka memberi pulangan yang agak rendah tetapi selamat dalam jangkamasa panjang. Instrumen pelaburan biasanya berupa pegangan bon-bon kerajaan dan korporat lain berasaskan tahap penarafan tinggi. Apapun semestinya ia tidak bercanggah dengan peraturan Syariah.

Tabung Ittizan

Akan memastikan pelaburan wang caruman peserta menghasilkan pulangan yang agak memberangsangkan. Strategi pelaburan pula akan diseimbangkan antara pulangan yang tinggi dengan risiko yang ada. Pilihan instrumen seboleh-bolehnya sama diantara instrumen pelaburan berisiko tinggi dengan instrumen berisiko rendah. Yang demikian, kesan risiko tinggi dapat dikurangkan dengan instrumen berisiko rendah.

Peserta boleh menukar dari satu Tabung ke satu Tabung bila-bila masa. Tetapi dalam setahun, peserta dibenarkan menukar dana sekali sahaja secra percuma tanpa apa-apa caj perkhidmatan. Penukaran selanjutnya dalam tempoh setahun tertakluk kepada sedikit caj perkhidmatan bagi setiap penukaran.

Melalui Takaful Dana Saham peserta boleh memilih dan menentukan sendiri apa yang akan diperolehi daripada program pelaburan dan tabungan kerana risikonya ditanggung sepenuhnya oleh Peserta sendiri.

(Jadual Pakej A & B – 318kb PDF format )

HARGA JUALAN DAN BELIAN BALIK TAKAFUL DANA SAHAM

Harga jualan adalah bersamaan Nilai Aset Bersih (NAB) seunit termasuk caj perkhidmatan tidak melebihi 5% daripada NAB dan diselaraskan sehingga satu sen yang terhampir. NAB yang digunakan bagi menentukan Harga Jualan oleh pengurus adalah NAB pada akhir hari perniagaan dimana permohonan bertulis untuk membeli diterima oleh pengurus dibahagi dengan bilangan unit yang ada dalam edaran pada hari tersebut.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI

Takaful Dana Saham terbuka kepada semua individu yang berusia diantara 18 dan 64 tahun pada tarikh mula penyertaan. Tempoh takaful tamat apabila peserta mencapai umur 65 tahun.

BANYAK MANAKAH WANG CARUMAN KENA BAYAR

Wang caruman boleh dibayar sekaligus atau secara berulang.

CARUMAN SECARA SEKALIGUS

Caruman sekaligus dibayar semasa penyertaan dengan amaun minimum RM5,000.00 dan boleh ditambah dalam gandaan RM500.00.

CARUMAN SECARA BERULANG

Caruman berulang dibayar secara bulanan dengan amaun minimum RM100.00 dan ditambah dengan gandaan RM100.00.

BAGAIMANA MENYERTAI

Hubungi pegawai Takaful Malaysia atau kunjungi mana-mana rangkaian Takaful Malaysia untuk mendapatkan penerangan dan ilustrasi yang sesuai dengan profil anda. Isikan dengan betul dan lengkap Borang Cadangan dan Akuan (BCA) yang disediakan secara percuma dan serahkan kembali kepada Takaful Malaysia beserta wang caruman supaya penyertaan berkuatkuasa dengan segera.

CARA BAYARAN

  • Potongan Gaji
  • Menerusi Cek atau Tunai
  • Arahan Tetap Bank Kad Kredit atau Caj
  • Kad Kredit atau Caj
  • Giro
  • Kad ATM Smart BIMB

SKOP PERLINDUNGAN YANG DISEDIAKAN

  1. Manfaat Kematian
    Jika ditakdirkan peserta meningggal dunia dalam tempoh takaful, ahli waris akan menerima wang perolehan Manfaat Kematian dengan jumlah sekaligus pada kadar 150% dari jumlah caruman di bawah caruman sekaligus dan 75 kali ganda caruman bulanan bagi caruman berulang.
  2. Manfaat Keilatan Kekal Sepenuhnya
    Sekiranya Peserta mengalami keilatan kekal atau hilang upaya anggota badan sepenuhnya, Takaful Malaysia akan membayar perolehan manfaat dengan jumlah sekali gus mengikut kadar seperti (i) di atas. Selepas tuntutan keilatan kekal sepenuhnya diluluskan, lain-lain manfaat akan tamat secara automotik.
  3. Manfaat Penyakit Kritikal
    Ini adalah manfaat sampingan yang boleh disertai mengikut pilihan peserta. Mana-mana peserta yang memilih manfaat ini dikenakan caruman tambahan. Sekiranya peserta didiagnosa menghidap salah satu 36 jenis penyakit berat atau kritikal yang dilindungi, Takaful Malaysia akan membayar perolehan Manfaat Penyakit Kritikal dengan jumlah sekaligus kepada Peserta. Amaun manfaat yang dibayar adalah sebanyak 150% dari jumlah caruman bagi Caruman Sekaligus dan 75 kali Caruman bulanan bagi Pakej Berulang. Manfaat penyakit kritikal hanya dibayar sekali sepanjang tempoh takaful jika peserta didiagnosa lebih dari satu jenis penyakit pada masa. yang sama, ini bererti manfaat akan dibayar hanya sekali sahaja. Selepas tuntutan penyakit kritikal diluluskan,lain-lain manfaat akan tamat secara automotik kecuali manfaat kematian. Takaful Dana Saham tidak melindungi penyakit sedia ada dihidapi serta penyakit yang berlaku dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Sijil Takaful Dana Saham berkuatkuasa.
  4. Manfaat Kemalangan Diri
    Manfaat ini disediakan sebagai sampingan yang boleh disertai mengikut pilihan peserta. Mana-mana Peserta yang memilih manfaat ini dikenakan caruman tambahan. Sekiranya peserta meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan, Takaful Malaysia akan membayar perolehan Manfaat Kemalangan Diri sebagai tambahan kepada Manfaat kematian asas. Sementara itu jika Peserta menderita hilang upaya kekal sebahagian anggota badan kerana kemalangan seperti putus jari, kudung, buta dan seumpamanya, perolehan Manfaat Kemalangan Diri juga dibayar mengikut kadar peratusan yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat Kemalangan Diri seperti dalam Sijil Takaful Dana Saham. Untuk manfaat kemalangan ini amaun perlindungan minima yang boleh disertai ialah 150% dari jumlah caruman (jika caruman secara sekaligus) dan 75 x caruman bulanan (jika caruman secara berulang).
  5. Manfaat Khairat Keluarga
    Manfaat ini disediakan sebagai manfaat tambahan untuk pilihan peserta. Bagi tujuan ini peserta dikenakan sedikit caruman tambahan. Jika ditakdirkan ahli waris terdekat seperti pasangan atau anak-anak Peserta meninggal dunia dalam tempoh takaful kerana kemalangan atau diserang penyakit, Takaful Malaysia akan membayar RM1,000 untuk pasangan dan RM 500 bagi setiap orang anak, sebagai Khairat Keluarga. Walau bagaimanapun manfaat ini tidak melindungi penyakit yang telah sedia ada pada tarikh mula penyertaan melainkan selepas 12 bulan perlindungan berkuatkuasa.

JENIS-JENIS PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI

  1. Serangan penyakit jantung
  2. Strok (Angin Ahmar)
  3. Pembedahan pintasan arteri koronori
  4. Kanser
  5. Kegagalan buah pinggang
  6. Hepatitis fulminan
  7. Pemindahan Organ Utama
  8. Kelumpuhan (Paraplegia,Tetraplegia)
  9. Sklerosis berganda
  10. Hipertensi Pulmonari
  11. Buta
  12. Pembedahan injap jantung
  13. Pekak
  14. Pembedahan aorta
  15. Hilang suara
  16. Penyakit Alzheimer
  17. Kelecuran api yang teruk
  18. Koma
  19. Penyakit terminal
  20. Penyakit neuron motor
  21. Jangkitan HIV daripada pemindahan darah
  22. Penyakit Parkinson
  23. Penyakit Hati Kronik
  24. Penyakit Paru-Paru Kronik
  25. Kecederaan Teruk Kepala Akibat Kemalangan Yang Menyebabkan Trauma
  26. Anemia Aplastik
  27. Distrofi Otot
  28. Tumor Otak Benigna
  29. Kuman Ensefalitis
  30. Poliomielitis
  31. Pembedahan Otak
  32. Meningitis Bakterial Akut
  33. Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
  34. Sindrom Apalik
  35. Jangkitan HIV Yang Diperolehi Melalui Pekerjaan
  36. Aids Peringkat Lewat

Perhatian:

Oleh kerana wang caruman Tabung Dana Saham tertakluk kepada aktiviti pelaburan, maka Nilai Aset Bersih (NAB) setiap unit adalah tertakluk kepada turun naik harga nilai saham semasa. Sehubungan ini mungkin berlaku keadaan kejatuhan NAB di bawah jumlah wang caruman asal dan dengan demikian harga seunit juga jatuh.

Oleh kerana prinsip produk takaful berkaitan pelaburan seperti Dana Saham memberi pilihan kepada peserta untuk menentukan sendiri pelaburannya, maka risiko pelaburan adalah ditanggung oleh peserta.

http://www.takaful-malaysia.com/page.php?file=Internet/products/dana_saham.htm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: