Posted by: ayah.biz | Januari 26, 2008

Bank Islam dan pelabur


Terdetik hati saya apabila membaca kesimpulan artikel “Measuring Depositors’ Behaviour of Malaysian Islamic Banking System: A Co-integration Approach” tulisan bersama (Prof) Sudin Haron dan (Dr) Wan Nursofiza Wan Azmi“.

Artikel ini menyebut pelabur muslim sepatutnya melabur atas prinsip (falah) islam dan tidak meletakkan keuntungan (“profit maximization”) semata-mata sebagai faktor utama dalam memilih bank masing-masing.

Isu pertama: Sememangnya manusia akan memilih atas motif keuntungan. Persoalannya, berapa tahap keuntungan yang patut kita bersyukur atau terima.

Adakah kurang dari 1% seperti Bank Islam mencukupi?
atau,  4-5%  seperti Lembaga Urusan Tabung Haji & EPF?
atau, 12% dan 15% seperti Bank Persatuan dan Bank Persatuan?
Tepuk dada tanya diri sendiri.

Isu kedua: Pada pendapat saya, kesimpulan ini sepatutnya dua hala. Pihak bank (dan juga pemegang-pemegang saham i.e. pemilik-pemilik bank) juga sepatutnya tidak hanya meletakkan keuntungan sebagai agenda utama dalam urusan perniagaan mereka.

Institusi seperti bank islam juga wajar beroperasi atas prinsip Islam yang sejati. Di dalam mencari keuntungan, ia juga mesti menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang positif.

Contohnya, di dalam pembiayaan perumahan, bank juga patut menanggung risiko sekiranya rumah tidak siap. Apabila bank menilai sesuatu perniagaan, ia patut mengambil langkah-langkah untuk membantu usahawan-usahawan berkenaan menjayakan perniagaan mereka. Ini boleh dilakukan kerana pihak bank sepatutnya memiliki skil yang boleh membantu “rakan-rakan kongsi”. Tidak cukup untuk bank mengeluarkan wang, membeli asset dan menjualnya semula kepada “rakan-rakan kongsi” masing-masing.

Bank-bank juga mesti menunaikan tanggung jwab sosial mereka – terutama di kawasan ia beroperasi.

Kesimpulannya: Perkongsian keuntungan dan kerugian mesti dikongsi BERSAMA oleh pelabur dan juga pihak bank.

-Ayah.biz-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: